Setiap kali anak-anak hendak makan pizza, ibu pastinya memesan terus dari restoran atau buatkan pizza homemade buat anak-anak. Namun pizza yang satu ini lain daripada yang lain. ‘Pizza kuali’ ini dimasak tanpa menggunakan oven malah hanya dibakar di atas dapur biasa sahaja. Mantap!
Pasti ada rahsia dan cara pizza yang dihasilkan oleh Puan Murni Rahmat ini. Resipi pizza unik dan hebat ini dikongsikan secara teliti menerusi gambar langkah demi langkah. Jom cuba!
Pizza kuali lagi, 100% masak atas api, tak perlu oven. Resepi untuk 5x pizza
Bahan-bahan:
1kg tepung gandum
2 cawan air suam
1 peket mauripan
2 sudu minyak masak
1 sudu gula
Secubit garam
* Uli bahan di atas sekurang-kurangnya 5 minit ye. Berpeluh-peluh la jugak.
Bahan topping:
Sos pasta tradisional -jenama bebas
Boleh letak macam-macam topping -hot dog/ayam/cendawan butang/nanas/tomato/cheese/seafood
Resepi sos:
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar/Holland
1 sudu kecil mix herbs
1 kiub ayam
2 sudu besar tomato puree
3 biji tomato
Ads
Gaulkan tepung dengan minyak. Kemudian tambahkan air dan uli tepung sekurang-kurangnya 5 minit. Bila dah tak melekat kat tangan, tutup dengan tuala dan rehatkan 1 jam.
* Sukatan air perlukan 2 cawan, tapi 1 cawan air tu, tuang mauripan dalam tu. Masukkan secubit gula. Lepas 2 hingga 3 minit, dah muncul buih-buih, baru campur dan uli tepung jadi doh.
Selepas 1 jam, doh tadi dah naik 2 kali ganda. Tumbuk-tumbuk doh tu biar angin dia keluar. Bahagi doh pada 5 bahagian atau lebih.
Bentukkan doh, bila dah elok bulat dan leper, letak atas kuali.
Tumis bawang holland dan bawang putih. Bila dah wangi, masukkan bahan basah yang lain contohnya ayam, hotdog dan cendawan. Tumis sampai masak ye dan perasakan dengan garam dan lada hitam. Ketepikan.
Ads
Tumiskan bawang dan tomato yang dikisar. Masak sampai pecah minyak. Masukkan tomato puree/sos tamato dan tambah mix herbs dan kiub ayam. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
Masak api kecik je. 10-15 minit ikut ketebalan pizza yang anda buat. Tutup dengan tudung periuk. Tak perlu letak minyak or letak lapik. Masak je doh tu atas kuali.
Kalau suka kerak pizza tu rangup, kena masak doh tu dulu sebelum isi topping.
Ads
Kalau suka lembut gebu macam roti, letak topping atas doh mentah, baru masak. Susun siap-siap atas kuali ye. Baru senang sebab tak perlu nak angkat-angkat doh tu sebab topping tu berat. Nanti berat dan susah nak letak atas kuali/pan pulak.
Cheese tu ambil masa 3-4 minit untuk cair.
Tips:
* Kalau nak cepat, buat pakai roti nan/arab.
*Resepi doh ni juga boleh buat donut, roti dan pau.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masuk minggu kedua Ramadan ini pasti ramai diantara kita yang sudah mula mengintai beberapa jenis biskut raya untuk di cuba menjelang raya nanti. Biskut oat atau cornflakes antara biskut yang cukup mudah disediakan buat anak-anak selain rasanya yang sedap.
Menggabungkan oat dan cornflakes seperti yang dikongsikan oleh Hazlita Ishak melalui resipi asal Pn Norliza Bonda ini memang hebat. Nampak cukup mengiurkan. Paling menarik kerana yang menyediakannya cukuplah mudah. Jom cuba!
Pukul butter dan gula hingga kembang, masukkan telur dan pukul sekejap.
Lepas tu masukkan bahan-bahan kering tadi. Dah sebati boleh lah cetak ikut suka.
Kalau lembik tambah tepung, kalau keras selepas di uli tambahkan butter. Gaul-gaul guna tangan je sikit-sikit.
Dah cetak hiaskan dengan apa-apa yang diminati. Hias dengan kuaci hijau kemudian sapu kan kuning telur dan bakar. Suhu 170 bakar 35 minit ya. Selamat mencuba.
Bila anak demam kebiasaannya seleranya pun akan turut terjejas. Tak perlu macam-macam hidangan, bubur ringkas saja dah cukup untuk anak.
Nak bubur ala Mc Donald? Tak perlu beli, buatkan saja seperti resipi ringkas yang dikongsikan superdaddy, Khairul Abdullah ini. Mudah!
Anak bongsu aku demam. Macam biasa aku buat bubur ayam ala Mekdi, sebijik rasa dia. Anak-anak yang tekak dia tak berapa best sebab batuk pun boleh makan habis semangkuk.
Nak buat pun mudah yakmat. Hanya perlukan beberapa bahan jer:
1 ½ cawan beras dibasuh dan biar rendam.
1-2 ketul dada ayam.
1 inci halia, diketuk atau diracik halus.
1 kiub pati ayam atau 2 sudu serbuk pati ayam.
Dan garam jika perlu.
1. Rebus ayam dengan air yang banyak sampai masak atau empuk dan keluarkan ayam tu dari periuk. Biarkan air rebusan yang tengah mendidih tu, tak payah tutup api, terus masukkan beras tadi.
2. Tambah sedikit air lagi jika perlu, kacau dan biarkan masak. Ayam yang dah dikeluarkan tadi tu, bila dah sejuk bolehlah siat-siat isi dia tu. Sambil-sambil tu kacaulah bubur, takut hangit dibahagian bawah pulak. Tambah sedikit air lagi jika perlu, kacau dan biarkan masak.
3. Dah masak, ejas lah nak pekat macamana bubur tu. Nak cair tambah air, kalau nak pekat biarkanlah seketika. Dah dapat tekstur atau kepekatan yang kita nak tu kemudian masukkan halia dan kiub atau pati ayam tadi.
4. Kacau sekejap, dan masukkan garam jika perlu. Rasa dulu sebelum masukkan garam tu. Biasanya masin dari pati ayam tadi sudah memadai.
Tutup api dan hidangkanlah. Tabur isi ayam, bawang goreng, daun bawang, daun sup dan potongan cili jika mahu. Pastu titiskan sesudu minyak bijan. Bau dia umphh itu.
Pastu nak letak kicap pun boleh, nak letak telur masin boleh, nak letak ikan bilis, nak letak chilli oil boleh, nak tambah cili padi boleh nak tabur kacang pun boleh. Suka hatilah.
Bila anak dah mula makan, macam-macam makanan yang mama nak berikan pada anak. Sebelum terlupa, mama kena take note tentang kebaikan labu untuk si manja mama.
Kalau nak tahu tentang kebaikan labu, ikuti perkongsian dari doktor ini.
Labu bagus untuk mata dan penglihatan anak.
Sesuai sangat kalau kita dapat kenalkan labu sebagai salah satu makanan pertama anak-anak.
Bila anak baru nak mula makan, wajib tau kita cuba bagi anak rasa lemak manis labu.
Buat puree labu.
Kukus labu bagi anak pegang dan makan.
Masak labu sekali dengan beras.
Masak lemak labu.
Cucur labu pun sedap.
1 cawan labu, dah cukup hampir 80peratus keperluan vitamin A untuk anak tau.
Vitamin A ni lah yang bantu cantikkan fungsi mata anak, tajamkan penghilatan anak.
Tambah anak-anak sekarang ni susah jugak kita nak control mereka dengan screen kan. Tak macam zaman kita dulu.
Sangatlah sesuai kita cuba jadikan labu sebagai makanan yang wajib ada di rumah setiap minggu.
Macam-macam menu kita boleh buat. Dari lauk-pauk, manisan, kek, bubur, cucur pun boleh.
Labu jugak ada kandungan fiber yang tinggi. Bagus untuk sistem penghadaman. Secara tak langsung, kita dapat kurangkan risiko sembelit supaya jarang-jarang berlaku pada anak.
Sama-sama kita cuba ya. Banyakkan real food di rumah dengan pelbagai menu supaya anak tak jemu makan yang sama setiap hari.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan satu kenyataan media menerusi laman facebook rasminya berhubung larangan jualan produk makanan yang dikesan mengandungi racun berjadual...