Tidak dinafikan anak-anak kecil kita cukup selesa kala berada bersama figura bergelar ayah. Malah ketika bermain pun, anak-anak lebih senang bermain bersama ayah berbanding ibu.
Aura ayah memang lain macam. Ayah ibarat hero pada anak malah jati diri anak yang kuat biasanya datangnya dari kekuatan yang dibawa oleh seorang ayah.
Melalui perkongsian Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim, ini aura dan kehebatan ayah di mata anak-anak kecil kita. Betul tak ayah?
My dad my hero
1 – Bila terjatuh atau terluka masa bermain orang pertama yang dia akan cari ialah ayahnya, sebab ayah beri anak rasa selamat.
2 – Bila sembang dengan kawan-kawan nama ayah selalu di sebut, masing-masing nak tunjuk kehebatan ayah. Tanda anak bangga dengan ayahnya.
3 – Bila ibu membebel puas menyuruh anak tapi tetap anak tak nak ikut, sekali si ibu ugut “nanti ibu cakap kat ayah” terus dia jadi patuh. Takut benar kena marah dengan ayahnya.
Ads
4 – Bila dia bergaduh atau berbalah dengan kawannya, nama yang di sebut mesti ayah “aku ngadu kat ayah aku, siap la korang” dia ingat ayah dia la paling kuat dari ayah orang lain. Huh!
5 – Bila ibu cakap berpuluh kali anak buat endah tak endah je tapi bila si ayah buka mulut sekali je, sampai ke tua anak ingat apa ayah cakap. The most memorable voice.
6 – Bila anak ada buat salah orang pertama yang di cari pasti ibunya, ayah orang paling last sekali dapat tahu sebab apa? Dia rasa malu nak mengaku buat salah pada ayahnya.
7 – Bila anak ada keyakinan diri yang tinggi dan tak pernah malu untuk bertanya bila tak faham di sekolah itu tanda adanya ayah yang selalu memuji usaha anaknya.
Ads
8. Bila tidur dia cari ibu tapi bila bangun tidur orang pertama dia cari “mana ayah?”
9. Bila kena tinggal dengan ibu dia tak sedih sangat tapi bila kena tinggal dengan ayah dia punya meraung macam kena tali pinggang padahal ayah nak keluar rumah buang sampah je pun. Takut benar ayah dia hilang!
Nama ayah tak pernah lekang dari mulut anak jika dia pandang ayahnya sebagai hero.
Sesungguhnya anak yang ada hero di dalam hatinya tak akan pernah ada masalah rasa diri keseorangan ( isolation trauma ) dan “stuck” dalam hidupnya.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Boleh tangkap emosi”. Begitu kongsi penyanyi dan pelawak, Achey yang berdepan detik sayu bila mana anaknya, Tiara Zinniriah yang terpaksa dibawa ke hospital selepas demam berterusan.
Menurut kata Achey melalui Instagramnya, dia sayu hati melihat anaknya Tiara yang sentiasa ceria dan tiba-tiba sahaja menjadi lemah dek kerana demamnya yang on dan off.
Bukan sahaja demam bahkan tambah teruk bila mana Tiara muntah sebaik dimasukkan makanan dan menjadikan anak kesayangannya itu bertambah lemah.
“Tiara demam on off yang agak tinggi, makan muntah, makan muntah. Kita tak boleh tahan tengok. Pertama kali ke hospital nampaknya selama 4 tahun,” kongsi Achey sayu.
Kongsi Achey lagi menerusi hantaran yang sama, anaknya Tiara yang kini berusia empat tahun itu mengalami bengkak pada tonsilnya dan kini diberikan rawatan oleh doktor.
Malah kata Achey, dia dan isteri bersyukur keadaan anaknya baik-baik sahaja dan tidak mengalami sebarang masalah yang begitu membimbangkan.
“Syukur hospital UiTM puncak alam dah beroperasi, sampai doctor terus check dan ambil darah dia. Bila check ada tonsil agak besar dekat dengan tekak.
“Dua jam je dapat keputusan darah, alhamdulillah tak ada apa-apa. Namun terlepas juga air mata jantan aku tengok.
“Yelah kecoh kehidupan tiba-tiba senyap lemau je dia, tangkap emosi oo,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu, Achey juga turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan anaknya, Tiara agar cepat-cepat sembuh dan sempat menasihati agar menjaga diri dan keluarga di musim demam viral ini.
“Pesanan jaga diri dan keluarga semua. Moga yang melalui ujian sakit di berikan syifa dan kesihatan berpanjangan. Tq doakan Tiara,” kata Achey berterima kasih pada semua.
Mempunyai 3 orang anak yang masih kecil tidak menghalang personaliti media sosial, Diana Nasir untuk menguruskan tiga orang anak dan dalam masa yang sama membereskan kerja rumah tanpa bantuan daripada pembantu rumah.
Ibu kepada The Angguns, sepasang kembar yang cukup famous dan juga seorang lagi anak perempuan yang comel berkongsi kepada pengikut di Instagram tip-tip menguruskan rumah tangga bersama anak-anak yang masih kecil tanpa pembantu.
Menurut kakak kepada pelakon Anzalna Nasir ini, dia sering diajukan soalan tentang bagaiman dia menguruskan tiga anak kecil tanpa pembantu dirumah. Ini jawapan untuk persoalan yang sering ditanyakan itu:
“Saya sering ditanya bagaimana cara saya menguruskan tiga anak kecil? Adakah saya mempunyai pembantu? Siapakah yang melakukan semua kerja rumah?
Baiklah, jawapan kepada semua soalan ini ialah: ME, MYSELF & I, 24/7. Tiada pembantu tiada masalah! Bagaimanakah saya melakukannya?
1. Jangan malas. Jika malas, semua benda tak akan berjalan!
2. Kurangkan masa dengan telefon. Ini perkara yang paling penting.
3. Wajib mempunyai disiplin. Bukan sahaja Angguns, tapi papa pun sekali. Lol. Semua kena berikan kerjasama kerana saya adalah mama dan isteri, bukannya pembantu.
4. Jadi orang yang terawal. Untuk saya, penting untuk bangun tidur sebelum Angguns, jadi saya dapat kemas dan mencuci rumah terlebih dahulu, mandi, menyiapkan diri saya agar kelihatan kemas, menyediakan sarapan untuk suami dan banyak lagi.
Menurut Diana untuk keseluruhan rumah juga dia yang uruskan sendiri kerana dia tak suka keadaan rumah yang bersepah. Itu membuatkan dia kurang selesa. Tambahan pula dirinya merupakan seorang yang mementingkan kesempurnaan, jelasnya jalan terbaik adalah melakukan sendiri untuk lebih berpuas hati.
“Untuk keseluruhan rumah, saya sendiri yang menguruskannya kerana saya tak gemar mempunyai rumah yang bersepah! Ia akan membuatkan saya kurang selesa, jadi saya akan terus mengemas dengan secepat mungkin bila rumah bersepah.
Dengan kebanyakan perabot di rumah berwarna putih, jika setiap kali ia terkena kotoran walaupun sedikit, saya akan gunakan wipes, sebab itu ia tetap akan kelihatan bersih.
Ya, saya seorang yang OCD / perfectionist. Saya lebih rela melakukannya semua sendiri, lagi puas hati. Jika ada pembantu pun, tak akan sama bersih bagaimana kita melakukannya sendiri. Saya juga tak selesa ada orang luar di rumah dan saya sendiri masih mampu buat semua dan ia merupakan senaman yang baik untuk saya juga, jadi tak ada sebab untuk saya bazirkan wang suami bagi membayar pembantu.
Jika ibu saya mampu melakukannya sendiri tanpa bantuan sesiapa satu masa dahulu, saya juga boleh melakukannya!
Menurut Diana lagi, dia juga turut melatih anak-anaknya untuk memberikan bantuan. Walaupun masih lagi kecil jelas Diana ia perlu bermula sewaktu usia anak-anak masih muda.
5. Rutin. Siapkan rutian seharian untuk hari-hari anda, jadi anak-anak dan anda bakal boleh menguruskannya dengan lebih baik.
6. Latih anak-anak anda untuk memberikan bantuan. Walaupun Darleesa dan Darleena baru berusia 3 tahun, mereka banyak membantu saya di rumah. Mereka membersihkan apa yang mereka sepahkan, membantu saya mengangkat barang dan banyak lagi. Mereka perlu bermula sewaktu usia muda!
7. Sediakan makanan kegemaran anak-anak anda. Jadi, bila anak-anak meragam, keluarkan ‘senjata’ makanan! Ia membantu! LOL!
8. Jika anda menghadapi hari yang kurang baik, tidak mengapa. Segera berdoa agar suami balik kerja dengan lebih awal. Jika tidak berkesan, hubungi suami agar balik segera,” selorohnya.
Menurut Diana lagi, dia juga turut melatih anak-anaknya untuk memberikan bantuan. Walaupun masih lagi kecil jelas Diana ia perlu bermula sewaktu usia anak-anak masih muda.
5. Rutin. Siapkan rutian seharian untuk hari-hari anda, jadi anak-anak dan anda bakal boleh menguruskannya dengan lebih baik.
6. Latih anak-anak anda untuk memberikan bantuan. Walaupun Darleesa dan Darleena baru berusia 3 tahun, mereka banyak membantu saya di rumah. Mereka membersihkan apa yang mereka sepahkan, membantu saya mengangkat barang dan banyak lagi. Mereka perlu bermula sewaktu usia muda!
7. Sediakan makanan kegemaran anak-anak anda. Jadi, bila anak-anak meragam, keluarkan ‘senjata’ makanan! Ia membantu! LOL!
8. Jika anda menghadapi hari yang kurang baik, tidak mengapa. Segera berdoa agar suami balik kerja dengan lebih awal. Jika tidak berkesan, hubungi suami agar balik segera,” selorohnya.
Diana yang mendirikan rumah tangga dengan suami, Mohd Azwan Mohd Noor dikurniakan tiga orang anak iaitu pasangan kembar, Anggun Darleesa bersama Anggun Darleena, 3, dan Anggun Darniella, 2.
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Akan bersiaran setiap Rabu pada jam 9 malam, dan ulangan setiap Ahad jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104 & 124.
Mommy, mama, ibu, bonda, ummi, emak, amma… Ingat, hidup kita dalam menjadi ibu bukanlah suatu pertandingan. Bukan pertandingan anak siapa paling ramai, rumah siapa paling kemas, anak siapa paling senang makan, anak siapa paling cerdik, anak siapa paling behave dan beradab, anak siapa paling pandai kemas lepas bermain.
Didik anak bukan hari ini didik esok terus pandai. Rumah kita bersepah, itu rumah kita. Siapa tak suka biarkan. Kita yang duduk, kita yang hadap. Kalau penat nak kemas biarkan.
Kalau penat nak masak order online. Kalau kain bersepah nanti ada masa kita kemas. Kalau hari-hari kita asyik fikir kenapa anak orang lain lepas main kemas, anak aku kena marah menjerit macam singa baru nak buat.. Kenapa anak org lain ajar sekali terus pandai dan mengikut.
Tak apa itu anak orang, anak kita, kita teruskan mendidik. Niat dan tawakal dalam mendidik. Doa banyak-banyak supaya soleh dan mendengar kata anak kita semua. Insyallah Allah bantu.
Kalau asyik nak membanding, asyik memikirkan macamana nak suruh anak tu lebih baik dari anak orang lain, itu bukan mendidik, itu pertandingan.
Kita bukan nak bertanding tapi kita mendidik kerana Allah. Betulkan niat kita supaya anak-anak lebih terdidik.
Mak ayah harus mendidik jiwa sendiri dahulu sebelum mengharapkan anak-anak terdidik! Dan yang paling penting, jangan mengharapkan sebarang balasan selepas mendidik anak, sebab mak-mak ni bekerja untuk Allah, dan biarlah Allah yang memberi ganjaran sebab kalau asyik mengharap anak membalas jasa takut kita yang hampa kecewa lalu anak yang berdosa.
Cukuplah Allah Yang Maha Memberi Balasan buat kita. Mana tahu ganjaran tak ternilai kita terima ganjaran anak soleh!
Muhasabah untuk kita semua, sebab kadang-kadang saya pun banyak terlalai dalam mendidik. Cuma setiap ibu mempunyai harapan yang sama, iaitu anak soleh solehah. Amin
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!