Lempeng adalah makanan tradisi kita sejak dulu. Bukan kita orang dewasa sahaja yang gemarkan lempeng ini, anak-anak juga jika kena pada seleranya, makan bertambahlah jawabnya. Buntu untuk menyediakan sarapan terbaik buat anak, apa kata mama cuba lempeng tradisi yang satu ini.
Lempeng tradisi yang disediakan oleh Puan Umairah Jamaah ini disediakan daripada tepung atta. Katanya penggunaan tepung atta ini lebih sedap berbanding tepung gandum biasa. Paling penting ia kaya dengan fiber atau serat yang baik untuk kita dan anak-anak. Tak perlukan tepung gandum, jom cuba gunakan tepung atta pula.
Menu sempoi tak lekang dek zaman. Anak-anak pun suka. (garam dan gula tidak perlu untuk anak-anak bawah 2 tahun). Menu legend dan sempoi untuk sarapan dan kudapan petang. Sesuai untuk seisi keluarga.
Kali ini Kak Mai gunakan tepung atta. Lagi sedap berbanding guna tepung gandum. Tepung atta bagi lempeng rasa lebih kick sebab tepung ini kaya dengan rasa. Banyak kelebihan tepung atta. Antaranya kaya dengan fiber. Bantu kita lebih kenyang. Sejenis tepung yang tiada agent peluntur.
Ads
Ini bahan-bahan yang Kak Mai gunakan. Kita guna bahan yang mudah saja.
Ads
2 cawan tepung atta
1 cawan kelapa (nak letak extra pun boleh saja)
Sedikit garam (anak usia bawah 2 tahun tidak perlu)
1-2 cawan air.
Jom kita ke dapur. Inilah tepung atta, kelapa, dan sedikit garam.
Ads
Gaul sekejap bagi rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit. Ini Muhaimin yang tolong tuang. Dia tuang sekali gus terus. Tak sempat suruh stop. Dah siap bancuh. Tebar atas kuali pemanggang / kuali ajaib kalau ada. Kak Mai letak dua sudu minyak kat dalam bancuhan sesiap. Sebelum masak atas kuali.
Beginilah dia bila dah siap. Letak pisang pun awesome tau. Buat tau nanti. Kejadian bila dah siap. Tabur gula merah / madu pun sedap. Anak-anak suka makan begitu saja.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebut sahaja keropok lekor pasti kita terbayangkan proses membuatnya daripada ikan segar. Namun itu sudah terlalu sinonim. Apa kata variasikan hidangan untuk anak-anak kita dengan keropok lekor daripada ayam pula. Wow menarik!
Macam mana rasanya keropok daripada isi ayam? Cuti panjang ni apa kata kita sediakan bersama anak-anak. Jom cuba resipi hebat yang dihasilkan oleh Puan Norazlin Abd Rahman ni. Memang hebat. Paling penting sihat buat anak-anak kita.
MENU SIHAT UNTUK ANAK-ANAK
Resepi baru mama untuk anak-anak. Dah boring isi ayam, asyik buat sosej, nuget dan jejari je, kali ni kita tukar sikit. Jadikan isi ayam kepada keropok lekor pulak.
Bahan-bahan:
Isi ayam -dikisar halus
Telur
Tepung ubi & tepung gandum 3:1
Garam dan secukup rasa
Sedikit lobak merah -kisar dengan isi ayam
Pecahkan telur dalam ayam, masukkan garam dan secukup rasa, gaul biar sebati. Masukkan tepung ubi dan tepung gandum dalam kuantiti 3:1. Uli sehingga menjadi doh.
Getel adunan menjadi panjang-panjang seperti gambar diatas. Tabur tepung gandum semasa menggetel, supaya adunan tidak melekat.
Kemudian rebus keropok lekor ke dalam air yang mendidih. Setelah keropok lekor timbul barulah bolehlah diangkat dan digoreng.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aneka menu mudah kudapan minum petang untuk anak-anak. Mencari resipi minuman petang yang menarik? Waktu petang adalah waktu yang paling menyeronokkan apabila anda boleh menghidangkan makanan ringan yang lazat.
Melihat anak-anak bermain dengan gembira, lebih seronok jika anda dapat menghidangkan makanan ringan yang lazat, bukan? Menu yang dihidangkan kalau boleh biarlah yang mudah disediakan dan cepat dimasak.
Berikut dikongsikan idea menu minum petang yang boleh dijadikan hidangan untuk dinikmati seisi keluarga.
Bukan mudah nak pikat selera anak yang tak makan sayur. Pantang nampak warna hijau, cepat-cepat dia tolak ke tepi. Sudahnya mak susah hati sebab fikir anak tak cukup vitamin dalam badan.
Apa kata cuba resepi bakwan sayur yang dikongsikan Cik Puan Mimi Lyini, cara membuatnya pun mudah saja.
“Hai, happy sunday all.. anak saya memang tak makan sayur tapi bila di buatkan jadi bakwan sekejap je habis. Bila ada anak-anak yang susah makan sayur cubalah macam ni, insyaAllah.”
“Tambahkan sedikit serbuk kunyit nak tambah color dia lagi cantik. Tak nak letak pun ok aje.”
Perkongsian resipi daripada Puan Norazizah Hj Ruslan Certified Therapist (ITEC-UK), Wellness Coach ini menggalakkan langkah-langkah penjimatan dan mengelakkan pembaziran makanan harian.
“Nasi sejuk jangan dibuang. Membazirkan! Apatah lagi harga beras pun mahal. Tambah-tambah kalau guna beras wangi. Nak buat nasi goreng, ada sejemput jer. Jom buat apam beras.”
1. Kisarkan nasi & gula dengan 1 cawan air hingga hancur, masukkan tepung sedikit demi sedikit, yis & air hingga habis.
2. Biar 2-3 jam hingga adunan naik berbuih.
3. Sapu minyak diacuan untuk elak melekat. Kukus sehingga masak.
Sedap dimakan begitu saja atau digaul dengan kelapa parut yang ditambah sedikit garam.
Satu lagi menu minum petang yang sesuai disajikan untuk anak-anak ialah resipi nugget ayam. Berikut perkongsian resipi oleh Puan El Musliha Katiman, cara untuk buat sendiri nugget ayam di rumah.
Bahan-Bahan:
500gm Dada Ayam
(Agen Pelekat)
5 keping roti putih
1 gelas susu segar
(Bahan Perasa)
3 ulasbawang putih (cincang)
1 biji bawang merah (cincang)
1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam (*sis guna garam bukit)
1/2 sudu teh oregano kering
1/2 sudu teh thyme kering
2.Selepas itu potong kecil-kecil. Boleh juga guna food processor nak hancurkan isi ayam ini.
3.Potong kecil-kecil atau koyakkan roti dan tuangkan susu ke atas roti. Biarkan seketika kasi mesra dan kembang.
4.Selepas itu hancur-hancurkan bancuhan roti + susu tadi sampai lumat. Tak perlu letak bahan pengawet/serbuk perasa tiruan/tambahan/msg/ajinomoto yang sewaktu dengannya.
5.Campurkan semua sekali. Ayam + bancuhan roti + bahan perasa, gaul sehingga sebati.
6.Kemudian, ambil loyang atau owang kedah cakap pelengat atau periuk yang boleh diguna untuk mengukus.Sapukan minyak masak skit untuk elakkan berlakunya tragedi melekat di sana sini.
7. Sediakan pengukus, kukus 25 – 30 minit dengan api besar, kemudian matikan api dan biarkan sejuk.
8. Dah sejuk keluarkan dan sedia untuk dipotong.
9. Potonglah ikut suka hati anda asalkan anak-anak suka.
10.Kacau telur, masukkan potongan ayam yang kita kukus tadi dalam telur, kemudian salutkan ke dalam tepung, celupkan sekali lagi kedalam telur dan akhir sekali golekkan ke dalam serbuk roti sampai padat. Siap!
Simpan dalam bekas berpenutup. Susun rapat-rapat.Sedia untuk disimpan. Masukkan dalam peti sejuk kat bahagian beku semalaman. Sedia untuk digoreng.
Kek marble antara kek yang sentiasa ada peminatnya. Teksturnya yang lembut, gebu itu buatkan anak-anak kecil pun suka. Keistimewaan kek marble juga, ia tak muak walaupun makan banyak berbanding kek yang ada icing.
Jadi untuk buat minum petang seisi keluarga memang sesuai sangat kerana boleh dinikmati dengan air panas. Kali ini resipi Kek Marble Kampung yang dikongsikan oleh Arm Ika boleh ibu cuba. Memang lembut dan sedap!
Resipi Kek Marble Kampung
1 cawan mentega (saya guna marjerin pelangi je)
3/4 cawan gula kastor (saya guna gula biasa yang diblend halus)
1 sudu besar ovellete
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
3 sudu besar susu pekat
1/4 cawan susu cair (terpulang nak buh ke tak)
2 cawan tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*
(ayak bahan bertanda*)
Cara-cara:
-putar mentega, ovellete dan gula sampai kembang/putih
-kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji
-masukkan esen vanila dan susu pekat, putar lagi
-masukkan susu cair, mix sebati
-tutup mixer, masukkan tepung sikit-sikit hingga habis secara kaup balik hingga sebati
-boleh bahagi adunan jika nak letak pewarna/perasa
(kalau nak letak koko masukkan 2 sudu besar serbuk koko)
-sapu loyang dengan mentega/alas baking paper
-masukkan adunan dan bakar suhu 160°/50minit@ ikut oven masing-masing hingga masak
-taraaa…daa siapp boleh hidang dengan teh o panas
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.