Kalau anda ada anak kecil, dalam sehari mesti biasa dengar beratus atau mungkin beribu soalan sama tentang ‘KENAPA’ kan? Mula-mula anak pandai tanya soalan, ibu rasa teruja dan bangga sebab anak dah mencapai tahap perkembangan otak ligat berfikir.
Itu tandanya anak makin bijak dan ada sikap ingin tahu yang tinggi. Tapi lama-lama bila si kecil tanya soalan yang sama 100 kali sehari, kau rasa? Nak marah ke ibu? Eh, tak lah. Mana boleh marah kan.
Pakar perkembangan anak kata, ibu ayah jangan sekali-kali herdik atau sekat anak yang suka bertanya. Nanti bila mereka ‘sentap’ terus tak nak tanya apa-apa soalan. Anda juga yang risau.
Ok, ini antara beberapa cara bijak yang ibu ayah boleh buat bila berhadapan dengan anak yang suka bertanya soalan sama berulang-ulang kali. Ini pun boleh elak kita daripada rasa macam nak marah bila kena jawab soalan yang sama.
Tapi ingat jangan sekali-kali jawab “tak tahu” atau “entah” pada soalan anak anda atau buat acuh tak acuh sebab malas nak layan anak yang suka bertanya. Buruk kesannya pada perkembangan anak tau!
Ads
1. Tanya balik soalan yang sama
Memang ‘habit’ budak kecik suka tanya soalan sama berulang kali. Jangan marah. Biar je dia tanya banyak kali soalan yang sama lepas tu cuba tanya balik soalan itu padanya. Anda akan terkejut sebab dia boleh bagi jawapan yang betul. Kesimpulannya, anak sengaja tanya soalan yang sama pada ibu ayah mungkin sebab kali pertama soal, dia rasa anda tak beri perhatian padanya. Jadinya dia tanya banyak kali untuk dapatkan sepenuh perhatian walaupun dia sendiri tahu jawapannya.
2. Tumpukan perhatian pada anak
Bila anak anda mula bertanya soalan, sebaiknya hentikan seketika aktiviti yang dilakukan sebelum itu. Pandang muka anak dan tepat pada matanya serta fokus mendengar soalannya. Reaksi mengangguk-anggukkan kepala yang anda tunjukkan sebagai tanda cuba memahami soalan yang ditanya akan menggembirakan hati anak. Tahulah si kecil yang ibu atau ayah tak jemu melayan setiap soalannya. Sepatutnya anda kena berbangga sebab anak sudah semakin bijak berfikir dan sentiasa ingin tahu banyak perkara yang berlaku di sekelilingnya.
Ads
3. Soalan dijawab dengan soalan kembali
Bila anak anda tanya soalan, anda boleh berikan jawapan dalam bentuk soalan kembali supaya dia boleh berfikir.
Contohnya kalau dia tanya, “Mama, kenapa kita kena gosok gigi?”
Anda boleh jawab, “Iman rasa kalau tak gosok gigi, mulut kita busuk tak?”
Tentu dia akan terfikir kenapa pula mulut busuk dan anda boleh terangkan tentang mulut yang ada bakteria dan kotoran makanan yang dimakan. Kalau tak dibersihkan akan berbau busuk dan gigi rosak. Sekurang-kurangnya sesi pertanyaan tersebut ada memberikan ilmu baru kepada anak. Interaksi dua hala ini memberikan peluang kepada otak anak untuk berfikir.
Ads
Bila anak anda mula bertanya soalan, sebaiknya hentikan seketika aktiviti yang dilakukan sebelum itu. Pandang muka anak dan tepat pada matanya serta fokus mendengar soalannya. Reaksi mengangguk-anggukkan kepala yang anda tunjukkan sebagai tanda cuba memahami soalan yang ditanya akan menggembirakan hati anak. Tahulah si kecil yang ibu atau ayah tak jemu melayan setiap soalannya. Sepatutnya anda kena berbangga sebab anak sudah semakin bijak berfikir dan sentiasa ingin tahu banyak perkara yang berlaku di sekelilingnya.
4. Keep calm and smile
Untuk mengelakkan rasa serabut anak tanya banyak soalan, anda kena tetapkan dalam hati supaya sentiasa dalam mode bertenang dan banyakkan senyum supaya ikhlas dan bersedia untuk menjawab setiap soalan anak walaupun untuk kali yang ke-180!
5. Berusaha beri jawapan terbaik
Janganlah disebabkan tak tahu jawapan atau malas nak huraikan panjang lebar, maka anda jawab “tak tahu” atau “entahlah mama pun tak tau”, sekurang-kurangnya kalau tak tahu jawapan yang betul, anda boleh cakap “nanti mama cari jawapan kat internet ya.” Barulah anak lebih bersemangat nak jadi kritis dan berfikir untuk tanya ibu ayah soalan lagi. Kalau asyik jawab tak tahu, anak pun beranggapan ibu ayah tak tahu banyak perkara dan akhirnya dia pun jadi malas nak tanya.
Ingatlah, fasa anak suka tanya soalan tak akan selamanya berlaku. Makin dia membesar makin kurang soalan yang ditanya. Nanti anda pula yang asyik tanya kepada anak dan rindu nak jawab soalan anak!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Peluk dan cium anak menjadi satu kekuatan luar biasa yang dibawa oleh anak. Dan ini juga diakui oleh pakar melalui beberapa kajian. Pun begitu pelukan dan ciuman pada anak perlulah kena pada tempatnya. Jangan tersalah tempat hingga buat anak ada ‘extra feeling’ yang kurang sesuai.
Semuanya salah kita yang tersalah menunjukkan cara sayang itu pada anak. Menurut Mohd Fhais, yang seringkali menulis mengenai dunia keibubapaan, anak-anak perlu dibiasakan dengan dua jenis ciuman sahaja iaitu dahi dan kepala. Bukan di pipi atau jauh sekali di mulut.
Semua kena tahu ni, pantang larang cium anak.
Bonding Kiss hanya ada 2 sahaja iaitu di, – dahi – kepala
Selain dari 2 part ni itu semua sexual kiss bukan untuk bonding. Baik ibu ayah baik orang lain, tak di galakkan mencium anak di part part selain dari dahi & kepala.
Beza bonding kiss & sexual kiss. Bonding kiss bila kita buat anak rasa di hargai, rasa di sayangi, rasa di perhatikan.
Sexual kiss sama macam bonding kiss, sama anak turut rasa di hargai, rasa di sayangi dan rasa diperhatikan cuma ada extra feeling kat part tersebut. Itu la yang di namakan Sex Grooming.
Sedikit demi sedikit anak akan timbul rasa syok di cium di part part sexual ni. Paling bahaya lagi, bila yang mencium itu adalah ibu ayah sendiri.
Bagi anak kita yang naif ni, bila ibu ayah boleh cium maknanya orang lain pun boleh. Nasihat la macam mana pun, “ibu ayah je boleh cium, orang lain tak boleh”
Dia susah nak ikut punya. Sebabnya memang fitrah anak anak mereka belajar dengan mengikut bukan mendengar.
Apa kita buat dia akan buat, apa kita suruh belum tentu dia akan buat. Ramai yang tak cakna lagi beza bonding kiss dan sexual kiss ni, tolong ingatkan semua orang kalau boleh.
Cium di dahi dan kepala pun sudah beri banyak manfaat sebab itu la tempat letaknya otak lokasi terhasilnya hormon kasih sayang. Wallahu A’lam,
Tambahan : Sunnah mencium tangan anak. Tanda kasih sayang adalah orang tua mencium tangan anak dan mengucapkan, “barakallah..” seperti yang telah dilakukan Rasulullah SAW yang selalu mencium tangan putri tercintanya, Fatimah radhiallahu’anha.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila orang mula membanding-bandingkan bila anak kita nak bercakap, ibu bapa dah mula rasa cuak. Lagi-lagi bila tengok anak orang lain yang sebaya anak sendiri dah cakap banyak.
Sampai satu tahap ibu bapa dah mula rasa stres dan mula memberi tekanan pada anak. Sebenarnya mengikut Patologis Pertuturan, Aishah Kassim ibu bapa boleh mengenal pasti anak lambat bercakap melalui komunikasi dua hala dan pemerhatian.
Pada usia berapakah anak anda menyebut perkataan pertama? Perkataan pertama tu maksudnya apa?
Perkataan pertama tu maksudnya perkataan yang disebutkan oleh kanak-kanak yang mempunyai makna…
Contohnya seperti
cucu – merujuk kepada susu ola – merujuk kepada bola bu – merujuk kepada ibu
Perkataan-perkataan itu dikira sebagai vocab yang kanak-kanak ada walaupun sebutan mereka masih lagi pelat.
Perkataan pertama biasanya muncul pada usia 1 tahun, bermula dengan 1 perkataan dan bilangannya akan bertambah setiap hari.
Tapi ingat, perkataan pertama ni ada had umurnya. Kanak-kanak perlu mengeluarkan perkataan pertama paling lewat 1tahun 6 bulan. Sekiranya selepas 1 tahun 6 bulan masih tiada perkataan pertama, kanak-kanak sudah mengalami kelewatan bahasa yang ringan
Jika berterusan, masalah tersebut akan menjadi lebih teruk dan banyak kemahiran bahasa yang akan turut sama lewat. Jadi anak anda dah ada perkataan pertama ke belum?
Momen sewaktu anak kecil yang akan dikenang sampai bila-bila. Percayalah bila diingat semula ketika anak dah besar, kita boleh tergelak sendiri. Tak mustahil bila mereka tengok gelagat masing-masing pun macam tak percaya.
Malah pakar pendidikan awal kanak-kanak dan keibubapaan pun mengesyorkan layanlah anak-anak sewaktu kecilnya. Bergurau dan bermain lah ketika 6 tahun pertama. Selepas fasa 6 tahun, layanan ibu bapa juga dah tak sama.
Menerusi perkongsian Zizie Izzete di instagramya, dia ada memuat naik video gelagat anak kembarnya yang cukup mencuit hati yang menyorok takut kena marah selepas memecahkan pasu bunga.
Disebabkan takut mommy marah selepas memecahkan pasu bunga di dalam rumah, pasangan anak kembar pelakon Datin Seri Zizie Izette bertindak menyembunyikan diri mereka di bawah timbunan tilam.
Perkara itu dikongsikan Zizie menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram miliknya.
“Dua beradik ni buat projek kat tangga sampai pecah pasu bunga mommy. Dah tau salah terus menyorok.
“Nasib tukang report (Aaric) beritahu diorang menyorok kat mana. Watak singa mommy dah keluar!,” ceritanya.
Begitupun, video tersebut mengundang perhatian netizen apabila, Zizie bertukar karakter dengan suara ‘menyinga’ kerana geram dengan apa yang dilakukan oleh anak-anaknya itu.
Apa yang mencuit hati, anak-anaknya itu sanggup bersembunyi baring di bawah tilam bagi mengelak daripada dikesan ibunya.
Zizie yang pada mulanya gagal mencari, kemudian berjaya menemui lokasi persembunyian mereka selepas dimaklumkan anaknya yang lain.
Namun, sebaik ditemui, kedua-dua anaknya itu, Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, 3, terus berteriak kerana ketakutan selepas menyedari kesalahan mereka.
Lucu tengok gelagat si kembar
Bagaimanapun, rata-rata lucu melihat gelagat anak-anaknya yang disifatkan cukup bijak.
“Ya Allah anak, boleh kau nyorok bawah tilam..hahah, mak nya pun tak perasan.
“Pandai senyap sembunyi, lepastu belum marah lagi dah drama dulu dah,” tulis sebahagian komen netizen.
Begitupun menurut Zizie, dia sengaja mengeluarkan suara garang kerana mahu mendidik anak-anaknya itu bahawa apa yang dilakukan itu satu kesalahan.
“Saya pun rasa kelakar juga, tapi saja je buat marah depan diorang, agar mereka tahu benda ni bukan main-main,” jelasnya.
Sumber: Ig Zizie Izette & Gempak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!