Sebagai persediaan awal, elok jika kedatangan Ramadan ini dimaklumkan seiring dengan beberapa perkongsian ringkas supaya anak mendapat motivasi untuk turut serta mengejar ganjaran pahala di bulan penuh keberkatan.

Tak Perlu Paksa Anak Kecil Berpuasa, Tapi Perlu Tanam Rasa ‘Malu’!

Kongsi kebaikan berpuasa

Apabila ingin mengajar anak berpuasa, pastikan kita turut memberi mereka ilmu mengenai puasa. Mereka perlu tahu serba sedikit mengenai ibadat ini. Jangan biarkan mereka menahan lapar dan dahaga dalam keadaan mereka tertanya-tanya keperluan berbuat demikian.

Hal ini penting kerana kita mahu anak melakukan ibadat atas dasar ilmu, bukan sekadar ikut-ikutan. Kita perlu didik mereka bahawa ibadat puasa perlu ditunaikan dengan reda, bukan secara terpaksa.

Apabila perkara ini dapat dilakukan, dengan sendirinya mereka akan suka untuk berpuasa tanpa kita paksa dan marah. Jangan lupa ajar mereka doa serta niat untuk berpuasa.

Latih mereka berpuasa

Sementara ada baki beberapa hari ini, ajak anak cuba menahan diri daripada melakukan perbuatan tidak baik. Mereka perlu dididik seawal usia untuk menjadi hamba yang taat.

Meskipun anak mungkin belum mencapai usia baligh untuk menunaikan puasa, ini tidak bermakna mereka tidak perlu dilatih untuk berpuasa. Dalam hal ini, ibu bapa perlu bijak mendidik anak berpuasa mengikut kemampuan mereka. Namun, perlu menjadi ingatan, janganlah pula memaksa mereka yang belum berkemampuan untuk berpuasa penuh.

IKLAN

Mungkin boleh membiasakan mereka berpuasa sedikit demi sedikit sehingga mungkin akhirnya pada akhir Ramadan, anak kita yang masih belajar ini mampu berpuasa penuh dari masuknya waktu Subuh hingga terbenam matahari.

Berlatih sahur dan berbuka bersama

Alang-alang menyiapkan mereka sebelum keluar bekerja, ajaklah anak bangkit sedikit awal daripada kebiasaan. Sediakan sarapan ringkas untuk membiasakan perut mereka dengan kedatangan Ramadan nanti.

Tidak salah juga untuk melatih anak bangun sebelum azan Subuh berkumandang. Bukan saja kita dapat mempersiapkan mereka untuk bangun bersahur, malah boleh mengajak anak menunaikan solat Subuh berjemaah. Lebih baik jika ayah dapat membawa anak lelaki yang sudah bersekolah untuk sama-sama bersolat di masjid sebagai cara melunakkan hatinya dengan ibadat dan rumah Allah.

Sebelah petang, ajaklah anak makan malam bersama. Beritahu apa ertinya azan Maghrib buat seisi umat Islam dan mengapa ia ditunggu-tunggu. Jelaskan sekali adab berbuka dan ajar mereka solat Tarawih.

IKLAN

Menjelang tibanya Ramadan nanti, mungkin ada dalam kalangan kita yang menyuruh anak makan dulu sebelum tibanya waktu berbuka. Ini mungkin kerana anak itu tidak berpuasa dan tidak mahu mereka mengganggu orang dewasa ketika waktu berbuka.

Hal ini perlu diperbetulkan. Meskipun anak kita yang masih kecil tidak berpuasa atau mungkin hanya berpuasa separuh hari, raikan mereka bersama orang yang sahur dan berbuka puasa.

Sentiasa semai perkara baik dalam hidup anak sepanjang Ramadan dan kekalkan amalan sama biarpun selepas habis berpuasa kelak. Mulakan makan dengan membaca doa, beradab ketika makan, makan secara sederhana, makan dengan tangan kanan dan banyak lagi perkara sunah yang boleh kita terapkan dalam diri mereka.

Tanam rasa malu

Atas sebab tertentu, mungkin anak kita masih belum mampu untuk berpuasa. Justeru, mereka perlu makan ketika orang lain berpuasa. Maka, didiklah anak agar rasa malu untuk makan di depan khalayak berpuasa.

IKLAN

Jika mahu makan, ajar anak supaya tidak makan di depan orang yang berpuasa, apatah lagi abang atau kakak yang juga masih kecil supaya mereka tidak tergoda dengan hidangan yang ada di tangan si adik!

Meskipun hal ini nampak kecil dan remeh, ia akan menjadi tanda adanya iman dalam diri anak kita. Manfaatkanlah peluang ini untuk memastikan mereka sentiasa berakhlak mulia walaupun tanpa keberadaan ibu bapa di sisinya.

Kredit: Hmetro

Tak Perlu Paksa Anak Kecil Berpuasa, Tapi Perlu Tanam Rasa ‘Malu’!

Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!

Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI