Tak Perlu Oven, Tak Payah Bakar, Biskut Makmur Simple Tapi Super Sedap, Guna Sukatan Cawan Je!

Share

Selain biskut mazola, biskut wajib ada ketika berhari raya pastinya biskut makmur yang gebu dan cair di mulut. Sekali suapan terasa enaknya di mulut. Jika hendak mencuba biskut yang satu ini, resipi yang dikongsikan oleh Rona Eryza ini wajib cuba.

Menariknya resipi yang dikongsikan olehnya hanya menggunakan lima bahan sahaja dan paling menarik kerana tidak perlu dibakar. Hanya cairkan bahan dan sangai tepung terlebih dahulu kemudian disadur dengan susu tepung. Memang terlajak sedap. Jom cuba!


Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula ising
1/2 cawan planta
1/2 minyak sapi (kalau tak ada , boleh guna majerin)
1 cawan susu tepung (saya pakai susu Fernleaf )

Goreng tepung tanpa minyak dengan api yang perlahan. Kacau tepung sehingga kekuningan.

Seterusnya, cairkan minyak sapi dengan planta. Bila dah cair, biarkan sejuk.

Masukkan gula ising dan campuran planta serta minyak sapi ke dalam tepung.

Gaul rata sampai adunan boleh dikepal bulat-bulat.

Bila adunan siap dikepal, salut biskut tadi dengan susu tepung hingga rata.

Siap sedia untuk dinikmati.

Resipi wajib cuba: Resipi Kulit Popia Salut Coklat Viral Kuih Raya Paling Mudah Nak Buat, Confirm Jadi!

IKLAN