Memberikan isteri duit belanja seumpama memberikan upah atas khidmatnya kepada suami. Walau pun tidak sebanding dengan kudrat dan keringat yang dicurahkan, sekurang-kurangnya suami tahu menghargai isteri.
Suami yang selalu memberikan duit belanja buat isteri sama sekali tidak akan rugi. Bermurah hati dengan orang terdekat itu sifat yang terpuji, tidak hairanlah pelbagai kemudahan dan rezeki akan dilorongkan buat suami.
Namun diharapkan tidak duit belanja isteri tidak disalah erti untuk duit perbelanjaan rumah. Pemberian ini seharusnya untuk isteri membeli apa yang diingini. Tidak perlu banyak, cukup sekadar kemampuan suami masing-masing. Perkongsian sketsa kehidupan dari bapa ini boleh dijadikan renungan.
“Ayang, abang dah tinggal duit kat almari, bawah bedak anak…guna la untuk apa yang patut…”
Duit belanja…
Kenapa perlu bagi duit belanja pada isteri? Duit belanja ni adalah sebagai upah utk isteri setelah dia melakukan kerja-kerja rumah dimana bukanlah kewajipan isteri untuk melakukan kerja- tersebut, tapi asbab disuruh suami dan dia taat kpd suami, maka dia buat keje2 tersebut…
Ketaatan kepada suami, ingin memudahkan urusan suami disamping ingin menjadi seorang isteri yg solehah…
Suami balik kerja, suami dah tak perlu buat kerja-kerja rumah sebab kerja-kerja tu dah dibuat oleh si isteri, suami boleh terus rehat…so, suami tak payah buat terus la?
Tanggungjawab tetap kena buat bila ada kelapangan dan masa utk melakukannya…
Kalu isteri yg selalu buat, maka bagilah duit belanja, upah untuknya atas apa yang dibuatnya bagi pihak si suami…duit belanja dan nafkah tak sama…perbelanjaan dapur, duit tambang anak, bil utiliti semua ni tak dikategorikan dlm duit belanja…ini nafkah…
DUIT BELANJA UNTUK ISTERI BELI APA YANG DIINGINI
Duit belanja adalah untuk isteri, utk dia gunakan beli apa yg dia inginkan yang selain drpd apa yg sepatutnya disediakan oleh seorang suami…
Contoh? Beli baja pokok, pasu, kelengkapan menjahit, acuan kek or kuih raya dan sebagainya…
BERI SESUAI DENGAN KEMAMPUAN SUAMI
Duit belanja ni sepenuhnya atas kemampuan suami, dan tiada nilai minimum yg patut diberikan kpd isteri…bg sekadar byk mana yg ada, yg boleh bg dan suami masih ada baki utk kegunaan dirinya sendiri…
TAKKAN RUGI & BUKAN BUANG DUIT
Buang duit tak bg kat isteri? Rugi tak? Tak rugi dan bukan buang duit…setiap satu sen yg dikeluarkan atau dibelanjakan utk isteri, ada pahala disisi Allah s.w.t dan ianya akan menjadi asbab utk kita diberikan kesihatan yg baik, dipermudahkan urusan, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dijauhkan dari bala bencana…
Tak percaya? Start esok, cuba bagi duit belanja kepada isteri…
Nota kaki : 3,4 hari sekali saya akan letak 50 utk digunakan isteri…tapi dia tak gunakan sampai habis pun, dia akan simpan dan keluarkan bila suami dia tgh sesak…
Apabila kita sebagai ibu bapa sudah bertukar menjadi singa, menjadi naga, atau menjadi harimau mengaum kerana berhadapan dengan kerenah anak, kelembutan itu sukar untuk kita praktikkan walaupun dalam hati penuh dengan kasih sayang.
Berbeza dengan pendekatan yang selalu kita dengar, iaitu ‘pukul kerana sayang’, menurut Ustaz Syaari pengulangan panggilan “Ya Bunayya” (wahai anakku yang disayangi) adalah tanda “aku berpesan kerana sayang kepadamu wahai anak.”
Begitu juga apabila Nabi Ibrahim a.s ulang menyebut “Ya Abati” yang bermaksud “Wahai ayahanda yang dikasihi” walaupun ayah Nabi Ibrahim seorang penyembah berhala.
Nabi Ya’qub juga memanggil anak-anak Baginda dengan panggilan “Ya Bunayya” apabila meminta mereka mencari Nabi Yusuf dan Bunyamin walaupun merekalah yang berkomplot jahat terhadap saudara mereka sendiri.
Berlembut dengan kerenah anak yang menguji kesabaran memang payah. Bersabar dengan kerenah anak memang sukar. ‘Easier said than done’.
Bertukar menjadi hijau atau menjadi ‘Momster’ lebih mudah berbanding sabar dan berlembut.
Pengulangan panggilan dengan kelembutan menggambarkan kesungguhan untuk menyeru kepada kebaikan walaupun anak menunjukkan respon yang negatif.
Sebagai ibu bapa, tanggungjawab kita adalah berusaha melakukan yang terbaik dengan bersungguh-sungguh tanpa berputus asa.
Anak mungkin tidak akan menunjukkan perubahan dalam masa yang singkat. Ataupun mungkin anak terlalu sukar untuk berubah terutamanya yang sudah remaja ataupun dewasa. Tetapi sekurang-kurangnya kita terus berusaha, termasuklah usaha untuk berlembut dan bersabar.
“Hidayah dalam hati anak-anak adalah di tangan Allah”. (ms 62)*
Noor Afidah Abu Bakar Parent Connect Consultancy
*Rujukan:
Indahnya Pesan Luqman Al-Hakim
Ustaz Syaari Ab Rahman
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebenarnya nak cipta bonding dengan anak-anak dan lebih-lebih lagi nak gembirakan hati anak-anak tak lah sesusah mana, gurau sikit dan usik-usik anak dah cukup terhibur.
Tapi jenis usikan dan gurauan macam mana yang boleh membantu anak lebih bijak mindanya? Dalam hal ni mama papa kena kenal pasti jenis permainan. Bercerita pada anak, kita nampak macam membosankan tapi sebenarnya kalau pandai olah dan triknya, anak cukup suka.
Dr Airil Haimi Mohd Adnan, Ketua Pusat Pengajian di UiTM Cawangan Perak dan penyelidik aktif ilmu psikologi perkembangan tahun awal serta sosiologi pendidikan usia praformal (0-6 tahun) ni kongsikan trik bercerita pada anak. Paling penting katanya, cara ni buat anak lebih bijak dan mindanya pun diasah dengan baik.
Kanak-kanak suka bermain, itu memang naluri semulajadi mereka! Malah, tidak salah jika kita membuat tanggapan bahawa antara pengalaman hidup yang paling bermakna semasa usia pendidikan praformal antara 0-6 tahun adalah pengalaman bermain.
Pada masa yang sama, dapatkah kita sebagai papa dan mama juga pendidik prasekolah mengambil peluang agar aktiviti bermain si kecil membawa lebih manfaat kepada dirinya? Jawapannya, sudah pasti! Syaratnya mudah, pastikan anda memberi masa dan ruang dalam jadual seharian untuk ‘bermain’ bersama-sama si kecil anda walaupun sekadar 1 jam setiap hari. Latihan dan ‘permainan minda’ di bawah amat disyorkan untuk si kecil.
2. Belajar untuk tunjukkan minat dan minta anak bercerita, membuat lakonan semula atau apa sahaja aktiviti di mana dia boleh berkongsi aktiviti pada hari berkenaan. Anda pasti tidak akan kering gusi!
3. Permainan jenis memori bantu anak untuk tingkatkan daya ingatan si kecil. Tak payah tunggu waktu sesuai, di dalam kenderaan ketika balik dari tadika atau di mana-mana sahaja yang selesa. Contoh, suruh anak fokus pada bangunan yang dilihat di luar kereta, misalnya kemudian minta si kecil ceritakan balik rupa bentuk bangunan tu. Simple.
Bila melepasi pasar raya, tanya pada anak, “Adik, kalau kita pergi ke pasar raya, apa 10 benda yang boleh kita beli dekat situ?”
4. Saya amat yakin bahawa minda yang aktif perlu latihan yang lebih tradisional seperti bermain teka-teki. Teka-teki memaksa minda untuk berfikir jauh dan tidak hanya secara logik semata-mata. Terserahlah kepada mama dan papa untuk mencari teka-teki yang sesuai. Di tadika, cikgu prasekolah boleh menggunakan teka-teki sebagai aktiviti kumpulan besar di dalam kelas terutama untuk kanak-kanak yang lebih matang.
5. “Siapa nampak… nampak tak?”. Aktiviti minda klasik ni cukup sesuai dimainkan ketika sedang dalam perjalanan ke mana-mana sahaja. Di Barat, permainan minda seperti ini kita panggil “I spy with my own eyes…” Permainan minda ini dan variasinya membantu si kecil anda untuk mengikuti arahan, meningkatkan tahap fokus, mengembangkan bahasa dan meningkatkan kesedaran ruang (spatial awareness) mereka.
6. Perjalanan dalam kereta sebenarnya memang membosankan. Bukan kita saja, anak-anak pun sama. Buat teknik kira-kira. Minta si kecil congak secepat mungkin setiap plet atau nombor kenderaan yang mereka nampak, seperti ‘AER 987’ (sama dengan 24). Satu lagi variasi ialah meminta si kecil beri satu ayat yang ada makna untuk setiap abjad yang dia lihat, misalnya ‘Ayam Ekor Rosak’ berdasarkan plet atau nombor tersebut. Menarik.
Jadi lepas ni kalau dalam kereta, jangan diam saja layan perasaan masing-masing. Cipta momen sambil asah minda anak-anak. Percayalah bila anak dah besar nanti, inilah momen yang paling diingati.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!