Mengandung kali ini tak ada mabuk langsung. Itu yang dikongsikan oleh isteri kepada  usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Shahida.

Shahida yang kini mengandungkan anak kelima dan kandungannya mencecah lima bulan menganggap kehamilan ini rezeki baginya walaupun pada awalnya telah mengalami keguguran setelah disahkan hamil anak kembar.

Namun rezeki masih berpihak kepada pasangan itu apabila satu lagi janin terselamat dan sudah mempunyai denyutan jantung.

Walaupun di peringkat awal kehamilan telah diuji dengan kehilangan satu kembar, Shahida akui sangat bersyukur Allah permudahkan urusan hami. Allah tu adil!

“Mengandung kali ini langsung ada mabuk. Cuma awal mengandung muka naik jerawat terlalu banyak.

IKLAN

Tak Mabuk, Makan Berselera. Dah 5 Bulan Datin Shahida Risau Beratnya Tetap Sama

“Jika mengandungkan Yusoff dulu, alahan teruk sangat hingga apa yang dimakan akan keluar balik. Harapnya kali ini kandungan baik-baik saja dan sihat sehingga melahiran nanti.

“Cuma yang risau walaupun makan banyak, berat tetap sama hingga doktor pun bising,” kongsinya.

IKLAN

Peminat Teka Baby Girl!

Terbaru, dalam satu perkongsian Shahida jelas nampak ‘baby bump’ di perutnya yang makin membesar.

IKLAN

“Dr kegemaran, nak bersalin je mesti cari Datin Dr Suhaiza. Last checkup before nak jalan jauh. Dr cakap jangan banyak jalan, uri dah ke bawah. InsyaAllah dipermudahkan,” tulisnya.

Tak Mabuk, Makan Berselera. Dah 5 Bulan Datin Shahida Risau Beratnya Tetap Sama

Posting tersebut meraih perhatian pengikutnya di Instagram yang rata-rata cuba untuk berteka-teki mengenai jantina cahaya mata kelimanya itu.

Tak Mabuk, Makan Berselera. Dah 5 Bulan Datin Shahida Risau Beratnya Tetap Sama

Sumber : Shahida Rashid

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI