Bila sebut sahaja sayur, anak-anak mulalah liat untuk makan. Ubah gaya dan jadikan sayur versi rangup. Anak mesti suka.
Jika sebelum ini bayam atau sawi jadi pilihan, olah pula terung untuk dijadikan fries. Rangup dan sedap. Jom cuba perkongsian resipi Syahirah Adnan.
Sedap terung goreng ni. Semalam tengok member dalam group ni share macam mana dia nak tarik minat anak makan sayur.
Alhamdulillah saya baru je goreng ni untuk kudapan petang anak, berebut diorang. Yang ni saya gaul dengan tepung bestari je.
Ads
Tq pada “baba” yang share resepi & tips ni. Ha gambar kedua tu, kita repeat lagi goreng untuk dinner. Ada kawan-kawan dalam group cakap potong bentuk jejari pun sedap.
Masha Allah lagi sedap!! Mcm fries!!!
Mula-mula, basuh bersih terung dan potong ikut kesukaan. Nak rangup, potong nipis-nipis.
Ads
Lepas cuci terung tu, saya terus gaul dengan tepung bestari je. Tepung tak payah bancuh guna air.
Lepas tu panaskan minyak dan terus goreng. Kena minyak banyak macam goreng fries tu. Nak rangup kena goreng garing sikit.
Ads
Nak rangup, masuk masa minyak betul-betul panas tapi api jangan besar.
Bila hari-hari asyik menu nasi, ada ketikanya mama dah tiada idea nak masak lauk apa. Sesekali tukar selera dengan menggantikan nasi kepada makanan mengenyangkan pun sedap juga. Salah satunya buatkan menu char kuey teow.
Resipi yang dikongsikan oleh Suisan Aliezsha ini boleh mama cuba buat sendiri di rumah dan sangat mudah. Pastinya suami dan anak suka. Nak makan lebih sepinggan pun tiada masalah.
Kalau ada cili jeruk lagi sedap. Resepi dibawah paling ringkas dan mudah cara saya masak. Hidangan dibawah saya masak setiap pinggan berasingan.
Bahan-bahan:
1. Kuey teow (cuci toskan)
2. Cili kering & bawang besar (diblend)
(Bahan-bahan tumis, cili sos, kicap manis, kicap pekat, sos tiram)
3. Bawang putih ketuk-ketuk
4. Taugeh & kucai
5. Telur..
6. Udang direbus (asingkan air)
7. Kerang (direbus)
Cara-cara membuatnya:
Panaskn kuali, masukkan minyak..(minyak lebih sikit ye, supaya masukkan telur nanti kuey teow xbatat) kuey teow & minyak dia orang ni friend forever.
Tumis bawang putih, masukkan udang, cili diblend 3 sudu besar, (1 sudu besar sos cili, sos tiram, kicap pekat) 5 sudu kicap manis sedikit garam,kacau-kacau.
Masukkan air rebusan udang pecahkan telur kacau-kacau sebatikan, masukkan kerang, kuey teow, taugeh & kucai siap. Pastikan guna api yang besar ye..Selamat mencuba
Kredit: suisan aliezsha
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kita jarang mempelbagaikan resipi daging goreng. Pun begitu resipi daging goreng rangup perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini mama kena cuba.
Resipi ringkas menggunakan karemel dari bawang Holand yang dikemudiannya di masukkan ke dalam tumisan daging dan juga nasi buat rasa daging jadi lebih sedap. Memang sedap dan lain daripada yang lain.
Dulu, kawan saya ada meniaga Nasi Crispy Beef dekat area Wangsa Maju (kalau tak silap). Selalu tengok dia punya iklan lalu lalang. Terliur! Disebabkan saya di JB, terpaksa masak sendiri.
Daging Rangup (Crispy Beef) by Kamarul Ariffin Nor Sadan
Bahan-bahan: (3-4 orang makan)
400g daging
1 biji bawang Holland
2 sudu besar kicap cair
1 butir telur
2 ulas bawang putih
1 sudu empingan cili
1-2 cawan tepung jagung
1 sudu besar lada sulah
1 sudu besar kicap manis
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cuka
1 sudu besar bijan(disangai)
Garam dan gula secukup rasa
Hiris bawang nipis-nipis. Goreng dengan minyak sedikit. Saya ada letak secubit garam semasa goreng bawang ni. Bawang Holland ni manis kalau dikorek hingga terkaramel.
OK bawang dah terkaramel. Bau dia menggiurkan. Keluarkan dari kuali dan bahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk nasi, satu lagi untuk sos crispy beef.
Kita potong daging nipis-nipis, lembing kurang 1-1.5cm tebal. Kalau boleh, gunakan bahagian daging yang lembut, seperti batang pinang atau rimau menangis. Barulah rangup diluar, lembut di dalam.
Kita perap dengan bawang putih, kicap cair, telur dan lada sulah. Tambah garam jika perlu. Biarkan sebentar agar ramuan mesra. 30 minit dah cukup.
Sekarang masukkan tepung jagung, gaul-gaul sampai setiap hirisan daging di selaput tepung. Selain tepung jagung, saya rasa tepung yang paling sesuai adalah tepung kentang (potato starch).
Goreng! Minyak kena panas. Jangan masukkan sekaligus. Masuk satu-satu. Dah kuning, angkat! Ni gambar saya goreng daging ni buat kali kedua (double fry) agar lebih garing.
Angkat, dan toskan minyak berlebihan. Ambil satu dan rasa. Aduhai, berkeriuk diluar, tapi masih berjus di dalam. Kalau hidang macam ni je pun, InsyaAllah licin dikerjakan anak-anak. Tapi, sabar dulu!
Kita buat sos untuk gaul dengan daging tadi dulu. Tumis bawang putih, masukkan empingan cili (chili flakes). Kalau nak guna cili kering atau cili kisar pun boleh.
Masukkan sos tomato. Selain kicap, tomato mengandungi monosodium glutamate, dan itu akan memberi rasa umami pada sos ni nanti. Barulah sedap! Kalau pekat sangat, masukkan air sikit.
Ni kicap manis. Berikan rasa lemak dan seimbangkan rasa masin dan masam tadi. Sama macam tomato, kicap pun penambah rasa umami. Barulah dapat mengecapi keenakan makanan.
Tambah sedikit cuka! Siapa yang rasa-rasa tak boleh makan cuka, tukarlah kepada limau nipis atau limau kasturi. Sejujurnya, untuk resepi ni, cuka lebih sedap. Ia beri rasa “tangy”.
Akhir sekali masukkan bawang goreng kita tadi. Bawang terkaramel ni akan menjadikan sos ni unik, dan lain dari sos masam manis yang biasa kita buat. Jadi, yang ni jangan tak letak.
Tuang daging yang dah digoreng tadi, dan gaul laju-laju. Biar sos tu menyelaputi setiap inci daging. Kalau sos tadi pekat dan likat, InsyaAllah kerangupan daging ni tak terjejas.
Lupa pula nak masukkan bijan. Tabur sikit dan dah boleh hidang! Masa nak pindah ke dalam pinggan, boleh curi lagi sekeping daging untuk rasa. Bukan ada orang perasan. Haha!
Itu dia! Nikmat kerangupan salutan tepung, keenakan sos, dan daging lembut di dalam. Semua dalam satu pakej hidangan. Saya hidang bersama nasi bawang.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kuih apam antara yang menarik perhatian anak-anak. Bentuknya yang kecil dan comel dengan berbagai warna mampu memancing selera anak-anak untuk menikmatinya. Mudah untuk mama dan papa mengajak anak-anak terutama yang cerewet memilih makanan.
Kuih kecil seperti ini sesuai untuk diisikan di dalam goodie bag atau dihidang pada majlis hari lahir anak-anak. Resipi yang dikongsi Rosehayati Zainuddin ini sangat mudah disediakan dan sesuai kalau nak buat aktiviti bersama anak-anak.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.