Tak Perlu Jadi Ibu Sempurna, Cukuplah Yang Membahagiakan Anak-Anak. Itu Pun Dah Terbaik!

Share

Bergelar seorang ibu bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak pengorbanan yang perlu dilalui saat nak membesarkan anak. Namun bila anak membesar dengan sempurna, segala kesusahan itu di bayar dengan kenikmatan.

Luahan yang dibuat oleh Tya Ariffin ibu kepada Arif Jiwa Asyraf mengambarkan bahawa seorang wanita yang bergelar ibu cukup hebat dan tsangat besar pengorbanannya.

Pengorbanan mengandung 9 bulan, dari naik berat badan, morning sickness, dan tidur tak lena hinggalah melahirkan dan mempertaruhkan nyawa kita untuk satu malaikat kecil.

Tiada langsung keluhan walaupun penat. Malah dapat menyusu dan membesarkan anak di depan mata anugerah yang tak ternilai dariNya.

Mungkin dia awalnya kita rasa sukar tetapi semua itu akan dilupakan bila melihat anak membesar dengan sempurna dan sihat. Dah mula pandai senyum dan buat orang tergelak setiap hari antara momen paling indah.

Paling terkesan sekali bila anak dah pandai ajak bermain dan melihatnya tidur buat hati ibu mudah cair walaupun sebelum itu cukup menguji kesabaran.

Hakikatnya tak perlu menjadi ibu yang sempurna, cukuplah menjadi ibu yang bahagia buah cinta hati kita.

Walaupun setiap anak tak sama, semuanya dah ada kelebihan masing-masing dan bagaimana kita mencorakkannya penentu kejayaan anak-anak.

Sumber: ig tyaarifinnw

 

IKLAN