
Bila sebut sahaja sayur, anak-anak mulalah liat untuk makan. Ubah gaya dan jadikan sayur versi rangup. Anak mesti suka.
Jika sebelum ini bayam atau sawi jadi pilihan, olah pula terung untuk dijadikan fries. Rangup dan sedap. Jom cuba perkongsian resipi Syahirah Adnan.
Sedap terung goreng ni. Semalam tengok member dalam group ni share macam mana dia nak tarik minat anak makan sayur.
Alhamdulillah saya baru je goreng ni untuk kudapan petang anak, berebut diorang. Yang ni saya gaul dengan tepung bestari je.
Tq pada “baba” yang share resepi & tips ni. Ha gambar kedua tu, kita repeat lagi goreng untuk dinner. Ada kawan-kawan dalam group cakap potong bentuk jejari pun sedap.
Masha Allah lagi sedap!! Mcm fries!!!
Mula-mula, basuh bersih terung dan potong ikut kesukaan. Nak rangup, potong nipis-nipis.
Lepas cuci terung tu, saya terus gaul dengan tepung bestari je. Tepung tak payah bancuh guna air.
Lepas tu panaskan minyak dan terus goreng. Kena minyak banyak macam goreng fries tu. Nak rangup kena goreng garing sikit.
Nak rangup, masuk masa minyak betul-betul panas tapi api jangan besar.
Selamat mencuba!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Roti Canai Homemade, Boleh Buat Sarapan & Minum Petang Untuk Anak-anak

Resipi Roti Canai Homemade, Boleh Buat Sarapan & Minum Petang Untuk Anak-anak
Roti canai telah mendapat penganugerahan sebagai roti terbaik di dunia oleh Tasteatlas. Roti canai bukan sahaja berjaya mengalahkan India yang popular dengan roti naan tetapi juga Eropah yang dikenali sebagai negara penghasilan pastri terbaik dunia.
Ini bukan pertama kali roti canai menerima pengiktirafan daripada Tasteatlas. Sebelum ini pada Julai lalu, ia pernah dinobatkan sebagai ‘roti rata’ terbaik di dunia dan sekali lagi berjaya mengalahkan roti naan dari India. Tahun lalu juga, roti canai turut dianugerahkan sebagai ‘makanan jalanan’ terbaik di dunia oleh laman antarabangsa itu.
Selalu kita makan roti canai di kedai, apa kata kita belajar untuk buat sendiri roti canai homemade di rumah. Nak makan pun senang, tak kiralah pagi, petang atau malam.
Seperti resipi yang dikongsikan oleh Iza Haliza Mohd Zaid ini, anda pasti puas hati bila dapat makan lebih roti canai bersama keluarga. Roti canai sedap dimakan dengan kuah dhal, kari dan sambal bilis.
ROTI CANAI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
1 – 1 ½ cawan air
1 sudu besar marjerin
Garam secukup rasa
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar minyak masak
CARA-CARA:
1. Campurkan air + garam + susu di dalam satu bekas. Kacau-kacau hingga sebati. Jadikan sebagai bahan A.
2. Bahan A dicampur sedikit demi sedikit dengan tepung (uli cara manual) tapi campur semua kalau pakai mesin.
3. Masukkan minyak masak. Gaul lagi.
4. Kemudian, masukkan marjerin. Gaul lagi hingga semua sebati.
5. Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas doh telah siap dibuat, tutup dengan kain yang lembab dan rehatkan selama 30 minit.
6. Buatkan bulat kecil-kecil 75gm-90gm setiap satu (satu adunan ni boleh dapat dalam 10 keping roti canai).
7. Salutkan dengan marjerin untuk mengelakkan doh dari melekat (saya salut dengan minyak).
8. Biarkan selama 2 jam. Kemudian, apabila cukup 2 jam, doh siap untuk ditebar dan dibentuk sama ada nak buat style 4 segi atau style sanggul/pusing.
9. Lepas dah masak, jangan lupa masa masih panas-panas tu, tepukkan roti canai tu guna dua belah tangan macam di kedai. Nanti baru timbul segala layer yang kat dalam tu.
PETUA UNTUK BUAT ROTI CANAI:
1. Untuk menjadikan roti canai itu LIAT = letak minyak.
2. Untuk menjadikan roti canai itu CRISPY = letak gula atau tambah susu pekat manis.
3. Untuk menjadikan roti canai itu lembut sehingga ke petang = uli dengan air sejuk/ais.
Kredit resipi: Iza Haliza Mohd Zaid
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resepi Biskut Raya Coklat Mudah, Tanpa Guna Oven! Boleh Buat Kudapan Mama Dalam Pantang Ketika Hari Raya

Bila terfikir nak buat biskut raya, pasti ramai yang malas nak buat sebab kebanyakan jenis biskut raya perlu menggunakan oven untuk membakar.
Tapi sebenarnya ada je biskut raya yang tak perlu guna oven dan tak perlu bakar. Antaranya biskut raya coklat yang dikongsi oleh Mr.Ali ini. Oh.. ibu dalam berpantang pun boleh makan sebab bahan yang digunakan selamat untuk ibu berpantang. Boleh buat stock siap-siap sebelum bersalin.
RESEPI TANPA OVEN, BISKUT RAYA COKLAT by Mr.Ali.
🍫 Satu adunan dapat lebih kurang 100 pcs cookies MINI paper cup. Depends pada saiz yang dibentuk.
Bahan-bahan
BAHAGIAN CHOCOLATE BALL
– Butter : 200 gram
– Serbuk koko : 120 gram
– Susu Pekat : 100 gram
– Biskut Marie : 300 gram
BAHAGIAN COATING
1. Chocolate compund (Dark chocolate) : 200 gram
Baca:
‘Bayi Parah Dibaham Kera’ Kini Bergelar Doktor, Tamat Pengajian Di Al-Azhar Mesir
“Rasa Bersalah Dengan Anak” Genap 8 Tahun Berhenti Merokok, Bapa Ini Kongsi Tip.
Tampal Lencana & Nama Pada Pakaian Sekolah Paling Senang, Guna Je ‘Double Sided Adhesive Clot’
Cara – cara
BAHAGIAN CHOCOLATE BALL
1. Cairkan butter ..Api slow. Dah cair tutup api. terus masukan bahan2 susu pekat n serbuk koko ..panas2 tu kacau sampai sebati.
Microwave pun sama. Dh cair butter tu..masukan bahan lain tadi kacau sebati.
– Hancurkan 300 gram biskut marie. Jangan pakai biskut lain nanti rasa kurang kick.. Hancurkan dulu awal2 sebelum step pertama tadi.
– Masukkan biskut yang dihancurkan kedalam adunan dan gaul sehingga sebati.
– Bentukkan campuran tadi kepada bentuk bulat dengan menggunakan tangan. Setkan sejam dalam peti.
– Lepas tu buat lubang di tengah-tengan biskut yang telah siap ..boleh guna apa apa sahaja janji ada lubang kecil kat tengah.
– Masukkan nutella ke dalam lubang yang dibuat dengan menggunakan piping bag.
– Setkan ke dalam peti selama 10 minit-20 minit
BAHAGIAN COATING
– Cairkan 200 gram dark chocolate. Nak manis pakai milk chocolate.
– Salutkan biskut tadi dengan dark chocolate tadi ke atas biskut dengan menggunakan sudu.
– Hias ikut kreativiti anda or boleh pakai chocolate flakes.
– Biarkan coklat kering mengikut suhu bilik.Bila kita sentuh di tak melekit.
Biskut sudah sedia untuk dimakan dan boleh letak kat luar je. Senang kan. Mmg sedap tau 😁🤤🤤
Selamat Mencuba!♥️
Kredit: Muhammad Ali
Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Nasi Mandy Terlajak Sedap, Ringkas Tapi Rasa Padu, Sedapnya!

Bosan dengan nasi putih dan lauk pauk, apa kata kita hidangkan juadah isterimewa buat anak-anak dan suami di bulan puasa ini. Nasi Mandy antara resipi yang wajib dicuba sebagai hidangan berbuka.
Perkongsian resipi Pn Nurul Ateekah ini mama wajib cuba. Lengkap dengan langkah demi langkah dan senang untuk diikuti. Pasti menjadi!
Seperti yang saya janjikan, resipi Nasi Mandy saya setiap kali tempahan. Tak ada terkurang atau terlebih. Apa yang saya buat pada customer saya, macam tu saya akan bagi resepinya. Selamat mencuba!
Saya sediakan step by step sampai akhir) Kalau tak tahu caranya, boleh tengok di setiap gambar, dari rempah, nasi, ayam, kambing, sos@sayur salata.
Rempah Nasi Mandy/Kabsah
2 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar kayu manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar buah pelaga
1 sudu kecil bunga cengkih
1 biji limau kering
1 biji buah pala kering /nutmeg
1 helai daun salam/bayleaves
1 sudu kecil serbuk kunyit
Masukkan kesemua bahan ke dalam kuali (tanpa minyak) sangaikan dengan api perlahan selama 10 minit dan sehingga naik bau.
Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam tempat pengisar kering/atau blender kering. Kisar sehingga halus.
Simpan ke dalam tempat yang bertutup.
Bahan Nasi Mandy
4 pot beras basmati
1½ pot air x 4 air rebusan kambing/air biasa
Kambing atau ayam
Minyak sapi 3 sudu besar
Rempah nasi Mandy 1½ sudu besar
Bawang besar 1 biji (dipotong dadu@dihiris)
Cili hijau 2@3 batang
Bawang putih 10 ulas
Bayleaves/daun salam 1@2 keping
Limau kering 1 biji
Kayu manis 1 batang
Bunga cengkih 2 biji
Buah pelaga 2 biji
Akar daun ketumbar (2 pokok)
1 kiub ayam@daging
Daun ketumbar -hiasan
Kismis -hiasan
Bawang goreng -hiasan
Kacang gajus/badam -hiasan
1. Rendam beras Basmati selama 20-30 minit. Toskan.
2. Sediakan kuali atau periuk besar.
3) Panaskan minyak sapi, masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, limau kering, daun salam, cili hijau, bawang putih, bawang merah, kiub ayam@daging dan rempah. Masak sehingga naik bau.
5) Masukkan beras dan air mengikut sukatan yang betul dalam rice cooker.
6) Perasakan dengan garam jika perlu.
7) Masukkan daging kambing yang dimasak sekali dengan kuahnya (pastikan kambingnya empuk)
***Jika menggunakan ayam, ayamnya perlu dibakar, tidak perlu di masak bersama kuah.
8) Tekan butang periuk nasi dan biarkan ianya masak sempurna.
9) Selepas 10 minit nasi sudah masak, lubangkan kepada 4 bahagian, masukkan pewarna oren@kuning(agak-agak), biarkan seketika dalam 5 minit dan gemburkan nasi perlahan-lahan agar nasinya tidak patah.
Baca: https: Tak Keluar Rumah Pun Ibu Risau Kesihatan Anak, Ini Apa Yang Boleh Dibuat
10. Sediakan aluminium foil dan letakkan minyak ke dalamnya dan masukkan arang yang telah di bakar tadi. (Bakar diatas api dapur), tutup periuk nasi biarkan ianya diasap selama 5-10 minit.
11) Taburkan kacang, kismis, daun ketumbar dan bawang goreng, angkat nasi dan sedia untuk dihidang.
Untuk Perapan Ayam
1 ekor ayam
1 sudu besar rempak Mandy
1 sudu besar serbuk cili
½ atau hujung sudu kecil pewarna oren atau kuning
Sedikit garam
Serbuk perasa
1) Masukkan semua bahan ke dalam bekas, ratakan kesemuanya dan sapukan kepada ayam.(sapu rata dan biarkan ianya paling kurang 1@2 jam.
2) Panaskan oven, bakar pada suhu 220c.(25-40 minit)
3) Apabila ayam sudah masak, minyak ayam jangan dibuang, taburkan pada nasi yang telah dimasak di dalam rice cooker(jika mahu).
Resipi Kuah Sup
1/2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
3 batang cili hijau
1 sudu kecil rempah Mandy
1 kiub ayam
Garam secukup rasa
1) Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih.
2. Masukkan semua bahan lain dan perasakan. Boleh letak kentang atau lobak merah (jika mahu).
Sos Salata
Bahan-bahan:
4 biji besar tomato
5 biji cili hijau
2 ulas bawang putih
2 sudu besar daun Ketumbar (dihiris)
1 sudu besar jus lemon
5@6 sudu besar air masak (jika perlu)
Kisar semua bahan sehingga hancur, letak kedalam mangkuk, siap untuk dihidang.
Selamat mencuba!
Artikel berkaitan: Resipi Nasi Arab Mudah, Tak Guna Rempah Yang Dijual Pun, 27K Perkongsian, Memang Padu!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI