Ibu yang kembali bekerja pastinya berdepan dengan pengurusan masa terutama dalam menyiapkan stok makanan anak di rumah pengasuh atau taska. Tak perlulah masa yang lama untuk masak nasi, langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Azira Abdullah ini pastinya dapat membantu.
Ada cara mudah yang dikongsikan olehnya iaitu dengan cara mengisar beras yang telah pun digoreng terlebih dahulu. Hasilnya bukan hanya lebih cepat masak, bahkan bubur jadi lebih sedap. Jom cuba!
Cara buat bubur nasi dan boleh buat stok beberapa hari. Saya buat untuk anak bujang saya baru masuk 6 bulan.
Ini cara mudah untuk ibu-ibu yang bekerja macam saya dan tak nak menunggu lama kan. Memang benda macam rumit tapi senang untuk esok harinya.
Lepas tu dah boleh rebus macam biasa. Masak lagi lama lagi sedap…tinggal atas masa kite free or tak.
Ads
Selebihnya boleh simpan dalam peti ais, nak guna baru ambil dan rebus.
Selamat mencuba!
3 Tip Pantas!
Ads
Antara cara lain yang ibu boleh usahakan untuk memasak bubur nasi dengan super pantas adalah dengan melakukan beberapa tip yang dikongsikan ini:
Kisar dan jemur
Kisar halus beras dan kemudian dijemur hingga kering supaya beras lebih sekata dan halus malah senang hendak dimasak.
Bekukan beras
Salah satu teknik yang boleh dicuba adalah dengan membekukan beras dan biarkan semalaman. Keesokkannya barulah bubur dimasak seperti biasa. Lagi pantas!
Letak bekas kecil
Membekukan beras dengan bekas yang dikecilkan antara salah satu teknik pantas. Jadi bubur tidaklah mengambil masa yang lama untuk dimasak.
Boleh beli set bubur dan bekas makanan anak di SINI.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak dah mula makan, mama akan sibuk menyediakan stok makanan bayi. Kadang-kadang lebih mudah kalau mama masak sekaligus dan bekukan. Lebih menjimatkan masa lebih-lebih lagi bagi mama yang bekerja.
Tapi mama tahu tak cara nak membekukan makanan si manja mama dan bagaimana cara untuk memanaskan kembali? Jom ikuti perkongsian ini.
9 LANGKAH MEMBEKUKAN MAKANAN BAYI DAN JIMAT MASA!
#1. JENIS MAKANAN YANG BOLEH DI FROZEN
Ketahui dahulu makanan yg boleh dibekukan. Antara buah yang boleh dibekukan epal, pear, pisang, sayuran pula kentang, brokoli, kacang peas, labu dan lain².
#2. PENYIMPANAN
Tunggu dahulu makanan yang sudah dimasak itu sejuk, kemudian barulah masukkan ke dalam bekas bekas khas yang bertutup untuk menyimpan makanan bayi.
Jika menggunakan bekas ais batu, setelah makanan beku. Alihkan atau pindahkan ke dalam plastik ziplock dan simpan semula ke dapam petisejuk. Buangkan dahulu udara yang ada didalam plastik yee. 😁
#3. PROSES BEKUKAN MAKANAN
Simpan puri makanan yang hendak dibekukam ke dalam bekas yg bertutup supaya tiada jangkitan bakteria.
#4. LABEL
Pastikan letakkan tarikh dan label pada makanan yang dibekukan. Kaedah bekuan ini bertahan selama 4bulan. Tetapi untuk protein seperti ayam, daging, ikan ia hanya bertahan dua bulan sahaja.
#5. HAD MASA
Makanan bayi yang belum dibekukan, dan diletakkan didalam peti sejuk bahagian chiller maksimum bertahan 48jam sahaja
#6. JANGAN LEBIH 2 JAM
Makanan yang sudah masak dan mahu dikisar untuk dibekukan. Pastikan ia nya tidak lebih daripada 2 jam pada suhu bilik. Kerana bimbang akan pembiakan bakteria pada makanan.
#7. PANASKAN TIDAK LEBIH SEKALI
Dielakkan memanaskan makanan berlebih lebihan
#8. CARA MEMANASKAN MAKANAN BEKU
Hanya perlu rendamkan sahaja dengan air suam, atau air biasa atau biarkan sahaja berada pada suhu bilik untuk beberapa ketika
#9. SILA BUANG!!
Makanan yang sudah dibekukan dan sudah dipanaskan, sekiranya anak anda tidak habis makan. Jangan simpan semula. Sila buang
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Antara air garam, air paip, air cuka, air sabun pencuci khas buah dan sayur, kajian menunjukkan air soda bikarbonat boleh hilangkan racun dan bakteria pada buah dan sayur sebanyak 94% lebih berkesan!
Jika sebelum ni kita basuh buah dan sayur dengan lalukan di air saja, sekarang masa untuk berubah dan tak boleh culas basuh sayur dan buah
Ini kerana racun yang disembur pada buah dan sayur adalah antara pembunuh senyap sistem immune tubuh manusia.
Tips Basuh Buah dan Sayur dengan Air Soda Bikarbonat :
(Bonus : tips sayur salad kekal rangup dan tahan lama)
1. Sediakan besen bersih
Elakkan amalan basuh buah dan sayur terus di dalam sinki kerana kuman di sinki yang tidak dibersihkan dan disterilkan akan menambah parasite kepada buah dan sayur
(Tak semestinya air ais, tapi air sejuk akan kekalkan kesegaran sayur dan buah kerana kebiasaannya air paip mengeluarkan air panas dan suhu air yang suam atau panas boleh merosakkan sayur dan menyebabkan kuman mudah masuk ke daging sayur dan melebamkan buah). Ini bab nak kekalkan kesegaran sayur dan buah sebelum masak ya.
**Teringin nak dapatkan peralatan dapur yang memudahkan kerja ibu di dapur, klik sini
3. Elakkan guna cuka JIKA portion cuka tak seimbang dengan portion air kerana ia tidak mampu membersihkan buah dan sayur secara optimum.
Cara yang betul untuk basuh sayur dan buah secara efektif guna cuka adalah 1 cawan cuka + 3 cawan air, bukan 1 sudu kecil cuka dengan sebesen air.
4. Soda bikarbonat boleh dimasukkan sebanyak 2 ke 3 sudu besar untuk 1 besen kecil air.
Untuk buah berkulit licin seperti epal, pear, oren sunkist dan sayur seperti timun, zucchini, labu, terung, cili besar, tomato anda boleh taburkan soda bikarbonat tanpa rendam air dan scrub / massage / sental seluruh permukaan sayur atau buah tersebut dulu sebelum direndam dengan air soda bikarbonat kerana sayur dan buah ini paling tinggi semburan racun
5. Tempoh rendam buah dan sayur dalam air soda bikarbonat hanya 5 ke 15 minit, jangan semalaman kerana ia buah dan sayur tak tahan lama jika direndam terlalu lama dalam air soda bikarbonat
6. Selepas rendam atau scrub dengan soda bikarbonat, bilas 3 kali guna air suhu biasa (air paip)
7. Untuk buah jenis cepat rosak seperti strawberry, anggur dan blueberry, hanya basuh apabila hendak dimakan.
Jangan basuh strawberry, anggur dan blueberry siap siap untuk disimpan di peti sejuk selagi tak makan kerana ia akan menyebabkan buah jenis tersebut cepat rosak
8. Untuk kekalkan kesegaran dan kerangupan salad dan sayur berdaun hijau, amalkan basuh banyak banyak sejurus selepas bawa pulang ke rumah dengan air soda bikarbonat suhu sejuk, bilas 3 kali kemudian letakkan di atas kain bersih untuk keringkan airnya dan masukkan dalam bekas kedap udara yang dilapik kain cotton bersih/kitchen tissue. Ia akan tahan hingga 2 minggu.
9. Soda bikarbonat brand apa pun tak kisah, tapi saya suka beli brand ini sebab ia berkualiti
Centre for Science and Environment (CSE) menyatakan sisa racun semburan pada sayur dan buah yang tidak dibasuh bersih bersifat toxic yang membahayakan yang boleh menyebabkan long term cancer, masalah neurological, masalah buah pinggang dan masalah kulit.
Memang tak sabar bila anak dah mula masuk usia 6 bulan, ini bermaksud anak sudah ‘ready’ untuk makan. Tapi sebelum suap anak makan, mama papa perlu ambil tahu beberapa panduan tentang pemakanan si kecil.
👶 Panduan persediaan makanan bayi 6 bulan:
1) Tidak mendesak anak mengambil makan terlalu banyak. Berikan bayi masa untuk belajar makan makanan pejal.
2) Minggu pertama mulakan dengan Bubur nasi kosong (4 day rule) selepas tu boleh mulakan dengan puri buah dan sayur . Jangan paksa bayi anda untuk habiskan bubur nasi. Ambil perhatian bahawa saiz perut bayi pada umur ini adalah sebesar segenggam tangannya.
🍚 PASTIKAN juga bubur nasi tadi cair bagi mengelakkan bayi sembelit. Apabila umur bayi sudah meningkat kepada 7-10 bulan, bubur nasi bersama susu dan sayur serta ikan bilis atau ayam sudah boleh diberi kepada bayi
Maklumat Penting:
🍊 Elakkan buah-buahan citrus/masam seperti buah oren.
🍎 Puree Apple: Elakkan epal hijau. Carilah apple besar yang manis dan boleh campurkan dengan sedikit susu selepas dikisar.
🍌 Puree Pisang: Carilah pisang yang masak ranum (lebih senang di lecek) dan campurkan dgn susu ibu untuk mengurangkan sifat likat dan melekitnya.
🍐 Puree Betik: Betik adalah buah-buahan yang mempunyai rasa manis yang semulajadi. Ia tak perlu direbus, hanya lecek dan dicampurkan bersama susu ibu.
💡Jika anda telah bosan dan tidak tahu puree buah-buahan apa lagi untuk diperkenalkan, anda bolehlah mencampurkan perisa pisang dengan pear, atau apple dengan pear, untuk memberi kelainan rasa kepada bayi.
3) Pada umur bayi 6-7 bulan, makanan yang harus dijauhi oleh bayi adalah kekacang, keju, daging merah, makanan laut. Jenis makanan ini meningkatkan risiko alergi.
Garam dan gula (perasa) juga tidak dibenarkan ketika bayi umur ini kerana ginjal bayi masih belum matang untuk memproses Natrium (garam).
4) Minggu kedua,makanan yang disyorkan adalah puree buah-buahan seperti puree epal, puree pisang, puree betik, puree pear, puri apricot yang dilecek dan dicampurkan bersama susu ibu. Pastikan teksturnya tidak terlalu pekat. Ianya mestilah sedikit cair (Tips: ambil sudu dan cedok puree, jika puree mengalir jatuh, itulah cair yang sepatutnya) ibu-ibu boleh cuba dengan sayur-sayuran pula. Pilihan sayur juga haruslah sayur yang sesuai, tidak pahit (seperti peria, petola), tidak bergas (seperti kobis, brokoli). Pilihan sayuran yang paling baik adalah puree labu, puree kentang, puree lobak atau mungkin sayur-sayuran yang lain.
🍠Puree Kentang: sumber vitamin A yang baik. Anda boleh rebus kentang dan lecek kentang menggunakan chopper dan semestinya, di campur dengan susu ibu.
🎃Puree Labu: Stim atau rebus labu sehingga empuk. dan lecekkan labu sehingga lumat. campurkan bersama susu.
🐇Puree Lobak: Boleh pada kadar yang tidak banyak dan pastikan cair. Ini kerana lobak boleh menyebabkan “poopoo” bayi keras.
5) Pastikan bayi anda mencuba setiap resepi yang anda buat untuk memastikan samada bayi suka atau tidak makanan itu. Jika anak menolak (mungkin tidak kena dgn tekaknya – tak suka mungkin), jangan dipaksa bayi untuk terima. Cuba pula dengan resepi lain. Perlu diingat, bayi kita juga mempunyai deria rasa.
6) Apabila memperkenalkan makanan kepada bayi 6 bulan, anda boleh aplikasikan “4 day rule” – iaitu memberi anak makanan yang sama (contoh jika puree epal, teruskan selama 4 hari) untuk melihat/spot jika ada masalah penghadaman mahupun allergi kepada bayi anda.
💡Perhatikan keadaan bayi selama 4 hari samada bayi serasi dan boleh menerima makanan tersebut. Lain anak, lain makanannya. Jika bayi allergi kepada makanan, ianya akan mungkin muncul 1/2 jam, 2-3 hari selepas makanan diambil. Begitu juga dgn masalah penghadaman.
💡Anda boleh pastikan najis bayi, samada keras ataupun cirit birit. Begitu juga dengan gas/colic yang dialami anak. Jika perkara di atas berlaku selama 4 hari, maknanya anda harus menghentikannya buat sementara waktu dan tunggu sehingga anak besar sedikit. Jika ok, teruskan!
⚠ Tips Tambahan:
Makanan yang harus dielakkan ketika mula memperkenalkan makanan kepada bayi (1st solid food 6-7 months):
🍳 Telur (terutamanya telur putih) – mengandungi bakteria salmonella
🐄 Susu lembu/dairy products
🍤 Makanan laut
🌰 Kekacang
🍋 Citrus food
🍥 Yeast, cheese (keju)
🍯 Madu (bertoksin)
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!