Tak Perlu Sental Lebih, Ni Cara Mudah Cuci Bekas Plastik, Jimat Sabun!

Share

Mencuci bekas plastik seperti bekal sekolah anak paling memenatkan. Mana tidaknya, bekas dengan kesan kotoran berminyak tidak mampu disental dengan mudah.

Walau hanya dicuci sekali basuhan, kesan minyak pasti ada. Macam mana nak cuci bersih?

Perkongsian tip oleh pengguna Tik Tok @rifaatzahrawi ini anda perlu cuba. Memang senang!


Baru tau, walaupun ada yang dah tau. Saja nak share. Rasa seronok pulak!

Baru tahu, isteri saya ajar cara nak basuh bekas plastik tupperware.

Ambil tisu dan koyak-koyakkan sikit.

Letak sabun pencuci dekat dalam bekas.

Kemudian tuangkan air tapi tak payah sampai penuh bekas.

Tutup bekas plastik dan kemudian goncang. Balik-balikkan lagi sambil goncang.

Lihatlah hasilnya.

Taklah bersih seratus peratus tapi mudah kan? Memang menjadi!

Selamat mencuba!

 

@rifaatzahrawi Baru tau, walaupun ada yg da tau. Saje nak share. Rasa seronok pulak! 😆 #tiktokmalaysia #sayangbini #fyp #tips #CapCut ♬ original sound – Rifaat Al Zahrawi

Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.

Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN