Tidak dinafikan bila melahirkan anak, masa dan peluang untuk kita ke masjid semakin terbatas. Bimbang anak kecil menangis di masjid, begitu juga mengganggu ahli masjid lain. Namun hati melonjak-lonjak dan terlalu rindukan suasana di masjid.
Idea dan perkongsian saudara Mohammad Yaakub Yusra ini antara yang boleh dilakukan kerana ia amat membantu untuk mak ayah melakukan solat dengan lebih tenang ketika membawa anak ke masjid. Mewujudkan satu ruang mainan untuk anak-anak antara cadangan bernas. Jom ikuti perkongsian beliau.
SUDUT MAINAN ANAK-ANAK DI MASJID
Seronok kan kalau setiap masjid disediakan ruangan khas buat anak-anak kecil, dalam masa yang sama buat kempen anak-anak buat kerja sekolah di Masjid.
Mak ayah boleh attend pengajian dan Me Time di masjid antara maghrib ke Isyak, anak-anak bagi ada “nursery” di masjid. Its A Good therapy.
Ads
Masjid upahlah seorang “pengasuh” untuk bantu tengok anak-anak ni, yang kecik-kecik bagilah depa main yang bersekolah bantu guide untuk buat kerja sekolah.
Tak miskin pun masjid kalau bayar 1 malam (2-3 jam) elaun 20 ringgit untuk pengasuh.
Kita nampak mungkin macam tak dak apa, tapi pada emosi dan nilai agama pada anak-anak kecil sangatlah besar. Mana mungkin mereka cintakan masjid surau jika tidak diikat dari umur kecil.
Ni antara aktiviti yang akan diusahakan jika tidak ada program malam, ajak anak-anak buat tour cari masjid yang ranciak-riancak 😂😂.
Ads
Doakan ya. Siap masjid MADAD ramadhan nanti antara benda yang akan saya wajib wujudkan adalah ruangan khas Nursery kanak-kanak siap pengasuh. Makpak sembahyang dengan tenang, anak-anak biaq main kat belakang.
p/s : Tak payah la marah bila anak-anak kecik ni bermain dalam masjid sebab fitrah depa suka main, yang perlu di marah dah tua-tua pun tak reti mai masjid.
Rezeki, ajal maut semua dah ditentukan Allah. Kadang kita rasa susah sedangkan ada lagi orang lain yang susah. Mungkin setiap ujian yang diberikan tak sama tetapi sekurangnya kita bersyukur.
Begitulah seperti perkongsian yang dibuat pengguna Facebook Munir Saleh apabila dia dipertemukan dengan pasangan ayah dan anak kecil yang sedang dalam kesusahan di tepi lebuh raya baru-baru ini sehingga membuatkan dirinya sendiri sebak dan tersentuh.
Motor rosak, niat nak pergi ziarah kubur isteri
Abang Mun ada satu cerita sedih. Cerita dia, abang dapat satu ping grab dari Kuala Lumpur ke plaza tol Putrajaya. Abang dah pelik, kenapa dia stop dekat plaza tol MEX? Nama perempuan. Ok tak apa, abang pergi amik. Lagi pun abang fikir, memang cantik dah, nak main area Putrajaya atau Cyberjaya.
Ok sampai tempat pick-up, ada lelaki dengan anak kecil sorang tahan abang. Abang fikir, ni lah rider abang. Ok diorang naik. Nampak penat di muka ayah ni. Abang pun apa lagi, tanyalah apa yang patut.
Rupanya, motor brader ni rosak, tersadai lepas plaza tol laluan motor arah ke Kuala Lumpur. Ceritanya nak melawat kubur arwah isteri lepas solat Jumaat, sebab dah lama tak tengok. Motor rosak pula. Dia order Grab, pergi Kuala Lumpur, beli barang sparepart, lepas tu order Grab balik semula. Allahu jauh tu beli barang.
Isteri meninggal lepas 7 hari lahirkan bayi
Banyak lagi dia cerita. Duduk dekat Puchong. Kerja di Cyberjaya. Isteri meninggal 7 hari lepas lahirkan anak ni. Sekarang ni anak ni dah nak umur 2 tahun. Sangat petah bercakap. Stop minum susu formula umur 7 bulan. Lepas tu makan buah dengan sayur sahaja.
Pergi kerja semua bawa anak ni. Alhamdulillah, bos bagi kebenaran anak ni dibawa ke tempat kerja. Anak ni tak biasa tinggal dengan orang. Boleh melalak dari pagi sampai petang, tu bawa ke sana ke mari. Hurmm lupa nak pesan kat ayah, supaya belikan helmet untuk si kecil.
Okay dah nak sampai, abang Mun kata, tak apa. Nanti abang Mun pusing balik pergi arah sana. Anak biar tinggal dalam kereta. Ayah betulkan motor. Bahaya anak duduk tepi jalan. Tu dia bagi anak dia tengok handphone. Senyap anak dia dalam kereta.
Moga anak ini dipelihara dengan baik
Lepas betulkan motor, pasangan ni pun teruskan perjalanan. Abang follow dari belakang. Takut apa-apa jadi nanti susah pula. Sekarang berhenti dekat hentian Seri Kembangan. Dia turun, kendong anak dia yang dah tidur. Betul apa yang brader ni cerita, anak dia memang naik je motor, confirm tidur!
Tapi sekarang abang dah tak nampak mana pasangan ni. Abang doakan supaya segala urusan dia dipermudahkan. Abang lupa nak tanya nama ayahnya. Aduiii.. Nama anak dia, Muhammad Adam.
Abang jadi sedih, sebab terbayang anak-anak abang. Sejak jadi bapa ni, cepat betul touching. Dalam susah kita, ada yang lagi susah. Kena selalu bersyukur.
Jangan salah faham. Bukan kebaikan manusia yang abang nak sampaikan atau ceritakan, tetapi tentang cerita hidup, rezeki, ajal, maut yang dah ditentukan. Brader ni cerita semua, memang steady. Yang sedih, abam. InsyaAllah, anak ini dipelihara dengan baik dan bagus.
Kenaikan kes jangkitan virus Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD) yang membimbangkan di seluruh dunia membuatkan mak ayah bertambah risau jika anak-anak dijangkiti.
Malah menurut Ketua Pengarah Kesihatan, jangkitan HFMD ini juga sudah mencapai tahap ‘ alert threshold’ (melebihi paras bahaya) yang sudah semestinya membuatkan kita bimbang bila anak-anak ke sekolah.
Menurut Dr Erna Nadia, mak ayah perlu ada kesedaran untuk menjaga kebersihan anak malah memantau anak sentiasa dan paling utama lupakan niat untuk membawa anak keluar berjalan. Elakkan!
HFMD. Semalam terdapat satu kes di mana seorang kanak kanak di Sarawak meninggal akibat penyakit kaki, tangan dan mulut aka HFMD ini.
Minggu lepas, Ketua Pengarah Kesihatan telah mengumumkan bahawa HFMD sudah mencapai tahap ‘ alert threshold’ (melebihi paras bahaya) kerana kes semakin hari semakin meningkat. Saya difahamkan terdapat sebuah sekolah di Pulau Pinang dan di Pahang telah ditutup akibat penularan penyakit ini.
Ok, rasanya sudah ramai yang berkongsi tentang HFMD dan saya telah ringkaskan di dalam gambar di bawah.
Penyakit ini bukanlah seperti yang terjadi kepada haiwan. Penyakit ini adalah disebabkan oleh virus.
Virus ini disebarkan melalui cecair cecair yang tersebar di udara dan di mana mana sahaja cecair ini ‘mendapat’.
Contoh paling mudah difahami adalah begini: Polan menghidap jangkitan (batuk, selsema)yang dijangkiti virus Coxsackie A16. Polan batuk batuk tanpa menutup mulut. Cecair dari hasil batuk Polan telah tersebar kepada Amat semasa mereka sedang bermain bersama dan cecair tersebut juga melekat kepada mainan yang mereka main serta lantai yang mereka pijak.
Akibatnya, Amat tersentuh mainan dan terpijak lantai tersebut menyebabkan Amat juga turut mendapat virus ini secara tidak langsung.
Amat dan Polan mula ditumbuhi ruam dengan lepuh (rashes with blisters) dan Siti datang bermain sekali. Cecair di tangan Amat terkena kepada Siti menyebabkan Siti juga terjangkit sama.
Satu pesakit HFMD boleh menjangkiti sekurang kurangnya 5 orang pesakit lain. HFMD biasa berlaku kepada kanak kanak yang berusia 5 tahun ke bawah.
Orang dewasa juga boleh mendapat penyakit ini namun jarang berlaku. Jika berlaku kepada wanita mengandung, insha Allah ianya tidak menjangkiti janin di dalam kandungan. Namun, dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan doktor.
Penyakit ini akan pulih sendiri. Badan kita akan membentuk antibodi untuk melawan virus ini. Biasanya penyakiti ini mengambil masa 7-10 hari untuk pulih sepenuhnya. Macam mana nak tahu bila dah sembuh?
Bila sudah tiada ruam baru yang tumbuh dan ruam yang sedia ada sudah kering kesemuanya. Namun, ini bukanlah bermakna anda boleh membawa anak untuk keluar berjalan jalan. Pastikan ruam sudah hilang, demam sudah tiada, batuk selsema juga sudah pulih, barulah bawa anak keluar ke tempat awam.
Penularan penyakit ini disebabkan sesetengah ibubapa yang masih membawa anakanak yang tidak sihat ke tempat awam dan tahap kebersihan di beberapa tempat awam serta sekolah/taska/rumah pengasuh/rumah sendiri yang tidak terjaga.
Virus ini tidak akan mati hanya dengan sanitizer menggunakan ethanol atau sabun biasa (tak kiralah jenama apa). Seeloknya basmi kuman tersebut dengan campuran air suam panas dengan kloroks
1. Untuk lantai/tandas/permukaan alatan, boleh larutkan 200ml klorok dengan 20liter air. Kekuatan campuran adalah 0.05%.
2. Untuk baju/mainan/pinggan mangkuk, larutkan 20 liter air suam panas dengan 40ml klorok. Kekuatan campuran adalah 0.01%.
Ada yang bagi petua suruh makan itu ini begiu begini dan ada yang suruh sapu macam macam supaya ruam cepat sembuh. Tolonglah jangan mudah terikut.
Beri apa sahaja yang anak anda mahu/boleh makan. Jika anak anda ada alahan pada telur/seafoods atau apa sahaja, janganlah beri.
Elok berikan makanan yang lembut kerana mereka masih dalam keadaan sukar untuk mengunyah akibat ulser di dalam mulut. Pastikan mereka mendapat cukup air.
Jika terdapat tanda tanda dehidrasi/kurang air ( bibir kering/kulit kering/air kencing berkurangan/ pucat/lemah / tidak aktif), bawalah berjumpa doktor untuk diperiksa. Jangan dibiarkan di rumah.
HFMD boleh membawa komplikasi seperti jangkitan kuman kepada paru paru, jantung, mata dan otak. Jadi berhati hatilah.
Ada juga yang mendapat jangkitan bakteria bersama sama HFMD. Hal ini akan diperiksa oleh doktor dan jika sah bakteria terlibat sama, barulah antibiotik akan diberi. Ingat penyakit ini disebabkam oleh virus yang biasa.
Jadi, tidak perlu antibiotik atau antivirus dan tidak ada vaksin lagi untuk penyakit ini. Tidak perlu membazir membeli spray atau apa apa krim sapu untuk ruam atau lepuh. Ruam dan lepuh ini akan baik dengan sendirinya. Ruam ini tidak menyebabkan kegatalan.
Pastikan kebersihan dijaga dengan betul. Cuci tangan dengan air dan sabun selepas ke tandas, sebelum dan selepas makan, selepas menukar lampin/cuci najis.
HFMD boleh dikurangkan penularannya. Hanya perlukan ibu bapa yang bertanggungjawab untuk tidak membawa anak anak yang tidak sihat ke sekolah/taska/rumah pengasuh atau ke tempat awam (kedai makan, shopping mall, taman permainan, pasar malam yada yada yada).
Ingat,penyakit ini boleh pulih sendiri cuma perlu memastikan anak anak tidak dehidrasi dan aktif.
Penyakit ini boleh berulang kembali kepada mereka yang pernah dijangkiti. Jaga kesihatan. Jaga kebersihan.
Dan jadilah manusia yang bertanggungjawab.
Nota kaki : Tolonglah jangan bertanya atau meminta petua petua yang tidak betul di media sosial.
Dr. Erna Nadia Semakin risau melihat bilangan pesakit yang makin meningkat.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjadi satu kerisauan bagi mak-mak bila mana anak tidak mahu makan malah adakalanya makan memilih. Penat berkreatif demi mencari pelbagai menu yang dapat membangkitkan selera anak.
Namun bagi kakak kepada pelakon Anzalna Nasir, Diana Nasir, dia langsung tidak berdepan dengan masalah anak-anak yang tidak mahu makan.
Malah dia juga bersyukur ketiga-tiga anaknya, Anggun Darleesa, Anggun Darleena dan Anggun Darniella juga tidak pernah memilih soal makan.
Kata Diana, bila melihat anaknya makan berselera, dia lebih rasa teruja untuk memasak dan mencuba pelbagai resipi baru untuk ketiga-tiga anaknya.
“Cooking can be tiring esp dengan adanya anak-anak kecik di rumah, tengah masak sorang nak ni sorang nak tu. Banyak sungguh la distraction nya!
“Tapi bila anak-anak makan cukup berselera, dia orang hargai hasil masakan kita tambah pula dengan pakej puji memuji..ehh rasa nak masak lagi dan lagi la macam ni,” kongsinya menerusi Instagramnya.
Malah katanya perasaan bila anak makan berselera hanya dapat dirasai oleh ibu yang menyediakan masakan untuk mereka. Seakan rasa satu kepuasan setelah penat memasak.
“That feeling bila anak-anak makan berselera, hanya mommies je yang faham!
“Lagi happy dari dapat handbag Chanel! ( ahhh gittewww just kiddinggggg, cepat-cepat tukar ayat takut husband nampak 😂) Yes or No mommies?,” selorohnya lagi.
Menerusi entri berlainan di Instagramnya, Diana juga turut berkongsi kerja memasaknya jadi lebih mudah kerana anak-anaknya tidak memilih makan. Apa sahaja yang dimasak olehnya, ketiga-tiga anaknya makan cukup berselera.
“Saya cukup bangga Angguns makan tak memilih. Apa saja saya masak dan sediakan untuk mereka, mereka makan dengan berselera, lebih-lebih lagi Darniella! It makes everything so much easier for me,”kongsinya lagi yang sering berkongsi video anak-anaknya.
Perkenalkan koleksi Angguns Raya
Bukan hanya pandai memasak dan menyediakan segala keperluan tiga anaknya, malah ibu cantik ini juga rupanya kini sudah pun mengeluarkan busana raya untuk kanak-kanak di bawah jenamanya sendiri, Les Angguns bersempena Raya 2021 ini.
Dilancarkan pada 4 April lalu, Les Angguns Eid 2021 Limited Edition mula dijual kepada semua, khususnya untuk kanak-kanak perempuan. Dan menariknya, pastinya si comel Anggun Darleesa, Anggun Darleena dan Anggun Darniella menjadi model pada kesemua koleksi raya ini.
Semuanya cantik-cantik belaka malah dihasilkan daripada fabrik berkualiti tinggi dan selesa dipakai anak-anak kecil.
Kata Diana, tidak perlu risau mengenai saiz kerana Les Angguns menyediakan saiz dari 1 hingga 8 tahun, begitu juga dengan koleksi warna pelbagai seperti kuning, baby blue, mint dan banyak lagi yang pastinya buat ibu rambang mata.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @diananasir86
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.