Resipi kerabu ikan bilis ala sang dewi ni sebenarnya dijadikan sebagai lauk tambahan. Tapi kalau masak kerabu ikan bilis ni saja pun dah cukup untuk makan dengan nasi panas-panas. Makin simple lauk, makin bertambah makan sebenarnya. Setuju tak?

Baca: “Baru Anak Sorang Dah Penat, Mak Cik Anak 8 Elok Je” Elak Cakap Macam Ni Pada Ibu Baru

Resipi Kerabu Ikan Bilis Ala Sang Dewi Untuk Keluarga, Makan Lauk Ni Je Pun Bertambah Nasi!

Mama atau papa yang rajin masak boleh cuba masak menu ni kalau dah kehabisan idea. Selamat mencuba!

RESIPI KERABU IKAN BILIS ALA SANGDEWI

Bahan-bahan;

Ikan Bilis
Bunga Kantan
Serai
Bawang Merah
Cili Padi
Tomato
Garam

IKLAN

Resipi Kerabu Ikan Bilis Ala Sang Dewi Untuk Keluarga, Makan Lauk Ni Je Pun Bertambah Nasi!

Baca: Eyra Hazali Dah Masuk Wad Bersalin, Suami Teman Sambil Bacakan Al-Quran. Mohon Doa Dari Semua Agar Dipermudahkan

Cara Penyediaan;

Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan. Hiris atau mayang halus bunga kantan, serai, bawang merah/besar dan cili api. Potong dadu kecil tomato dan juga sediakan limau nipis/limau kasturi untuk diperah.

IKLAN

Resipi Kerabu Ikan Bilis Ala Sang Dewi Untuk Keluarga, Makan Lauk Ni Je Pun Bertambah Nasi!

Satukan semua bahan-bahan ini di dalam bekas dan gaulkan dengan garam, gula dan sedikit kiub ayam. Masukkan air perahan limau nipis dan limau kasturi (saya campurkan kedua-dua limau ini untuk lebih sedap) dan gaul rata. Kemudian masukkan pula ikan bilis, saya ramas-ramas dulu supaya senang nak makan nanti tetapi janganlah hancur sangat. Gaul rata sekali lagi.

Resipi Kerabu Ikan Bilis Ala Sang Dewi Untuk Keluarga, Makan Lauk Ni Je Pun Bertambah Nasi!

IKLAN

Untuk kerabu, anda sesuaikan rasa, ada masam dan manisnya, garam tak perlu banyak sebab ikan bilis dah masin.

Nota: Ada orang guna sos ikan, boleh juga tetapi saya memang tak guna sos ikan. Nak masukkan hirisan daun limau purut pun boleh juga. Sesuaikan saja dengan selera anda.

Resipi Kerabu Ikan Bilis Ala Sang Dewi Untuk Keluarga, Makan Lauk Ni Je Pun Bertambah Nasi!

Selamat mencuba.

Kredit: Rozi Abdul Razak

Resipi Kerabu Ikan Bilis Ala Sang Dewi Untuk Keluarga, Makan Lauk Ni Je Pun Bertambah Nasi!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI