Selain biskut mazola, biskut wajib ada ketika berhari raya pastinya biskut makmur yang gebu dan cair di mulut. Sekali suapan terasa enaknya di mulut. Jika hendak mencuba biskut yang satu ini, resipi yang dikongsikan oleh Rona Eryza ini wajib cuba.
Menariknya resipi yang dikongsikan olehnya hanya menggunakan lima bahan sahaja dan paling menarik kerana tidak perlu dibakar. Hanya cairkan bahan dan sangai tepung terlebih dahulu kemudian disadur dengan susu tepung. Memang terlajak sedap. Jom cuba!
Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula ising
1/2 cawan planta
1/2 minyak sapi (kalau tak ada , boleh guna majerin)
1 cawan susu tepung (saya pakai susu Fernleaf )
Ads
Goreng tepung tanpa minyak dengan api yang perlahan. Kacau tepung sehingga kekuningan.
Seterusnya, cairkan minyak sapi dengan planta. Bila dah cair, biarkan sejuk.
Ads
Masukkan gula ising dan campuran planta serta minyak sapi ke dalam tepung.
Gaul rata sampai adunan boleh dikepal bulat-bulat.
Ads
Bila adunan siap dikepal, salut biskut tadi dengan susu tepung hingga rata.
Selain kuih tepung pelita, kuih lompat tikam juga antara resipi yang sentiasa membuatkan hidangan berbuka menjadi cukup istimewa. Resipi lompat tikam versi Terengganu tiga lapisan dengan air gula padu ini anda wajib cuba untuk hidangan petang ini.
Tiga lapisan berlemak dan manis pastinya buat anak makan berebut-rebut. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Pn Nor Al Fatihah ini. Sedap!
Alhamdulillah..siap dessert pembuka hari pertama puasa. Lompat tikam memang tak ada pulut tau, nikmat makan sejuk-sejuk. Saya lebih suka yang putih tu lebih banyak daripada yang hijau..hehe.
#Ramadhan1
LOMPAT TIKAM VERSI TERENGGANU
Bahan-bahan: Lapisan Bawah (Hijau)
1 cwn tepung beras
3 cwn air daun pandan (blend 6-8 helai daun pandan dengan 3 cwn air & tapiskan)
1 sd teh air kapur
Pewarna hijau
Bahan-bahan: Lapisan Atas (Santan)
1 cwn tepung beras
3 1/2 cwn santan sederhana pekat
1 sudu teh penuh garam halus
Bahan Air Gula
2 keping besar gula melaka
1/2 cwn gula merah -tak nak letak boleh skip
3-4 sd besar gula pasir
2 1/2 cawan air
2 helai daun pandan
Untuk lapisan bawah, satukan semua bahan-bahan di dalam kuali. Masak di atas api sederhana. Kacau sentiasa hingga pekat, berkilat & meletup-letup tapi jangan terlalu pekat.
Sudukan adunan setengah saja ke dalam acuan @ loyang. Ketepikan dulu.
Untuk lapisan atas, satukan semua bahan-bahan di dalam kuali. Masak di atas api sederhana. Kacau sentiasa hingga pekat, berkilat & meletup-letup tapi jangan sampai terlalu pekat. Sudukan ke atas lapisan bawah tadi & ratakan. Biarkan keras/set di dalam peti ais.
Untuk air gula pula, satukan semua bahan-bahan di dalam periuk. Masak hingga semua gula cair & menjadi agak pekat. Tapis & sejukkan.
Tuang air gula ke atas lompat tikam & sedia di nikmati sejuk-sejuk dari peti ais.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak makan ayam tempura sekarang dah tak perlu beli. Boleh buat sendiri je dekat rumah. Mudah pula tu. Rasa sedap macam beli dekat kedai. Boleh makan puas- puas dengan seisi keluarga dan mesra untuk bayi juga tau. Boleh dijadikan snekking untuk anak pada waktu sarapan dan waktu petang.
Ayam tempura juga sesuai untuk dihidangkan untuk anak kerana mengandungi protein yang diperlukan untuk bayi membesar dengan baik. Vitamin B12 dan Choline yang terdapat dalam daging ayam berfungi untuk meningkatkan perkembangan otak anak- anak dan membantu sistem saraf berfungsi dengan baik.
Kesihatan mata dapat dijaga dengan adanya nutrien retinol, alfa, dan beta- kerogen dari Vitamin A. Penglihatan anak akan menjadi sangat baik dengan adanya nutrien ini dalam badan mereka.
Ayam dapat buatkan anak berasa lebih kenyang. Ayam boleh membantu menjaga berat badan anak dan menjaga kesihatan jantungnya. Berat badan yang normal dan seimbang dapat menjaga kesihatan jantung dengan lebih baik.
Jom lihat resipi ayam tempura homemade yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh Leyana Lee di Kumpulan Facebook Resepi Makanan Bayi.
RESIPI AYAM TEMPURA HOMEMADE
Homemade Chicken Tempura Baby Friendly! Sesuai untuk bayi seawall 8 bulan ke atas. Hidangan lengkap untuk bayi dan kanak- kanak! Dan sesuai untuk sarapan, kudapan, makan tengahari dan makan malam! Boleh dijadikan sebagai juadah berkelah, makanan mengembara, sebagai bekal makanan anak ke pengasuh, taska atau sekolah. Tapi psssss! Seluruh ahli keluarga boleh makan sambal cicah sos cili memang sedap sangat tau. Save dulu resipi ini nanti boleh cuba untuk anak.
Bahan- bahan:
– Fillet ayam dipotong dadu (tanpa tulang dan dibuang kulit)
– 1 biji telur besar
– Bawang holland (dipotong dadu)
– Ikan bilis dan serbuk ayam untuk rasa masin semula jadi
– Lada hitam
Cara- cara:
1. Kisarkan semua bahan sekali.
2. Seterusnya, sediakan 2 biji kentang dilecek dan ½ cawan tepung jagung dan kacau sebati dengan bahan yang telah dikisar.
3. Akhir sekali, bentukkan ayam tempura dan salut dengan serbuk roti! Dan siap untuk digoreng! (untuk ayam tempura yang disejuk bekukan boleh goreng separuh masuk sebelum dibekukan)
Untuk salutan:
– Serbuk roti homemade 7 bulan ke atas
– Serbuk oat homemade 7 bulan ke atas
– Serbuk roti pasaraya 2 tahun ke atas
Nantikan lebih banyak resipi yang saya akan kongsikan.
Selain dari ayam, ibu juga boleh gunakan udang, ikan, ketam dan sumber protein yang lain. Ibu juga boleh letakkan sayur bagi menambah nutrien lain ke dalam tempura. Lebih sihat dan sedap. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Puding yang satu ini pastinya dapat menarik perhatian anak-anak kita. Mana tidaknya, sumi segera dijadikan bahan utama dalam pembuatan puding sumi. Memang berebut anak nanti.
Nak buatnya macam mana? Ini cara yang dikongsikan oleh Zanariah Yusof. Memang sedap!
Bahan-bahan:
1 bungkus agar-agar tali
6 cawan air
Gula batu -agak-agak ye
Bahan blend:
4 keping roti
1 tin susu cair
1 cawan susu pekat
1 biji telur
Esen vanila
Buka sumi dan susun dalam bekas siap-siap. Siap susun terus simpan dalam peti beku. Suhu jangan tinggi sangat nanti sumi beku. Tujuan untuk bagi sumi melekat dan berat.
Masak agar-agar, air dan gula batu sampai hancur.
Sementara mendidih, blend roti, susu cair, susu pekat, esen dan telur sampai sebati.
Kalau nak buat 2 lapisan, setiap warna asingkan adunan yang ori dulu ya kemudian baru masukkan bahan blend tadi dalam periuk yang ada agar-agar. Masak sampai sebati.
Kecilkan api dan asingkan 5 senduk, ikut berapa nak lapisannya.
Dan asingkan dalam mangkuk yang untuk dilayer baru keluarkan sumi dari peti beku tadi Jangan angkat atau disengetkan sumi.
Masukkan adunan perlahan-lahan sampai habis. Letak sikit-sikit je.
Adunan pertama letak adunan susu (4-5 senduk yang diasingkan tadi). Bagi adunan suam dulu baru titiskan sikit-sikit atas sumi.
Sebelum layer kedua, lorek sikit guna lidi atau garfu supaya lapisan pertama dan kedua melekat. Untuk layer kedua baru letak warna, perasa pada adunan susu dan adunan yang original tadi. Bagi suam dulu baru melapis. Ulang step sama sampai habis adunan.
Bila adunan kedua mengeras, teruskan lapisan seterusnya pula. Biarkan mengeras kemudian terbalikkan perlahan-lahan.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
Bijaknya Adik Huzaifah dan ibunya, Ustazah Aishah melakukan solat Subuh dengan tertib rukunnya. Semoga adik-adik BK rajin mendirikan solat, kerana solat tiang agama tau!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.