Rasa tidak puas hati pasti ada, apatah lagi dalam hubungan dua hala antara suami dan isteri. Bak peribahasa, gigi dengan lidah ada kalanya tergigit, inikan pula suami isteri.

Suami dan isteri tonggak utama sebuah rumah tangga yang membawa hala keluarga kepada jalan yang diredaiNya. Penting untuk memastikan komunikasi lancar dan mengelakkan rasa tidak puas hati terpendam.

Tak Puas Hati, Cakap. Suami Isteri Saling Meluahkan Lebih Tenang & Kurang Stres

Perkongsian daripada bapa ini boleh dijadikan panduan kepada pasangan yang lain. Tidak kira berapa usia perkahwinan dan jumlah anak, jangan jemu untuk berkomunikasi dengan pasangan dan mendengar luahan isi hati secara dua hala. Mudah-mudah lenyaplah segala tidak puas hati dan perkara yang terbungkam menemui penyelesaian.

Hari ini rata-riti kita dapat dengar kisah rumah tangga yang bergolak. Musim kot eh? Sampai rakan-rakan kita yang bujang pun jadi was-was nak melangkah. Topik ni aku seram gila sebenarnya nak bincang. Sebab aku tak tahu masa depan aku macam mana.

Cuma aku nak kongsi satu benda yang aku selalu buat bersama isteri. “Post mortem”. Aku terdetik nak cerita ni sebab aku dapati kesan dia bagus sangat. Eh perkara ni penting lah aku rasa.

#1. SUAMI ATAU ISTERI BOLEH LEAD

Yang patut lead program ni siapa? Tak kisah pun sebenarnya. Lebih bagus si ketua lah, suami. Aku syak kalau si isteri pun yang ajak, cik abang yang baik akan on je. Mana tahu kot selama ni dia yang banyak nak luah tapi masing-masing asyik mendiam saja.

IKLAN

#2. MALAM WAKTU TERBAIK

Nak buat post mortem ni tak payah tunggu special date pun. Paling kurang sebulan sekali. Jangan nanti gaduh besar baru terfikir nak mula. Waktu yang baik ialah waktu malam. Tidurkan anak awal-awal. Mandi dan bersihkan diri. Kalau boleh ambil wudhuk dan tenang-tenang sebelum mula.

Tak Puas Hati, Cakap. Suami Isteri Saling Meluahkan Lebih Tenang & Kurang Stres

#3. MOTIF UNTUK BAHAGIAKAN PERKAHWINAN

Taknak ada perasaan nak cari salah siapa-siapa tau. Pasak dalam hati yang motif perbincangan ini untuk bahagiakan perkahwinan kita sampai mati. Yelah, ada ke orang nak kahwin sekejap-sekejap? Aku tak tahulah jenis manusia apa kalau ada.

#4. DENGAR-DENGAR-DENGAR

Dengar-Dengar-Dengar. Ulas dan respond bila ada bunyi tanda soal sahaja. Ini penting. Apa kau rasa bila kau tengah sedih cerita tentang sakit, ada orang potong cakap “alah sikit je pun” atau “gitu pun nak nangis”? Spoil gila kan?

IKLAN

Sudahnya program tak capai matlamat. Malah mungkin makin teruk dengan penambahan luka baru.

Tak Puas Hati, Cakap. Suami Isteri Saling Meluahkan Lebih Tenang & Kurang Stres

#5. BINCANG DALAM NADA BERBISIK

Fikir dan susun ayat elok-elok ketika meluah. Satu persatu. Taknak gelojoh. Kita tahu banyak benda yang terpendam dalam hati ni. Lebih lagi kalau dah lama tersimpan. Cara yang paling selamat ialah berbincang dengan nada berbisik.

IKLAN

Maknanya muka kita dengan pasangan tak jauh. Dengan ini kita boleh nampak raut wajah dia bagaimana. Wajah yang sama waktu mula bercinta dulu.

#6. TUNGGU TURN BARU BERCAKAP

Kalau sentap, diam. Ketap gigi rapat-rapat. Tunggu sampai turn baru beri respond dengan baik.

Ingat, kita mahu cari titik penyelesaian. Angguk dan cuba berubah selari dengan persetujuan yang dicapai.

#7. JANGAN SENTAP

Jangan undur diri sebelum selesai. Habiskan dengan baik. Kawal emosi dan hargai moment ini dengan penuh rasa bahagia.

Percayalah, esok matahari terbit bersama pelangi indah tanpa hujan. Perasaan macam baru-baru kahwin. Dada yang berat selama ini terus terasa ringan. Kaki melangkah penuh bergaya. Tengok pasangan terus rasa nak sayang-sayang je.

Buatlah weh. Aku tulis ni pun dalam senyum terkenangkan moment “post mortem” kami semalam. Alhamdulillah.

Sumber: Hilmi Jailani

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI