Tak Perlu Beli, Lagi Jimat Buat Peanut Butter Sendiri, 3 Langkah Saja!

Share

Selalu kita beli, tapi tak terfikir pula untuk buat sendiri mentega kacang atau peanut butter pada sapuan roti. Sebenarnya cukup mudah dan senang.

Macam mana resipinya? Perkongsian resipi ringkas dari Nurul Zhafarina ini anda kena cuba. Memang terbaik.


Alhamdulillah menjadi jugak peanut butter sihat homemade.

Tak ada GULA
Tak ada GARAM
Tak ada MINYAK

Peanut butter sihat ni harganya agak mahal dijual jadi kalau buat sendiri lebih jimat. Nak buat pon tak susah. Boleh cuba buat.

Sangai guna air fryer.

Kemudian sejukkan kacang.

Blend. Saya guna blender kering.

Boleh terus masukkan dalam bekas.

Siap!

Nota:
* Bakar kacang guna suhu 180 C selama 15-18 minit.

* Boleh juga guna kuali biasa jika tak ada air fryer.

* Tak perlu letak minyak, saya blend kacang sahaja.

Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.

Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN