Kita selalu rasa tertanya-tanya adakah anak kita delay atau lambat dalam percakapan. Sebenarnya tak sesukar mana untuk kenal pasti anak on track untuk bercakap atau tidak.
Salah satu tip yang dikongsikan oleh OT, Pn Ruby Atika adalah dengan melihat cara anak itu bermain. Ini yang mak ayah boleh kenal pasti.
Main masak-masak. Anak yang ada masalah bercakap dan masih belum ada perkataan bermakna atau sangat terhad sebutannya, bila dia main:
1) Dia tak boleh nak main banyak objek macam ni. Hilang tumpuan terus.
Ads
2) Dia tak boleh nak kaitkan beberapa objek sambil bermain.
3) Semua gaya main untuk diri sendiri. Dia minum, dia makan. Tak tau nak suap kat teddy atau tuang air bagi kat ayah.
Ads
4) Tiba-tiba dia obses dengan 1 objek tu dan sentiasa pegang benda tu. Sentiasa ada kat tangan dia, takkan lepas. Walaupun tak bermain dengan fungsi pun.
5) Susun semua sekali…..susun panjang-panjang.
6) Gigit objek, ketuk-ketuk atau baling terus.
Ads
7) Bila kita tunjuk contoh cara kita buat, dia tak berminat pun nak tengok, apatah lagi nak tiru.
Tak ada imaginasi. Dia takkan tuang teko tu, sebab bagi dia tak ada air pun. Dia takkan cuba pun nak pusing stove tu untuk “buka api”, sebab takde api pun.
Nak anak ikut perintah kita? Ibu ayah kena tahu teknik yang betul supaya anak jadi tak keliru dan mereka mudah faham.
Kalau kita suruh anak buat apa pun, anak akan ikut je perintah kita. Sama ada ikut kerana TAKUT ataupun ikut kerana kita ada seni dan teknik yang positif untuk disiplinkan si comel kita.
Ada ibu bapa yang bagi arahan anak terus buat, tapi ada juga yang kena cakap berulang kali baru dengar.
Ini 5 teknik yang dikongsikan Taufiq Razif bagaimana nak buatkan anak ikut perintah kita dengan cara yang positif.
1 – Konsisten
Anak-anak ni akan tahu ikut cakap kita kalau dia tahu kita ni jenis yang tetap pendirian. Kalau kita cakap A, maka kita memang nak A. Bila kita jenis tak tegas dan jenis mudah berubah pendirian, waktu tu la anak akan berharap yang kita akhirnya akan cair dengan mereka.
2 – Tenang
Masa kita bagi arahan pada anak kita tu pastikan kawalan emosi kita berada pada tahap yang terbaik. Sebab tu bebel ni tak mampu membuatkan anak kita patuh sebab emosi kita masa tu sangat tak stabil dan ingat, anak boleh hidu emosi negatif dalam diri kita!
3 – Arahan kena pendek dan jelas
Ada mak ayah ni kalau suruh anak mandi pun dia boleh bagi sampai 3-5 arahan sekaligus. ” Adik lepas ni mandi, pastu gosok gigi. Gosok gigi elok-elok jangan tumpah ubat gigi, jangan pakai sabun banyak sangat “.
Akhirnya anak sendiri pun keliru nak ikut yang mana satu. Bagi arahan tu biar jelas dan satu persatu. Otak si anak tak mampu nak proses banyak sangat arahan dalam satu-satu masa.
4 – Cepat
Kalau anak buat salah cepat-cepat tegur dan tunjukkan cara yang betul. Jangan tunggu 2 – 3 jam lepas tu baru nak cakap yang perbuatan dia tu salah. Waktu tu anak dah lupa dah kesalahan dia.
5 – Puji
Bila anak buat baik dan benda yang kita suka terus je puji. Barulah anak tu akan ketagih nak buat benda baik tu lagi. Kalau ikut kajian tentang ‘reward and punishment theory’. Reward tu lebih berkesan untuk memotivasikan anak kecil. Pujian ibu bapalah sebenarnya reward yang paling berharga pada otak anak-anak kita!
Insya-Allah kalau boleh amal 5 benda ni, perlahan-lahan kita akan nampak perubahan positif pada perangai anak-anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semestinya ibu-ibu ada pengalaman ni kan? Anak nak tidur, mesti nak kita ada sebelahnya. Selain tu ada juga yang perlu bantal busuk, kain, hisap jari, gentel baju, gosok telinga dan macam-macam lagi.
Istimewanya juga anak kita ni, bukan itu saja yang boleh buat mereka lena, ada juga nak pegang telinga ibu, pegang jari, main rambut dan sebagainya sebagai ubat penenang sebelum lena dibuai mimpi
Disebabkan ini, ada sesetengah ibu rasa rimas tapi momen inilah yang buatkan si anak lebih rapat. Jangan risau, anak-anak bila mereka besar, secara automatiknya tabiat ini mereka tinggalkan.
Tunggulah bila mereka besar, apabila anda ceritakan tabiat masa kecilnya pasti mereka tersenyum malu.
Nak tahu bahagian anggota badan ibu yang anak suka-suka, di sini ada beberapa contoh.
Bahagian ini paling disukai anak lelaki, tidak kira ketika hendak tidur atau menyusu. Kalau hendak tidur dia mesti mahu pegang, picit dan tepuk perut kita hingga lena.
Ada juga anak yang suka pegang perut kerana suka-suka. Sedang sibuk main, dia akan lari sekejap mencari perut si ibu. Kalau dapat picit sekejap pun jadilah.
Dia biasanya akan beri pujian supaya diberikan peluang pegang perut kita. “Perut mama geramlah, nak cubit” atau “Perut mama besar best-lah, nanti makan banyak lagi!”
Nampak mesra hubungan anak dan ibu. Tetapi hati-hati jangan dibiasakan sangat, nanti ke mana-mana pun mahu pegang perut saja. Nanti, susah hendak kawal tabiat tu. Jangan sampai depan tetamu pun anak lari dan tarik baju kerana mahu cari perut.
Orang kata bahagian ini lebih disukai anak nombor tiga? Betul ke?
Anak kita bukan setakat gentel siku, kadang-kadang dikoreknya siku sampai merah dan sakit. Kalau dilarang menggentel, digentelnya siku adik beradik pula! Apabila adik beradik pula menolak, gentel siku sendirilah jawabnya.
Ibu bapa dengan anak yang sukakan siku tidak perlu risau apabila terpaksa meninggalkan anak dengan orang lain. Jenis ini senang fijaga, kalau hendak tidur boleh pinjam mana-mana siku berhampiran! Tapi pastikan siku tidak sekeras tapak kaki, nanti anak reject!
Kalau perasan, anak kita biasa sukakan dagu si ayah yang berjanggut. Bukan setakat gentel, dipusing-pusing dan ditariknya sampai ayah menjerit.
Mungkin disebabkan bahagian ini lembut tidak bertulang dan sejuk, anak tertarik menggentel telinga. Anak biasanya akan gentel telinga sendiri sama ada ketika menyusu atau duduk sendirian hingga tertidur.
Melihat anak gentel telinga sudah pasti satu cabar bagi ibu yang kaki geli. Jadi, kenalah tahan geli hingga anak tidur! Tabiat ini bagaimanapun akan hilang apabila usia anak bertambah! Ketika itu, anak akan cari bahagian lain pula untuk digentelkan.
Bahagian ini paling popular. Mungkin agak normal kerana rata-rata anak suka pegang jari ibunya atau hisap jari sendiri.
Ada kes tertentu, anak suka menggentel celahan jari atau kulit hingga sampai kemerah-merahan. Malah, ada anak suka bermain dengan ibu jari, dan kalau terlampau geram, terus saja digigitnya
6. RAMBUT
Anak yang suka mengusap rambut ibu, terutama ketika tidur memang nampak comel dan romantik. Selain usap rambut, mereka juga suka kalau rambut itu dilayurkan ke wajah mereka. Cara ini boleh membuatkan dia tidur lebih mudah.
Sumber: bumbumcak
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu terutama yang baru saja melahirkan bayi takut bayi kena penyakit kuning. Sebab utama bayi disahkan jaundis kerana hatinya belum matang macam orang dewasa.
Terpaksa berulang-alik ke hospital untuk menjalani ujian darah sangat memenatkan. Lebih teruk apabila si ibu dan bayi terpaksa ditahan di hospital kerana harus menjalani rawatan fototerapi.
Tapi jangan risau sangat. Kebanyakan bayi yang kena jaundis ni disebabkan jaundis fisiologis ( physiological jaundice ). Biasanya jaundis yang tak merbahaya ni berlaku 24 jam selepas bayi tu dilahirkan. Biasanya hari ketiga sampai hari kelima parasnya akan sangat meningkat tapi akan semakin menurun pada hari keenam dan ketujuh.
Yang bahaya kalau jaundisnya terjadi dalam 24 jam pertama selepas kelahiran ataupun jaundisnya masih tak berkurang walaupun dah lebih seminggu. Kalau jaundis yang fisiologis insya-Allah tak perlu risau sangat kecuali ada tanda-tanda demam, lesu dan tak nak menyusu.
Sebab tu penting untuk mak ayah tahu teknik sama ada bayi yang baru lahir dan dah selamat pulang ke rumah tu ada tanda-tanda jaundis ke tak. Senang je. Guna 3 cara mudah ni :
PERTAMA: Tengok pada bahagian mata putih bayi tu ( sclera ). Ada tak macam kekuning-kuningan. Kalau ada, ada kemungkinan bayi kita dah mula kena jaundis
KEDUA: Tekan pada bahagian hidung bayi. Tekan selama tiga hingga empat saat dengan menggunakan jari telunjuk. Kemudian, lepaskan. Kalau bayi yang ada jaundis, biasanya bahagian tu akan berwarna kekuning-kuningan.
KETIGA : Guna cara yang sama juga pada gusi bayi.
Apa nak buat kalau bayi kena jaundis?
Jangan panik. Bawa ke hospital atau klinik kesihatan terdekat untuk periksa keadaan jaundisnya. Kalau bacaannya masih di bawah 280 mikromol/l biasanya bayi dibenarkan pulang. Yang penting, susu badan kena bagi dengan kerap dan pastikan si comel kita kencing dan berak dengan kerap. Insya-Allah kalau bayi menyusu dengan kerap ( 8-12 kali sehari ), jaundis dan penyakit kuningnya akan berkurang dengan lebih cepat.
Ilmu ni jarang diajar di tempat lain tau jadi tolong sangat-sangat simpan info yang saya bagi ni. InsyaAllah akan sangat berguna bila korang nak timang cahaya mata baru nanti. Jangan sampai anak dah kena jaundis yang teruk baru nak bawa pergi jumpa doktor disebabkan mak ayah tak tahu pun anak tengah kena jaundis!
p/s : Jaundis yang teruk sangat akan menyebabkan bayi kita kena KERNICTERUS. Sejenis kerosakan pada otak akibat mendapan bilirubin pada tisu otak.
Sebagai ibu bapa sudah tentu kita ingin anak kita mempunyai imaginasi yang tinggi serta kreatif. Kemahiran berfikir secara kreatif boleh dipupuk sejak dari kecil...