Kehamilan

“Tak Sabar Jumpa Kamu” Majlis Doa Selamat & Gender Reveal Meriah, Safawi & Syifa Bakal Timang Anak Lelaki!

Share

Bakal menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka tidak berapa lama lagi, pasangan selebriti, Safawi Rashid dan Syifa Melvin mengumumkan bakal timang anak lelaki.

Pengumuman jantina bayi itu dikongsikan pasangan itu menerusi sebuah majlis bacaan doa selamat yang diadakan mereka.

Menerusi Instagramnya, Syifa memuat naik gambar kenangan bersama suami ketika majlis berlangsung.

“Bismillahi Mashaallah , Alhamdulillah majlis doa selamat berjalan lancar dan meriah.

“Doakan anak ini sihat sempurna dan menjadi anak yang baik. Ibu Can’t wait to see you love❤️,” tulis Syifa menerusi kapsyennya.

Menerusi beberapa video yang dikongsikan, Syifa yang semakin berseri dengan baju putih memecahkan belon bersama suami.

Sebaik belon berwarna biru berterbangan ke udara, sanak saudara dan rakan-rakan yang hadir bersorak keriangan menyambut kelahiran bakal bayi lelaki yang bakal lahir tidak lama lagi.

Paling lucu pastinya adik beradik Melvin, Syatilla, Syida dan yang lain-lain yang berbusana merah jambu. Mungkin meneka bayi di dalam kandungan Syifa adalah bayi perempuan.

Aksi lucu Syida dan Syatilla yang melompat keriangan hingga jatuh juga mengundang tawa ramai. Macam-macam ragam.

 

Dalam pada itu, rata-rata pengikut Syifa dan Safawi mendoakan yang terbaik hingga detik melahirkan kelak.

 

@samtilla82 Aku memang tak sangka akan jadi trajedi🤣🤣🤣 benda tak sedaq kot🤣🤣 #syifawi ♬ Comedy Scenes – Comical, stupid, silly, loose, comical, farce(1295330) – Ponetto

Menarik:  Mata Sepet Kulit Putih Gebu, Comelnya Anak Kedua Emma Maembong, Ramai Cakap Macam Muka Korea!

Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI https://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN