Tak Perlu Risau Ambil Gas Entonox, Bimbang Terkesan Pada Ibu & Bayi, Pakar Kongsikan Faktanya!

Share

Sakit bersalin bukanlah main-main. Kesakitan di luar sedar yang memaksa ibu melakukan pelbagai cara untuk meredakannya. Bagi mengurangkan rasa sakit terlampau ini, gas entonox disarankan kepada ibu ketika kontraksi berlaku.

Pun begitu, ada sebilangan bakal ibu bimbang ianya memberi kesan kepada diri dan bayi di dalam kandungan. Jangan risau! Menurut Dr Muhammad Izzat, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, gas ini selamat diambil kerana tidak membahayakan kesihatan ibu dan anak.


ENTONOX

Entonox = campuran oksigen ( 50% ) dan gas nitrous oxide (50%). Campuran ini tak menghilangkan semua rasa sakit nak bersalin, tapi ianya mampu kurangkan rasa sakit tu walaupun tak dapat hilang semua.

Kebanyakan wanita nak bersalin suka menggunakan entonox ini kerana mereka mampu mengawal dan boleh menggunakan entonox ini pada bila-bila masa mereka memerlukan.

Ibu akan bernafas menggunakan topeng muka yang boleh dipegang oleh ibu sendiri, kalau peneman ketika bersalin tu adalah suami, si suami boleh tolong pegangkan topeng muka ini.

Gas ini ambir masa 15 hingga 20 saat untuk berfungsi, maka ibu boleh mula menyedut gas ini sebaik sahaja sakit kontraksi hendak bermula.

Ianya berkesan kalau ibu sedut gas ini perlahan-lahan dan sedut dalam-dalam.

Kesan sampingan
✅TIADA KESAN BAHAYA kepada ibu dan bayi

✅ Ibu kadang-kadang boleh berasa kepala melayang-layang ‘Lalok’ atau pening sedikit.

✅ Ada pesakit melaporkan berasa mengantuk dengan menyedut Entonox ini atau susah memberikan perhatian atau fokus – jika ini berlaku ibu perlu berhenti menggunakan entonox.

Kalau entonox ini tak jalan, boleh fikirkan alternatif lain, bincang dengan doktor cara lain pula untuk berperang dengan kesakitan bersalin.

Sakit bersalin bukan main-main.

Artikel berkaitan: Gas Entonox Bantuan Ketika Sakit Kontraksi, Membantu Ke?

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN