Tahukah anda bagaimana cara untuk mengira waktu subur selepas period? Perkara ini penting terutamanya bagi mereka yang ingin merancang untuk hamil.

Tak Perlu Guna Kalkulator, Ini Cara Mudah Nak Kira Waktu Subur Selepas Period

Walaupun terdapat banyak kalkulator kesuburan di laman web kesihatan, namun waktu subur berbeza bagi setiap individu.

Meskipun begitu ia tidak bermakna kita tidak boleh meramal bila waktu terbaik untuk melakukan hubungan intim bersama pasangan.

Jika anda ingin meningkatkan kebarangkalian untuk hamil, kiraan anggaran waktu subur selepas period boleh membantu mengatur kekerapan anda melakukan hubungan intim.

Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Perihal ovulasi, waktu subur selepas period

Kitaran haid wanita terbahagi kepada beberapa fasa. Antara yang menjadi tumpuan bagi mereka yang ingin mendapatkan anak adalah waktu ovulasi.

Jadi, apa itu ovulasi?

IKLAN

Ia merupakan satu fenomena biologi di mana telur yang berada di dalam ovari keluar selepas matang kesan daripada perubahan hormon untuk disenyawakan dengan sperma.

Jika berlakunya pertembungan dan persenyawaan, produk kepada proses tersebut akan bergerak ke rahim dan ditanam di sana.

Apa yang anda perlu tahu adalah, sejurus keluar ovum (sel telur) daripada ovari, ia mempunyai masa sekitar 12 jam untuk disenyawakan.

Sekiranya tiada persenyawaan berlaku, sel tersebut akan mengalami fasa peluluhan (disintegration) dan dinding rahim yang menebal, kelak, akan jatuh sebagai darah haid.

Jika dilihat pada durasi ovum, secara logiknya, akan ada anggapan penting untuk kita meramal waktu yang tepat bagi proses ovulasi.

Bayangkan, anda hanya ada masa 12 jam sahaja!

IKLAN

Walau bagaimanapun, bukan semua individu mempunyai jumlah hari kitaran haid seperti apa yang digambarkan dalam buku teks.

Oleh sebab itu kiraan waktu subur selepas period agak mencabar, terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai kitaran haid teratur.

Pun begitu, waktu singkat yang dimiliki oleh ovum boleh ditimbang kembali dengan jangka hayat sperma di dalam badan wanita.

Secara amnya, sperma boleh hidup di antara 3 hingga 5 hari (3 hari lebih ideal) di dalam tubuh wanita.

Melalui dua maklumat jangka hayat sel ini lah kita boleh mengatur tabiat intim harian bagi meningkatkan kecenderungan untuk mendapatkan anak.

Purata panjang bagi kitaran haid wanita
waktu subur selepas period

IKLAN

Sebelum kita menentukan bila waktu subur selepas period, anda perlu tahu tempoh satu kitaran haid.

Menurut buku teks perubatan, secara puratanya, wanita normal mempunyai jumlah kitaran haid 28 hari.

Namun begitu, badan manusia tidak selalu beroperasi seperti apa yang termaktub dalam buku teks.

Terdapat pelbagai jenis faktor yang boleh mempengaruhi kitaran haid wanita.

Apa yang anda perlukan sekarang adalah purata durasi bagi kitaran haid dengan menggunakan kiraan ringkas matematik.

Kira atau lihat pada rekod (jika anda menulis) jumlah hari kitaran haid bagi tiga bulan.

Tak Perlu Guna Kalkulator, Ini Cara Mudah Nak Kira Waktu Subur Selepas Period

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI