Asid folik telah diketahui ramai berupaya membantu mengurangkan sehingga 70% masalah neural tube defect (NTD) di kalangan bayi baru lahir. Dos sebetulnya yang patut diambil setiap hari ialah 400mcg. Di pasaran, pil asid folik yang bersaiz 400mcg dan 5mg adalah sama besar. Walau bagaimanapun, ibu hamil sepatutnya mengambil pil asid folik 400mcg bagi memenuhi keperluan seharian.
Keperluan mengambil pil asid folik bersaiz 400mcg adalah penting kerana ia tidak boleh disimpan di dalam tubuh. Ia akan keluar melalui air kencing. Bagi ibu hamil, ia sangat diperlukan kerana dapat membantu dalam proses tumbesaran sel dan perkembangan bayi. Disebabkan itulah penekanan pengambilan asid folik dilakukan demi mengurangkan risiko NTD pada bayi dalam kandungan.
Untuk pengetahuan tambahan, semasa di awal kehamilan, terdapat struktur kecil yang leper seperti reben. Selepas 28 hari atau satu bulan, struktur ini akan berubah menjadi tiub yang dipanggil neural tube. Ia akhirnya akan menjadi otak dan saraf tunjang. Jika pembentukannya terganggu, ia akan menyebabkan NTD pada bayi.
Suatu ketika dahulu, semasa tiada kewujudan asid folik, masalah NTD adalah biasa. Namun, ia berkurangan apabila wujudnya kesedaran untuk mengambilnya. Umumnya, risiko berlaku NTD ialah satu dalam 1000 kehamilan. Bila asid folik diambil, ia dapat kurangkan risiko sehingga 70%.
Oleh sebab itulah, sangat penting untuk anda tahu bila sepatutnya asid folik mula dimakan kerana lazimnya, semasa datang ke klinik atau hospital untuk membuat pemeriksaan, anda sudah disahkan hamil. Jadi sudah terlewat jika pada waktu itu anda belum mengambil asid folik.
Idealnya satu bulan sebelum merancang hamil atau sebaik-baiknya tiga bulan sebelum itu anda sudahpun mengambil asid folik. Hal ini penting kerana anda tidak tahu bila akan mengandung bukan? Amalan mengambilnya setiap masa sangat bagus. Dalam pada itu, anda perlu meneruskan pengambilan asid folik sepanjang tiga bulan pertama kehamilan.
Lebih daripada itu, semua sel dalam tubuh badan memerlukan asid folik. Pengambilan yang berterusan sepanjang tempoh kehamilan baik kerana ia digunakan untuk pembentukan sel darah, mengelakkan kelahiran pramatang, keguguran, praeklampsia, bibir dan lelangit sumbing.
Jika kurang mengambil asid folik, anda sendiri pun boleh mengalami anemia. Oleh itu, anda disarankan untuk terus ambik asid folik selepas kehamilan berusia 12 minggu sehingga bersalin disebabkan manfaat lain yang ada pada asid folik.
Beza folat dan asid folik
Folat boleh diperoleh daripada sumber semula jadi seperti sayur-sayuran berdaun hijau. Antaranya bayam, brokoli dan kale. Buah-buahan yang ada folat pula adalah seperti seperti buah sitrus iaitu oren dan lemon, pisang dan avokado. Asid folik pula adalah buatan manusia. Ini termasuklah pil asid folik. Malah makanan yang diperkaya dengan asid folik termasuk dalam kategori yang sama.
Keberkesanan pil asid folik ialah 80% hingga 100% manakala folat cuma 50%.
Hal ini kerana sayur yang dimasak belum tentu memberikan khasiat sepenuhnya kepada anda. Lagipun ia mudah diserap air. Apabila dicuci dan dimasak lama, ia boleh menghilangkan kebaikan khasiatnya. Oleh sebab itulah, anda digalakkan untuk makan sayur yang menggunakan kaedah memasak secara kukus atau dimasukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro untuk tempoh yang sekejap. Dibimbangi khasiat folat hilang bila dimasak dengan kaedah lain atau terlalu lama.
Had pengambilan asid folik
Isu ini menimbulkan kontroversi. Kajian mengatakan 1000mcg asid folik asid diperlukan dalam sehari. Kalau lebih akan memudaratkan. Ada kajian menunjukkan terlalu lebih asid folik boleh menyebabkan ia selindung penyakit kekurangan vitamin B12. Mana-mana bayi yang ada masalah kekurangan B12 boleh mengalami masalah neurologikal, saraf dan lumpuh.
Sementara itu, ada juga individu hamil yang perlu ambil lebih daripada 5mg. Ia melibatkan orang yang mana ibu atau ayah ada NTD; ibu atau ayah ada genetik NTD; ibu pernah melahirkan bayi NTD dan ibu mengalami masalah obesiti, diabetes sebelum atau semasamengandung. Jika ibu mengalami epilepsi dan masih dalam rawatan terutamanya ubat sodium valproate, maka perlu ambil lebih asid folik kerana ubat ini mengurangkan folat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon Zahirah Macwilson memaklumkan usia kandungannya kini sudah pun memasuki 32 minggu. Zahirah yang kini berada di Perth, Australia ditemani suami, Aiman Hakim Redza dan keluarga kelihatan gembira sebelum tempoh melahirkan yang tinggi lagi beberapa minggu.
Melalui instagram, Zahirah dilihat sering berkongsi beberapa keping gambarnya sepanjang berada di Perth. Bersantai bersama keluarga, tidak kurang juga melakukan pelbagai aktiviti riadah.
Menerusi satu entrinya di instagram, ibu hamil yang semakin berseri-seri ini berkongsi kenaikan beratnya yang kini naik sehingga 10 kilogram (kg) sepanjang hamil.
“32 yang penuh sabar, kegembiraan bertambah 10kg dan membekalkan kasih sayang yang tidak berkesudahan kepada si kecil,” katanya berkongsi.
Dalam perkongsian itu, Zahirah turut memuat naik fotonya bersama Aiman sedang berada di tepi pantai. Semoga keadaan Zahirah baik-baik sahaja sepanjang menanti detik melahirkan kelak.
Dalam pada itu, perkongsian gambar Zahirah tersebut mendapat reaksi dan komen dari seluruh peminatnya. Semuanya rata-rata tidak sabar menantikan kelahiran cahaya mata sulung pasangan ini.
Warganet juga turut mendoakan agar proses kehamilan dan bersalin Zahirah nanti dipermudahkan Allah SWT. Tak sabar rasanya untuk melihat Zahirah dan Aiman junior. Pastinya secantik ibu dan bapanya.
Terdahulu, Zahirah dan Aiman telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 di Petaling Jaya. Pasangan ini sepakat untuk melahirkan bayi pertama mereka di Perth, Australia.
Diam tak diam, penyanyi Kaka Azraff kini bakal menimang cahaya mata ketiga selepas mengumumkan dia kini hamil enam bulan.
Berkongsi perkhabaran gembira itu, kata Kaka dia sebenarnya mahu membuat pengumuman mengenai dirinya sedang berbadan dua ketika menjayakan persembahan pembukaan Anugerah Juara Lagu ke-37 semalam.
“Ya betul saya kini sedang hamil, berbadan dua dan kini usia kandungan sudah masuk enam bulan.
“Pada mulanya saya rancang nak tayang perut ketika di akhir persembahan pembukaan AJL37 tapi bila fikir balik its’ not my place untuk berbuat demikian,” kongsi Kaka lagi.
Ibu kepada dua cahaya mata ini dijangka bakal melahirkan anak ketiganya itu sekitar awal bulan Jun nanti.
Walaupun sudah mengetahui jantina bayi ketiganya itu namun akui Kaka dia menunggu hingga hari kelahirannya bayinya kelak.
Mahu fokus pada tiga anak
Akui ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, dia dan suami sebenarnya mahukan empat orang anak namun kini cukup hanya tiga cahaya mata sahaja.
Semuanya kerana mahu memberikan lebih fokus untuk membesarkan tiga anaknya yang masih kecil disamping mempunyai perancangan kepada kerjaya nyanyiannya.
“Kalau dulu, saya selalu rasa nak empat orang anak tapi bila dah nak anak tiga ni, saya rasa cukup tiga buat masa ini.
“Sebabnya, lepas ini saya nak lebih berikan fokus kepada kerjaya. Sekarang memang saya sedang berehat untuk tumpukan pada kandungan.
“Sekarang kira momentum okay dan best sebab anak-anak lebih kurang sebaya, boleh membesar bersama- sama,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Kaka mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Adam Azriff pada 14 Disember 2018. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki Aslan, 4, dan Aryan, setahun.
Penyanyi Yonnyboii berkongsi tentang perjalanan kehamilan isterinya. Menurutnya, apa sahaja yang isteri teringin makan akan cuba diusahakan secepatnya.
“Dalam tempoh lebih sebulan ini saya akan terus berusaha mencari dan mendapatkan makanan yang diidamkan isteri. Sebabnya, emak saya selalu mengingatkan agar mencari makanan diidamkan itu sampai dapat.”
“Maklumlah, kata orang tua-tua kalau isteri hamil tak dapat makanan yang diidamkan itu, nanti air liur anak akan meleleh. Jadi, kalau boleh saya tak mahulah air liur anak kami meleleh-leleh pula nanti.”
“Saya akan usaha cari dan cuba dapatkan apa saja isteri idamkan selagi belum sampai masa dia bersalin. Insya-Allah, saya yakin dapat menunaikan semua benda yang didamkan itu,” katanya.”
Bercerita mengenai jantina anak, Yonnyboii dan isteri mahu merahsiakan perkara tersebut kepada rakan-rakan meskipun mereka sudah mengetahuinya.
Bukan itu sahaja, Yonnyboii kini dalam proses menyiapkan lagu istimewa untuk anak sulungnya itu sebelum dilahirkan pada pertengahan Julai depan.
“Insya-Allah, saya dan isteri akan menimang cahaya mata kami pada pertengahan Julai depan. Sekarang, usia kandungan pun sudah mencecah lapan bulan.
“Tak sabar sebenarnya nak jadi ayah, walaupun pada masa sama perasaan sangat berdebar. Tapi, lagu istimewa untuk anak saya memang dalam proses untuk disiapkan,” ujarnya lagi.
Sekadar info, Yonnyboii mendirikan rumah tangga bersama isterinya pada 20 November 2021 dalam sebuah majlis pernikahan di di Duchess Place, Ampang.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.