Selain menanti kontraksi hebat sewaktu detik melahirkan, satu hal yang menjadi igauan ngeri bagi semua ibu hamil pastinya proses minum air gula pada pemeriksaan bulanan.
Biarpun bukan setiap bulan, proses yang satu ini menjadi satu ketakutan buat semua ibu. Bimbang muntah atau ada yang terpaksa minum sekali lagi gara-gara disebabkan minum air.
Menurut Dr Muhammad Izzat, proses minum air gula sebenarnya tidaklah menyusahkan jika bakal ibu tahu cara tepat untuk minum air gula ini. Dan ini tip yang dikongsikan oleh beliau agar sukses dan tak termuntah!
Ada Yang Kena Minum Air Gula ? Tips-tips Minum Air Gula Supaya Tak Termuntah
Seperti penulisan saya sebelum nih, panjang lebar dah saya bercerita kenapa kena minum air gula masa hamil. Bukan suka-suka untuk “mendera” ibu hamil, tapi ianya adalah ujian saringan untuk ‘check’ sama ada ibu ni ada tak kencing manis masa hamil. Risiko dan komplikasi kencing manis kepada ibu hamil ini banyak, lebih awal dikenalpasti, rawatan segera dimulakan, paras gula terkawal dan sekaligus komplikasi tu dapat dikurangkan. InsyaAllah.
Banyak orang bertanya pada saya, mengenai tips yang boleh diamalkan untuk minum air gula. Maka saya kongsikan dengan harapan dapat membantu ibu-ibu sekalian.
1. Ikut temujanji yang telah ditetapkan oleh doktor. Kalau tak boleh pada hari tersebut, buat temujanji pada hari lain, ikut kesenangan puan.
2. Kena puasa bermula jam 10.00 malam. Dalam tempoh berpuasa ini, hanya air kosong sahaja yang dibenarkan minum. Ingat ya, AIR KOSONG sahaja. Ni SEBELUM minum air gula ya. Jangan kompius.
3. Sampai kat klinik kesihatan, tekan nombor giliran. Pergi awal sikit. Bukan apa, cepat sedikit boleh berbuka puasa nanti jika proses minum air gula dah selesai. Hehe tak de ler menggeletar badan sebab berpuasa lama.
Ads
4. Tunggu giliran untuk ambil darah. Darah biasanya akan diambil dalam 5ml. Tak banyak pun. Masa nurse atau doktor tengah cucuk ambil darah tu, berbual-bual la pasal tupperwear ke, Lazada ke apa-apalah yang boleh distract. Tahu-tahu je da selesai amik darah.
5. Selepas itu, nurse akan memberikan segelas air gula suam. Rasanya manis yang amat. Ada yang cakap biasa je rasanya. takdalah ngeri sangat pun.
( saya pernah rasa larutan air gula ni masa jadi pelajar perubatan di Universiti Malaya dulu – kami ‘diwajibkan’ minum untuk experience apa yang pesakit rasa)
6. Setelah habiskan segelas air gula tu, nurse minta kita rehat sahaja di klinik selama 2 jam. Duduk rehat sahaja. jangan makan lagi time ni, sabarr. Air kosong pun tak boleh minum masa tunggu 2 jam ni.
7. Selepas 2 jam, darah akan diambil lagi sekali.
8. Sampel darah akan dihantar ke makmal. Urusan selesai dan dah boleh makan macam biasa. Yay !
Ads
Tips minum air gula supaya tidak termuntah:
1. Kosongkan perut sebelum minum air gula. Waktu yang sesuai untuk kosongkan perut ialah jam 10 malam. Sebelum jam 10 malam, makan je apa yang nak di makan.
2. Kita akan lebih mudah minum air gula dalam keadaan dahaga dan lapar. Sebab itulah disarankan start puasa jam 10 malam.
3. Tarik nafas dan minum sekali teguk je. Jangan minum slow slow kerana ini akan buat kita rasa loya.
4. Minum sambil tahan nafas tau supaya tidak berbau.
Ads
5. Minum semasa air gula masih suam sebabnya air gula pada ketika ini masih tidak terlalu likat.
Lain orang lain caranya untuk mengelakkan muntah masa minum air gula.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terujaan untuk menyambut kelahiran cahaya mata ketiganya, pengacara, Fiza Frizzy sudah pun mempersiapkan lebih awal barangan dan beg kelengkapan untuk dibawa ke hospital kelak.
Biarpun usia kandungannya baru berusia 33 minggu, namun bimbang berlaku kecemasan atau diluar jangka, pengacara yang petah berkata-kata ini sudah pun memperlengkapkan segalanya.
Menerusi Instagramnya, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut menyenaraikan keperluan barangan untuk dibawa ke hospital.
Malah Fiza juga turut berkongsi video untuk panduan bakal ibu.
“Checklist of hospital bag essentials
“Aduhai mommies, walaupun lambat lagi due date Fiza dah excited sangat nak packing items untuk check in hospital.
“Insurans baby dah ambil awal-awal, barang barang baby kita siapkan sikit tapi barang mommies jangan ada yang tertinggal,” kongsinya.
Malah kongsi Fiza lagi, dia yang pernah melahirkan anak melalui pembedahan dan juga kelahiran normal ini memilih untuk melahirkan anak ketiga melalui Elective Caesarean kali ini.
“I might be opting Elective Caesarean sebab Fiza dah rasa Emergency Caesar, Vaginal Birth After Caesarean (VBAC), so untuk baby last ni kita try Elective Caesarean lar ea.
“Unless, baby “F” decided nak keluar awal daripada tarikh yang dipilih,” katanya lagi.
Sebagai panduan untuk ibu-ibu, Fiza turut menyenaraikan barang keperluaan yang dibawanya ke hospital.
“So, video tu untuk sebahagian daripada my MUST HAVE ITEMS.
Tips lain yang Fiza boleh share kalau untuk normal delivery:
1) Sentiasa ada sanitary pads yang ada cooling effect (macam ada rasa ais tu)
2) Ubat kuning/ minyak gamat/ hemorrhoids cream untuk luka bawah.
3) Disposable panties yang lembut.
4) Peri Bottle/ bidet spray (I still have mine gifted by @schaalyahya) Contohnya kalau paip air kat rumah kita tu macam tajam or susah nak control laju dia, nanti kita nak cuci bahagian intim tu rasa macam sakit sakit je.
Tapi yang bidet spray tu, you isi dengan air herba or air garam or air biasa, bila dah wee wee kita cuci sekali dengan luka takde rasa ngilu sangat.
Kadang kadang nak cuci dekat tempat luka tu rasa ngilu sangat, so bidet spray tu macam manja manja je air yang keluar.
5) Cari Sitz Bath yang boleh letak Salt or herbs.
6) Ice packs (ish senang cter semua yang berais untuk rasa kebas kat intimate area tu)
“Good luck and have a smooth delivery mommies 🤍,” kongsinya lagi.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Merasa pergerakan bayi dalam kandungan untuk kali pertama adalah detik sangat mengujakan. Kebanyakan wanita hamil akan rasa pergerakan bayi ketika 18 hingga 20 minggu usia kandungan.
Bagaimanapun jika kandungan pertama, mungkin akan mula menyedarinya dalam kira-kira minggu ke-18 hingga minggu ke-20, atau lebih lewat. Sebaliknya jika anda pernah hamil sebelum ini, pergerakan bayi boleh dirasai daripada kira-kira minggu ke-15 dan minggu ke-18.
Gerakan menendang atau perasaan ketukan lembut pada perut anda, tanpa disedari sebenarnya pergerakan bayi. Bayi bergerak lebih agresif sewaktu tengah hari dan petang. Manakala pada awal pagi dan malam, bayi akan mempunyai masa ‘tidur’ dalam jangka masa 30 minit dan tidak lebih 90 minit.
Biasa jika terlalu sibuk dengan kerja seharian, mungkin terlepas mengira atau merasakan pergerakan bayi. Paling penting kena sentiasa peka pergerakan bayi sehingga saat kelahirannya.
5 SEBAB BAYI ANDA KURANG AKTIF HARI INI!
Rutin Tidur Bayi
Bayi dalam kandungan biasanya ada rutin tidur. Sama la macam kita kan. Kebiasaannya bayi tidur dalam 20-40 minit, dan tidak lebih daripada 90 minit. Masa tidur, memang bayi akan kurang bergerak. Kalau perasan la, semakin kita sibuk dan aktif bergerak, bayi akan semakin kurang bergerak. Ini adalah normal. Tapi jika ibu risau akan keadaan bayi, segera hubungi doktor anda ok!
Kekurangan Nutrisi dan Stress Semasa Hamil
Perasan tak, emosi dan keadaan fizikal ibu sangat mempengaruhi pergerakan bayi? Kalau ibu stress, anak dalam kandungan pun akan kurang aktif. Sebab hormon yang dikeluarkan oleh ibu yang sedang stress akan mempengaruhi pergerakan bayi. Haa baru tau ke?
Selain itu, ibu-ibu yang kekurangan air dan sedang berpuasa juga akan membuatkan bayi kurang aktif dalam kandungan. Sebab tu ibu hamil digalakkan minum air kosong banyak. Jika berpuasa, semasa sahur, pastikan ibu mengambil makanan yang boleh menjadi sumber tenaga seperti KURMA dan lain-lain.
Air Ketuban “Leaking”
Ada sesetengah kes berlaku air ketuban ibu leaking sebelum masanya. Leaking atau bocor ini kadang-kadang agak bahaya sebab kita tak perasan. Kita sangka kan hanya air kencing biasa. Bila leaking, air ketuban tak keluar dengan banyak sekaligus, tapi akan keluar sedikit-sedikit. Jadi sebab itu ibu kena selalu pantau pergerakan bayi.
Placental Abruption
Salah stau kemungkinan serius yang berlaku ialah “Placental Abruption”, situasi di mana placenta atau uri terpisah dari dinding rahim. Jika ini berlaku, situasinya adalah sangat serius dan akan menyebabkan bleeding. Situasi ini kadang kala berlaku bila si ibu terlampau lasak dan aktif semasa hamil atau mengalami tekanan perasaan yang mendalam yang boleh memberi kesan kepada kandungan.
Dalam sesetengah kes, bila berlaku placental abruption, bayi akan terputus bekalan oksigen dan darah dan boleh menyebabkan kematian. Pantau pergerakan bayi ye ibu-ibu.
Fetal Hypoxia
Biasa dengar tak tali pusat terbelit? Haa itu antara punca utama yang menyebabkan Fetal Hypoxia ini. Ia berlaku bila tali pusat yang membekalkan oksigen kepada bayi telah terbelit dan menyebabkan bekalan oksigen terputus. Situasi ini boleh menyebakan kesan jangka panjang kepada perkembangan otak dan tumbesaran bayi.
Tali pusat terbelit pada leher bayi tiada kaitan dengan mee segera & shawl ibu, ikuti penjelasan daripada doktor ini!
Bila doktor memaklumkan tali pusat terbelit pada leher bayi dalam kandungan, mama jangan pula panik. Tidak bermakna anda tidak boleh bersalin normal!
Menurut Dr Muhammad Izzat, Pegawai Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, kejadian keadaan tali pusat terbelit pada leher bayi dalam kandungan pada kelahiran bayi semasa kehamilan telah cukup bulan ialah lebih kurang 33-35%. Hampir 3.5 % melibatkan belitan berganda.
TALI PUSAT TERBELIT LEHER BAYI ( NUCHAL CORD )
Bunyinya memang menakutkan kepada semua ibu yang sedang hamil, tetapi benarkah keadan ini berbahaya dan boleh menyebabkan apa apa masalah yang boleh membawa kepada kemudaratan kepada bayi?
Kita biasa dengar kebanyakkan ibu melahirkan bayinya secara pembedahan caesar kerana dikhabarkan bayi dalam kandungan terbelit tali pusat.
Persoalannya, perlu ke tak sebenarnya si ibu yang ada bayi terbelit tali pusat ini menjalani pembedahan caesarean ataupun mereka boleh jer bersalin normal?
Saya kongsikan fakta serta bukti perubatan dari jurnal antarabangsa mengenai tali pusat di leher, bukan sahaja memanfaatkan ibu-ibu yang sedang menunggu kelahiran cahaya mata mereka juga mungkin bermanfaat untuk doktor-doktor yang merawat mereka.
Ia biasa bagi bayi dalam kandungan
1.Selagi bayi berada didalam rahim, belitan tali pusat dileher bayiTIDAK BERBAHAYA dan ia adalah satu perkara yang biasa berlaku lebih-lebih lagi jika tali pusat itu panjang.
Ia bukan sebab untuk melahirkan secara pembedahan
2.Tali pusat dileher bayi juga bukanlah satu sebab musabab untuk pembedahan caesarean kerana ramai ibu yang mengalami keadaan ini bersalin secara normal, didapati ada tali pusat dileher bayi semasa bayi dilahirkan.
Doktor atau penyambut kelahiran akan memotong atau melepaskan tali pusat dari leher bayi sebaik sahaja kepala bayi keluar dan seterusnya diikuti oleh bahagian badan bayi.Jika ketat belitan tali pusat dileher bayi, kadang kadang bayi boleh jadi biru jap tetapi akan pulih segera.
Jika tali pusat terlalu ketat atau pendek
3.Terdapat peratusan kecil di mana belitan tali pusat terlalu ketat dileher bayi. Jika belitan tali pusat itu terlalu ketat atau tali pusat menjadi terlalu pendek, semasa proses bersalin, kepala bayi tidak akan dapat turun kebawah
belitan ini menyukarkan pergerakan bayi ke bawah dan bekalan oksigen kepada bayi melalui tali pusat boleh terganggu. Selalunya keadaan ini berlaku ketika si ibu dah sakit untuk bersalin. dalam keadaan ini, doktor akan sarankan ibu untuk melahirkan melalui pembedahan caesarean.
Apa yang perlu ibu lakukan jika diberitahu ada tali pusat terbelit dileher bayi?
1.Bertenang. jangan panik ! Tak perlu berbuat apa apa sehingga bersalin. Bayi anda berkebolehan menanggalkan tali pusat dilehernya sendiri.
2.Boleh bersalin normal ke tidak? Boleh cuba dan lihat. Jika ada apa apa masalah tentang bekalan darah dan oksigen kepada bayi akibat jerutan tali pusat yang ketat, biasanya doktor akan dapat mengesannya melalui graf jantung anak ( CTG) semasa dalam proses bersalin itu.
BUKAN SEMUA ibu yang ada tali pusat dileher bayi ini memerlukan caesarean. Jangan Takut !
3.Tiada kaitan antara makan maggi mee dgn ibu pakai tudung atau selendang belit-belit kat leher dengan tali pusat berlingkar kat leher bayi. JANGAN MENGARUT !
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.