Tak dinafikan bergelar suri rumah tangga terus membuatkan kita stress dan mula memikirkan pelbagai perkara. Tak perlu stress melampau sehingga memudaratkan diri sendiri. Cari aktiviti apa jua untuk me time dan terapi untuk diri sendiri.
Namun jangan lupa persiapkan rohani untuk kekuatan dalaman untuk menjadi muslimah sejati. Tip dan cara yang dikongsikan oleh Pn Siti Suryani Yaakob ini ibu-ibu perlu contohi.
Jadikan tahun baru 2023 tahun penuh bersemangat untuk kita. Kita ubah diri kita sebaiknya untuk keluarga.
Menjadi muslimah berhemah.
1. Bangun awal pagi. Mandi. Mandi sebelum Subuh ni ubat awet muda mak saya kata. Tapi betul la tu. Mak saya nampak muda bertenaga.
2. Solat sunat tahajud. Solat tahajud adalah senjata. Apa yang dimohon masa tahajud sama macam anak panah. Tepat ke sasaran.
3. Lepas Subuh baca Yassin. Yassin adalah hati bagi Al Quran. Banyak kebaikan baca Al Quran terutama Yassin di awal pagi.
Ads
4. Sedekah Subuh. Kawan saya ajar. Letaklah singgit pun takpa. Nanti hari Jumaat masuk tabung masjid. Berganda pahala.
5. Baca Al Mathurat sambil memandu bagi yang bekerja. Sambil buat kerja rumah bagi yang bekerja di rumah. Surah Al Mathurat bila dibaca pagi petang, InshaAllah mampu lindung diri dan hati.
6. Telefon ibu ayah. Sekarang canggih. Guna video call lagi baik. Tengok muka mak ayah. Minta berkat dan doa sebelum mula kerja.
7. Solat dhuha. 2 rakaat pun jadi. Sebagai membayar hutang zikir anggota kita sehari-hari. Lagi banyak lagilah bagus.
Ads
8. Amalkan solat rawatib. Paling hebat sebelum Subuh. Umpama dapat dunia dan seisinya. Lepas tu sebelum dan sesudah Zohor. Kemudian tambah sikit-sikit sampai cukup 10 minimum sehari. Lagi banyak buat lagi bagus. Al Fatihah itu doa. Jangan lupa qada’ solat wajib masa lalu yang tertinggal.
9. Senaman ringkas. Berjalan pun cukup. Janji 30 minit sehari. Senaman yang sesuai dan kita suka. Senaman menguatkan tubuh dan jiwa.
10. Kurangkan makan. Biar badan ringan untuk bergerak. Beribadat. Nabi kata perut ni punca penyakit. Betul kan?
11. Dengar paling kurang satu tazkirah sehari. Manusia ni hatinya berbolak balik. Dan kena selalu diingatkan. Carilah cara ingatkan diri sendiri dengan cara yang kita suka.
Ads
12. Tambah satu ilmu satu hari. Ilmu dunia boleh. Ilmu akhirat baik. Supaya kita sibuk dengan upgrade diri. Orang yang sibuk upgrade diri tak sempat nak lihat benda lain yang downgrading.
13. Ustaz saya pesan. Sibuk kot mana pun. Pagi baca Yassin. Maghrib Waqiah. Nak tidur Al Mulk. Ni kalau kita dah busy tak sempat sangat nak baca Quran. At least baca lah tiga ni. Kita cari Quran kat sini. Quran cari kita kat sana.
14. Baca 3 Qul macam Nabi ajar. Baca doa. Dan maafkan semua orang sebelum tidur.
Soal ajal, maut, jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Jodoh kita adalah urusan Allah SWT dan hanya Dia yang tahu siapakah bakal dijodohkan dengan kita.
Selepas bertemu jodoh dan berkahwin, pastinya hati dan jiwa kita tidak lagi terasa kosong. Masing-masing mempunyai harapan tersendiri terhadap pasangan yang diidam-idamkan. Namun, selepas lama mendirikan rumah tangga, baru terasa ada yang tak kena dan sukar pula nak dapat persefahaman.
Mengapa perkara sebegini berlaku? Semasa bercinta, setiap pasangan kekasih biasanya akan mempamerkan sikap dan personaliti sangat ideal. Masing-masing menyembunyikan kelemahan diri supaya dapat menambat hati pasangan.
Apabila sudah berkahwin, barulah segala rahsia serta kelemahan diri terbongkar. Perkahwinan menuntut persefahaman dan jalinan komunikasi yang berkesan antara kedua-dua pasangan. Suami perlu belajar dan berusaha mengenali isteri, begitu juga isteri berusaha mengenali suami.
Menerusi perkongsian Ustazah Asma Harun, jika suami isteri ada masalah ini, jalan penyelesaiannya terletak dalam diri pasangan itu sendiri. Jika ada masalah suami atau isteri asyik mengadu pada orang lain dan menyalahkan pasangan sampai bila nak selesai?
Jaga Hak Allah, Allah Jaga Kita
Kena ingat setiap ujian yang berlaku itu datangnya dari Allah. Penyelesaian yang kita kena buat pun mesti kembali pada Allah.
Kalau suami isteri nak berubah tapi dua-dua tak bersungguh tak akan dapat hasil yang baik. Mesti faham sekiranya kita jaga hak Allah, jaga hubungan dengan Allah, pastinya Allah akan jaga diri kita dengan baik.
Perlu ingat, jika kita ada masalah ubatnya hanya satu. Betulkan solat, istighfar banyak kali, selawat, keluarkan zakat dan sedekah. Pegang semua ni, apa sahaja yang kita buat pasti Allah akan permudahkan dan hidup pun tenang.
Penting juga kita faham sekiranya kita jaga semua hak Allah, Allah akan ada depan kita. Minta tolong sungguh-sungguh dengan Allah, pastinya dapat.
Ini kelebihan jaga apa Allah minta kita buat. Apa yang Allah larang kita tinggal. Pegang dua point ini pengakhirannya kita rasa mudah dan tiada masalah.
Jika rasa ada yang tak kena lagi, suami isteri kena sama-sama hidupkan suasana dalam rumah tangga. Jadikan rumah tangga kita ni tempat untuk menyuburkan rasa kasih sayang.
Ingat Allah uji sebab Dia sayang. Kita yang kena kuat, cari jalan dan ingat Dia selalu, Musibah yang menimpa dalam rumah tangga itu ujian kecil Allah untuk tengok setakat mana level kita untuk terus kuat dengan pasangan.
Sentiasa imarahkan rumah tangga dengan keberkatan, hujungnya akan ada manis yang kita akan kecapi bersama pasangan.
Setiap anak mempunyai personaliti berbeza-beza. Kadang sebagai ibu bapa pening nak mengendali perangai anak-anak. Si abang atau kakak jenis sensitif, adik pula jenis tak takut orang. Sampai satu tahap suara ibu bapa terpaksa turun naik bagi pastikan keadaan terkawal.
Mengikut kajian yang dilakukan, ada empat ciri personaliti yang ada pada anak-anak kita. Nak tahu lanjut, ikuti kupasan Puan Hanis Athirah Rusli.
Mana Satu Personaliti Anak Anda?
“Dahlah abang, adik tak sengaja langgar mainan abang. Adik pun dah kata maaf kan. Kenapa abang nangis lagi? Aduuuu, sikit-sikit nangis, bukannya mainan abang rosak pun. Boleh buat balik kan?”
Kadang kala rasa geram dengan perangai si abang ni, sikit-sikit menangis. Dia tanya soalan mama salah jawab pun nangis. Memang selalu sangat emosional. Macam semalam tu, cerita kat Ahza maksud man, woman, boy and girl. Lepas tu bagi lah contoh, mama cakap nanti bila abang besar jadi ‘man’ baru boleh kahwin.
Haaa, lepas tu terus nangis minta nak kahwin. Nangis dia pula beria tau, memang nangis macam kita marah dia pulak aduuuu. Memang anak mama. Tapi keistimewaan Ahza ni concern sangat dekat mama. Mama bagitahu letih, cepat-cepat dia tolong. Kita buat reaksi je cepat dia faham Alhamdulillah.
Si adik berbeza pula. Macam takde perasaan bila Mama tegur jika dia ada buat salah. Buat salah pun boleh dia senyum senyum lagi. Banyak sangat bercakap dan gembira je memanjang. Lepas tu kuat sangat berangan. Tapi keistimewaannya, kalau dia buat salah memang laju je akan peluk abang. Memang loving sangat. Dan lepas tu usik abang balik. Haha.
Kadang-kadang sebagai seorang ibu, memang sukar memahami personaliti anak. Walaupun kita sering mendengar bahawa ‘setiap anak adalah berbeza’, tetapi risau juga kalau cara kita mengenal dan menilai anak itu salah. Jadi mama pun buat sedikit pembacaan dan research mengenai personaliti anak dan akhirnya mama menemui buku yang sangat awesome iaitu ‘Child Whisperer’ karya Carol Tuttle.
“…the secret to raising happy, successful, cooperative children is understanding your child’s true nature…” – by Carol Tuttle (Book: The Child Whisperer)…
Menurut beliau kunci utama ibu bapa mendidik anak ialah dengan mengenali dan memahami sifat semulajadi mereka. Beliau percaya setiap anak yang lahir ke dunia ini mempunyai Energy Profile yang unik dan tersendiri. Energy Profile ini merupakan pergerakan semula jadi yang dapat dinyatakan sendiri dalam bahasa badan dan bunyi terawal sejak hari kanak-kanak dilahirkan.
Tuttle menyatakan terdapat empat jenis Energy Profile. Anak-anak kita mungkin menunjukkan keempat-empat Energy Profile tapi biasanya anak mempunyai satu Energy Profile yang dominan, diikuti dengan Energy Profile Sekunder. Personaliti anak ini dapat diperhatikan melalui kelakuan, pemikiran, perasaan serta ciri-ciri fizikal mereka.
Setelah diamati, jelas sangat Ahza, si abang mempunyai personaliti Type 2 iaitu The Sensitive Childdan Afraz, si adik pula cenderung kepada Type 1 iaitu The Fun-Loving Child
Dekat setiap gambar Anis kongsikan lebih terperinci keempat-empat Energy Profle ni. Semoga bila kita berjaya memahami personaliti anak, kita akan lebih terbuka dalam menerima sikapnya dan dapat mengatur strategi untuk mendidik mereka dari akar umbinya.
Personaliti anak jenis ceria ini selalu riang gembira, banyak cakap, suka berkawan, cergas, tak mudah ambil hati dan lain-lain lagi. Tapi, anak jenis personaliti ini tak suka bila kita terlalu tegas dan serius. Mereka juga tak suka bersendirian terlalu lama. Anak ini akan mula berkelakuan negative bila mereka rasa mereka ini dikongkong atau dipinggirkan.
Hubungan Dengan Alam: Sosial Cara Pergerakan: Riang dan rawak Keperluan Utama: Untuk memiliki ibu bapa yang menyeronokkan Dilabel Negatif Sebagai: Anak yang banyak cakap, sukar dipercayai, tidak tegas dalam keputusan
Sebagai ibu bapa, kita boleh menghargai anak jenis ini dengan buat kejutan untuk anak, jalinkan hubungan seperti kawan, dan ‘enjoy’ masa bersama mereka.
Personaliti anak jenis sensitif ini sangat lemah lembut, pendiam, baik hati, berhati-hati, mengambil berat dan bertimbang rasa. Hati mereka juga mudah sangat tersentuh danmempunyai empati yang tinggi. Mereka sering terasa diabaikan jika kita sebagai ibu bapa tidak meluangkan masa bersama, jarang mendengar apa yang mereka ingin sampaikan dan juga kurang beri perhatian kepada mereka.
Hubungan Dengan Alam: Emosional Cara Pergerakan: Lemah lembut Keperluan Utama: Untuk memiliki ibu bapa dan keluarga yang saling menyayangi Dilabel Negatif Sebagai: Pemalu, suka menangis, dan pengecut
Sebagai ibu bapa, kita boleh menghargai anak jenis ini dengan berlemah-lembut dengan mereka, beri masa untuk relaks, dan cuba ambil masa untuk mendengar luahan perasaan anak.
Personaliti anak jenis ini suka buat bising, riuh, kuat bergerak, aktif dan sentiasa lincah. Memang sukar duduk diam. Ada je benda nak buat. Mereka tak suka disekat dan suka ke sana ke sini. Mereka juga tidak mudah putus asa dan sangat energetic. Anak hebat ni.
Hubungan Dengan Alam: Fizikal Cara Pergerakan: Lincah, gigih Keperluan Utama: Untuk menyahut cabaran dan pengalaman baru dengan sokongan ibu bapa Dilabel Negatif Sebagai: Suka mengarah, bising, riuh, suka memaksa
Sebagai ibu bapa, kita perlu awasi mereka supaya tidak memudaratkan dan membahayakan mereka. Beri galakan terhadap aktiviti fizikal mereka, biarkan mereka bergerak lincah dan meneroka persekitaran selagi benda itu tidak memudaratkan.
Personaliti anak jenis ini seorang sangat serius, sangat teliti, fokus dan cekap. Ada juga yang merasakan bahawa anak-anak ini terlalu matang berbanding usia mereka. Anak-anak ini juga biasanya tidak begitu sosial kerana mereka tidak nampak sebarang keperluan terhadapnya, melainkan pada masa-masa tertentu. Betul, memang serius! Tapi mereka sangat efisyen, bertanggungjawab, analitikal dan tersusun rapi.
Hubungan Dengan Alam: Intelektual Cara Pergerakan: Tepat dan tidak berselindung Keperluan Utama: Untuk memiliki ibu bapa dan ahli keluarga yang saling menghormati Dilabel Negatif Sebagai: Suka mengkritik dan menilai seseorang, berlagak pandai
Sebagai ibu bapa, kita tak perlu risau kerana anak yang jenis serius ni biasanya mempunyai hubungan yang mendalam dengan beberapa orang yang mereka percayai. Hormati pendirian mereka, beri sokongan terhadap minat mereka, dan dengarkan pendapat atau idea mereka dengan teliti.
Sebagai ibu bapa, kita juga harus percaya bahawa setiap anak mempunyai potensi tersendiri, keistimewaan serta personaliti yang sangat unik. Bila dah mengenal pasti apakah energy profile anak, barulah kita tak sewenang-wenangnya melabelkan anak kita bukan-bukan. InsyaAllah kita akan lebih faham mereka dan bertindak secara rasional.
Untuk tahu lebih details boleh baca buku Child Whisperer oleh Carol Tuttle ni.
Dipersilakan share semoga Allah memberkati segala usaha kita mendidik amanah Allah iaitu anak-anak kita yang sedang membesar ini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!