Biasanya ibu yang anak-anaknya bakal manginjak 6 bulan akan tanya soalan anak nak bagi makan apa, kuantiti macam mana, kekerapan macam mana, dan macam mana nak cepat prepare makanan baby especially untuk mak-mak bekerja.

Baby 6 bulan (yang dah ada tanda-tanda minat terhadap makanan) seeloknya start dengan bubur kosong. Sebab apa bukan puri dulu? Sebab takut puri tu manis, anak cenderung nak yang manis-manis walaupun puri tu tanpa gula tambahan.

Tak Mahu Anak Cerewet Makan, Masa Usia 6 Bulan Perkenalkan Bubur Kosong Dulu!
Contoh simpanan buah dan sayuran frozen

KUANTITI untuk baby start makan ni 2-3 sudu besar makan je. Ada baby yang jenis makan banyak, ada yang sikit tapi kalau baby yang makan banyak, stop lah takat 6-7 suap sebab takut bila terlebih, senang sembelit. AIR kena minum banyak bila dah start makan.

BERAPA KERAP nak bagi anak makan? Baby yang baru start makan, bagi 1 kali sehari je bubur… paling elok :-

Pagi : Susu
Tengah hari : Bubur
Petang/malam : Snek buah / susu

Tak Mahu Anak Cerewet Makan, Masa Usia 6 Bulan Perkenalkan Bubur Kosong Dulu!
Buahan dan sayuran yang elok untuk baby first food

Dah masuk minggu ke-2, boleh nak add bijiirin oats / barli sebagai sarapan pagi atau malam. Atau bagi bubur 2 kali sehari. Ikut pada kemampuan anak makan.

IKLAN

MACAM MANA NAK PREPARE BUBUR BABY? Sama ja macam buat bubur dekat rumah. Basuh beras bersih-bersih, rebus beras dengan air yang banyak.

BERAPA LAMA NAK MASAK? Selalunya lama dekat 1 jam..nak mudah dan cepat, mummy boleh sangai kering beras ( api slow sebab tak mau hangit) lepastu blend. Then sangai lagi sekali (api slow). Dah masak tu boleh sejukkan, simpan dalam bekas kedap udara. Nak masak nanti amik 2-3 sudu makan ja, masak bubur 10minit ja siap.

Tak Mahu Anak Cerewet Makan, Masa Usia 6 Bulan Perkenalkan Bubur Kosong Dulu!
Contoh-contoh sumber protein dari haiwan , kekacang, telur dan sebagainya.

Nak buat bubur siap-siap masak untuk 3 hari terus masuk dalam chiller pun boleh ja…tapi kita tak galakkan masuk dalam freezer, sebab nanti bila panaskan bubur, bubur tu akan cair berpasir/ berketul.

SAYURAN & BUAHAN pun boleh buat frozen puree. Tapi jangan frozen sayuran berdaun ya. Sebab kandungan nitrate dalam sayur hijau ni lebih tinggi dari sayuran biasa dan tak sesuai untuk buat frozen.

IKLAN
Tak Mahu Anak Cerewet Makan, Masa Usia 6 Bulan Perkenalkan Bubur Kosong Dulu!
Kuantiti air yang diperlukan bayi (termasuk susu)

Senang je nak buat frozen puree. Basuh bersih buah/ sayuran. kupas kulit elok. Potong dadu dan steam dalam 10-15 minit. Dah sejuk, boleh blend terus dan masukkan dalam ice cube mold. Dah beku nanti mummy boleh keluarkan dan simpan dalam tupperware atau plastik ziplock simpan dalam freezer ya. Senang amik 1-2 kiub ja bila nak masak nanti.

PROTEIN AYAM / IKAN pun boleh buat frozen. Mummy basuh bersih ayam/ikan , potong dadu & simpan ikut portion 1-2 kali makan. Macam ni mummy tak perlu nak thaw seketul ayam keras melekat 3-4 ketul ayam sekali. Jimat masa disitu.

Tak Mahu Anak Cerewet Makan, Masa Usia 6 Bulan Perkenalkan Bubur Kosong Dulu!Baby atau orang besar, nak makan sihat, mesti kena masak. Cuma mummy kena improvise sikit dari segi masa untuk mudah & cepatkan proses memasak. Tambah yang anak ramai, mak ayah yang work from home atau yang kena selalu travel atau kerja shift.

IKLAN

Kredit: Mastura Aziz via Resepi Makan Bayi

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI