Para ibu nak berdiet tapi tak tahu nak makan apa? Nak makan bubur tapi taknak makan nasi? Jangan risau, para ibu boleh gantikan bubur nasi dengan bubur oat. Sangat senang untuk dibuat. Rasanya juga sedap dan mengenyangkan.
Rolled oat boleh dijadikan pengganti nasi untuk dijadikan bubur. Sangat sesuai untuk para ibu yang ingin berdiet tapi nak makan sedap dan lain daripada yang lain. Rolled oat mempunyai banyak khasiat untuk semua orang.
Rolled oat mengandungi serat larut atau lebih dikenali sebagai bela- glucan. Beta- glucan ini akan memperlahankan pengaliran turun makanan dalam usus. Hal ini akan melambatkan penghadaman dari berlaku. Ianya membantu menstabilkan kadar gula dalam darah.
Beta- glucan yang terdapat dalam rolled oat dapat meningkatkan tindak balas insulin dan mungkin boleh mengurangkan gula dalam darah juga. Sangat bagus juga untuk pesakit diabetes yang ingin menurunkan kadar gula dalam darah.
Bijirin oat ini juga tinggi dengan kandungan serat larut. Mereka yang makan oat akan berasa mudah untuk kenyang. Keadaan ini dapat membantu para ibu daripada makan secara berlebihan ketika berdiet dan dapat menurunkan berat badan dengan cepat. Jom lihat resipi bubur oat yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh Atikah Rhman di Kumpulan Facebook Diet Suku Suku Separuh.
RESIPI BUBUR ROLLED OAT ORGANIK TELUR ASIN
MENU BERBUKA PUASA TODAYBUBUR ROLLED OAT ORGANIK TELUR ASIN
DINNER/LUNCH/BREAKFAST semua sesuai.
Kalori – 198 kcal
Bahan- bahan:
– Rolled oat 3 sudu
– Air 2 cawan (500ML)
– Garam bukit secubit dua atau ½ kiub pati ayam
– Serbuk lada hitam secubit
Cara- cara:
1. Tumis 1 ulas bawang putih kecil (diketuk) dan akar ketumbar ..
2. Basuh 2 sudu makan rolled oat, masukkan ke dalam periuk dan tambah 2 cawan air (ikut kepekatan yang kita nak).
3. Biarkan oat mendidih dalam 10- 15 minit (api slow).
4. Tambah ½ kiub pati ayam + black pepper tumbuk.
TELUR REBUS 1 BIJI
Nak rebus telur ni biar mendidih air dulu baru la masukkan telur dalam air yang dididihkan (api slow) 7 minit.
Hiasan atas bubur
– Daun bawang + sup + ketumbar (potong)
– Halia hiris halus + nipis
– Bawang putih goreng/ dua ulas kecil
– Chili flakes
– Serbuk lada hitam
– Lobak merah 3 inci hirisan halus
– Cili padi 1 biji dihiris merah dan hijau
– Kicap ikan cair 1 sudu kecil
– Bawang merah ½ biji hiris halus
– Limau kasturi sebiji
Baca Juga:
Sup Ayam Singo Pear, Baik Untuk Batuk Dan Selesema, Mudah Dan Sedap!
Pancake Pisang Dua Bahan, Sesuai Untuk Bayi 6 Bulan Ke Atas, Mudah Dan Sedap!
Full of nutrition
1. Carbohydrate – organic rolled oat
2. Protein – telur asin
3. Antioksidan – halia/ lada hitam
4. Fibre – sayur lobak merah
#pengiraan kalori saya guna healthifyme
Rasa 10/10 sama macam moi sup Thai + lauk
SELAMAT MENCUBA
Mudah sangat perkongsian resepi ini. Para ibu yang sedang berdiet boleh cuba resipi ini. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI