Siapa yang tidak mahu menjadi ibu yang terbaik buat anak-anak. Sebolehnya apa sahaja keperluan dan kehendak anak cuba dipenuhi sebaiknya oleh ibu. Pun begitu ada waktunya kita tidak mampu mencapaikan kesempurnaan bila mana tubuh jadi begitu penat dan keletihan melayan anak setiap masa.

Masa untuk diri sendiri sememangnya tidak pernah sempat. Apa ibu nak buat? Jangan terlalu jadi ibu sempurna dan ‘perfect’ setiap masa. Kita jadi letih. Hakikatnya, anak-anak juga tidak mahu ibu sempurna, mereka mahukan ibu yang gembira dan penuh kasih sayang.

Perkongsian Pn Insyirah Soleha ini memang ‘deep’. Ya, tak perlu jadi sentiasa sempurna. Adalah lebih baik kita menggembirakan anak-anak. Sudah memadai!

“Tak Payah Perfect Sangat” Anak Tak Mahu Ibu Sempurna Tiap Masa, Mahu Ibu Gembira!


Bila housemate tak ada, jadi ibu dan ayah dalam masa yang sama jadi supir untuk anak-anak ke sekolah.
Beberapa kali yang penat sangat emosi dan fizikal, anak-anak jadi lebih cranky dan emosi bila bapa tiada. Nak bangunkan ke sekolah pun banyak drama, kemudian bergelut kejar masa nak hantar ke sekolah sambil redah kesesakan jalan. Belum lagi ada drama tertinggal barang pula.

Biasanya singgah beli nasi lemak tepi jalan singgit dua. Kalau lapar memang susah nak bincang, menggigil dan berpeluh sampai basah lencun.

Petang, ambil anak-anak di sekolah dan sambung rutin selanjutnya. Kemudian, saya mula jadi sangat penat. Selepas muhasabah, anak-anak tak perlu ibu yang sempurna mereka mahu ibu yang gembira. Saya mula rutin yang baru.

“Tak Payah Perfect Sangat” Anak Tak Mahu Ibu Sempurna Tiap Masa, Mahu Ibu Gembira!

Pagi, selepas anak-anak ke sekolah saya berjalan kaki di taman sambil gendong bayi. Brisk walk sahaja. Tak perlu jogging. Pakai ergonomic baby carrier. InsyaAllah bantu ibu tak sakit belakang, baby pun selesa.

Baby boleh tidur dalam carrier. Kalau baby tak tidur, kami berbual. Tunjuk pokok, burung, daun-daun. Nampak ikan di tasik, berbual fasal ikan. Kalau baby tidur, saya baca saja zikir-zikir untuk kami.
Balik dari taman, singgah beli makanan yang heavy macam nasi lemak. Bila dah kenyang,, boleh urus dan layan anak dengan gembira.

Selesai urusan anak dan rumah, siap untuk ambil abang-abang bersekolah. Singgah juga ke taman beri mereka main buaian, berlari di padang, main papan gelongsor. Lepaskan tenaga dan emosi yang ada di taman permainan, dengan harapan badan dah penat nanti malam mereka mudah tidur.

Ada masa, saya sambung brisk walk waktu petang masa anak-anak main di taman. Kadang saya join mereka main sekali.

IKLAN

Selepas Maghrib, (berjemaah diwajibkan di rumah) sambung mengaji dan kemaskan keperluan sekolah untuk esok hari.

“Tak Payah Perfect Sangat” Anak Tak Mahu Ibu Sempurna Tiap Masa, Mahu Ibu Gembira!

Pernah rasa penat sangat sebab berhari kurang tidur, panjang lebar mesej pada housemate yang berada jauh beribu batu. Pendek sahaja balasannya. “Terima kasih tolong jaga anak-anak.”

Ya Allah, terus menangis. Bukan anak-anak je perlukan pelukan, ibu juga memerlukan pelukan dari anak-anak. Si kecil datang peluk, dan redakan gelora emosi.

Kadang, kita nampak perkataan “tolong” dan “terima kasih” tu biasa sahaja. Bukan tak ikhlas atau tidak redha atau tidak syukur cuma emosi sahaja yang tidak stabil.

Bila dah tahu badan penat senang nak tidur, saya berlama-lama brisk walk dengan anak. Bila dah penat, rebahkan badan terus switch off. Dapat deep sleep 2-3 jam pun cukup bermakna untuk meneruskan perjuangan hari baru. Sekarang, baru faham.

Ibu tak gembira, emosi roller coaster kerana kurang self care. Berjalan sehari 10,000 langkah boleh bantu untuk gembira. – baca dar tulisan Dr Rizal.

“Tak Payah Perfect Sangat” Anak Tak Mahu Ibu Sempurna Tiap Masa, Mahu Ibu Gembira!

IKLAN

Kalau dah mula rasa serabut, sesuatu yang aneh dengan diri sendiri, mulakan langkah pertama sehingga 10k langkah akhir. Kita namakan ia langkah kegembiraan, rasai sendiri perbezaan emosi.

Kurang minuman manis atau terus berhenti. Minuman manis buat emosi huru hara. Badan dah peluh, topup dengan air kosong. Kulit pun makin glowing.

“Cantiklah awak sekarang, pakai skincare apa?”
“Saya brisk walk dan gembira, stop minuman manis. Dapat vitamin D dari matahari setiap pagi.” 😬

Kalau ada bajet lebih boleh cari basikal biasa 2nd hand anggaran RM150. Letak baby seat boleh la mengayuh dengan anak. Seronok budak bila disapa angin sepoi-sepoi dan rasa selamat sebab ibu ada sekali. Nampak budak-budak ketawa naik basikal dengan ibu ayah di taman. Seronok semuanya. Be happy.

Buat sesuatu yang menggembirakan dan menyihatkan. Untuk emosi dan fizikal. Kalau merajuk nak aiskrim, nak mekdi, nak kepci, nak boba… nanti makin celaru emosi. Sesekali okay, mungkin selepas berjaya berjalan 100km.

“Tak Payah Perfect Sangat” Anak Tak Mahu Ibu Sempurna Tiap Masa, Mahu Ibu Gembira!

Kalau setiap hari berjalan 10km, hari ke-11 kalau merajuk baru boleh makan aiskrim. Kalau tak merajuk, minum air kosong saja. 😌

Ibu,
Anak-anak tak perlu ibu sempurna mereka perlukan ibu yang gembira.
Love yourself. Tengok cermin, proud of yourself.

IKLAN

Semua ibu penat, tak perlu beritahu pun semua dah tahu. Tapi ibu selalu lupa they are doing great job! ⚘

Ummu Amir,
Semoga lelah menjadi LILLAH.

Menarik: Ayash Senyum Dekat Siapa Tu, Majlis Tahnik & Cukup Jambul Ayash Affan Serba Putih

Nak dapatkan barangan dan kelengkapan sekolah anak, jom shopping di Hari-Hari.

“Tak Payah Perfect Sangat” Anak Tak Mahu Ibu Sempurna Tiap Masa, Mahu Ibu Gembira!

Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?

Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI