Tak senang duduk dibuatnya bila anak sakit. Pelakon, Datin Rebecca Nur Al Islam turut berdepan hal sama bila mana anaknya, Nor Ahmet Al Reaggan terpaksa menerima rawatan di hospital selepas mengalami jangkitan kuman di bahagian paru-parunya.
Menurut kata Datin Rebecca yang mesra di sapa Mummy Beca, sejak semalam dia tidak dapat melelapkan matanya mengenangkan anak lelakinya itu yang kini masih menerima rawatan di sebuah hospital.
“Assalammualaikum doakan anak Mummy Baby @ahmetreaggan. Di hospital sekarang, ada jangkitan di paru-paru sebelah kiri.
“Ohhhhh my jantung, Allah bersamamu anakku,” tulisnya.
Ads
Dalam pada itu kata Rebecca, bagi sentiasa memantau keadaan anaknya itu, dia sanggup tidak tidur sepanjang malam. Semuanya dek kerana teramat bimbang akan anak kecilnya itu.
“Mummy tak tidur dari 2 pagi. Semoga Allah SWT kuatkan Mummy juga.
“Baby @ahmetreaggan insyaAllah strong. Apa-apa pun thank you Dato DR Vernon and all nurses,” tulisnya yang turut berterima kasih kepada doktor dan nurse yang sentiasa memantau keadaan anaknya.
Ads
Meninjau diruangan komen, rata-rata pengikut setia Mummy Becca turut sama mendoakan agar Ahmet cepat sembuh dan kembali bersama keluarganya segera.
Semoga Ahmet lekas segera sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah segera.
Berlari merupakan salah satu bentuk olahraga kardio yang paling popular. Setiap orang setidaknya pasti pernah melakukan aktiviti ini sepanjang hidupnya. Aktiviti ini juga tidak memerlukan anda mengeluarkan belanja, hanya dengan berlari-lari anak pelbagai manfaat untuk kesihatan diperolehi.
BERLARI-LARI ANAK SETIAP HARI MAMPU JAUHI RISIKO PENYAKIT KRONIK
1. Setiap individu digalakkan untuk melakukan pergerakan fizikal atau bersenam untuk kekal sihat.
2. Sekurang-kurangnya melakukan senaman berlari-lari anak atau berjalan pantas. (brisk walking).
3. Dalam satu kajian mendapati bahawa mereka yang melakukan brisk walking antara 5 hingga 10 minit setiap dapat menghindari dari pelbagai penyakit.
4. Dengan brisk walking saja dapat mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar, mengurangkan risiko menghidap penyakit berkaitan kardiovaskular.
5. Ia juga mampu mengurangkan risiko menghidap barah serta menjauhkan diri daripada menghidap penyakit neurologi seperti Alzheimer dan Parkinson.
6. Dalam panduan kesihatan American Health Association, setiap orang digalakkan melakukan aktiviti fixikal selama 2.5 jam setiap minggu atau berlari 30 minit selama 5 hari dalam tempoh seminggu.
7. Selain mengekalkan kesihatan, ia juga dapat:
8. Antara tips untuk melakukan brisk walking adalah:
✅ Untuk elakkan kecederaan pastikan memakai kasut larian yang betul
✅ Tingkatkan jarak larian secara berperingkat
✅ Lakukan aktiviti memanaskan badan (warm-up) sebelum mula berlari
✅ Jaga postur badan semasa berlari.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hidup selepas berkahwin ibaratnya saling melengkapi, tak ada yang sempurna. Mana yang isteri kurang, suami tolong lengkapkan, begitu juga kalau ada kelemahan suami, isteri pula tolong bantu mana yang boleh. Hidup berdua sama-samalah sempurnakan untuk jadi elok. Jangan pertikaikan apa pasangan dah buat, jangan berkira.
Penulisan dari seorang suami ini, benar-benar terkesan kerana ternyata apa yang dimilikinya itu adalah atas pengorbanan isteri.
Dulu masa baru kahwin, pernah saya cakap dengan bini. “Nanti bolehlah awak tolong buatkan saya bekal makanan setiap hari untuk pergi kerja”. Bini saya kata “boleh saja” sambil tersenyum.
Tahun pertama kahwin. Setiap hari saya bawa bekal ke office. Dan setiap kali tu juga, bila keluar makan dengan kawan-kawan, saya tak kisah menjinjit beg makanan dan makan bersama-sama dengan mereka.
Tahun seterusnya, saya dikurniakan cahaya mata. Rezeki. Pertambahan ahli keluarga membuatkan kehidupan kami menjadi semakin utuh. Tapi sedikit sebanyak ia telah mengambil masa bini untuk melebihkan masa di dapur.
Kalau dulu, bini akan habiskan masa yang agak lama di dapur. Setiap hari dia akan mencuba resepi-resepi baru. Malah ada jua satu ketika, pelbagai lauk dimasak walhal kami berdua je yang makan.
Bila ada anak, masa di dapur menjadi semakin kejap. Kadang-kala, tak sampai beberapa minit ke dapur, dia sudah kembali ke dalam bilik untuk menyusukan anak, lepas tu saya ambil alih, dia bersihkan diri dan terus solat. Itu belum cerita anak menangis ketika dia baru pegang kuali. Kagum betul saya. Tak pernah dia tinggal tanggungjawab sebagai seorang isteri. Ajaibnya, masakan dia masih rasa yang sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Sedap!
Tapi ada juga bila hari yang dia cuti, saya kerja. Bila saya balik kerja, dia akan cakap “Hari ni saya tak makan lagi. Anak tak boleh tinggal. Asyik menangis je nak berteman”. Tanpa banyak soal, saya minta dia bersiap, start kereta dan bawa saja ke mana tempat dia mahu makan.
Besar tanggungjawab seorang isteri. Pengorbanan melahirkan anak sudah cukup besar, belum lagi dia berusaha yang terbaik memberikan untuk si suami.
Sebagai suami, buatlah yang terbaik untuk isteri. Walaupun dengan sekadar mengurutkan kaki ketika dia mengeluh kepenatan, dan meminjamkan telinga ketika dia cuba meluahkan setiap masalah yang dihadapi di pejabat.
Dan mengucapkan terima kasih untuk setiap hidangan dan mengatakan “sedap awak masak” juga mampu mengurangkan sedikit kepenatan yang dia lalui.
Benar. Kita pada akhirnya, akan bersama kelak dengan orang yang kita sayang. Dan kita masih punya masa lagi untuk belajar lebih menghargai antara satu sama lain.
Kredit: Syafiq Ridhwan
**Teringin nak dapatkan set periuk yang berkualiti pada harga berbaloi, klik sini
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Syukur masih selamat! Pastinya kejadian culik yang berlaku kepada seorang pelajar perempuan ini memberi trauma padanya walaupun berjaya menyelamatkan diri ketika sudah dibawa lari hampir 400 meter dari sekolah.
Menerusi laporan Astro Awani, pelajar perempuan itu berjaya menyelamatkan diri dalam cubaan culik selepas dilarikan lelaki menaiki Perodua Kancil di hadapan sekolahnya di Taman Molek, Johor Jaya di sini, pagi Khamis (25 November).
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, dalam kejadian jam 6.50 pagi itu, mangsa yang berusia 13 tahun dihampiri suspek tidak dikenali selepas turun dari van sekolah.
Katanya lelaki tempatan itu dipercayai menghampiri pelajar berkenaan dengan menaiki kereta sebelum berpura-pura meminta bantuan mangsa menghantar satu borang ke sekolah.
“Mangsa diminta untuk masuk ke dalam kereta suspek namun dia enggan. Suspek kemudian menarik mangsa masuk ke dalam kereta itu.
“Mangsa kemudian dibawa lari. Bagaimanapun, dia berjaya melepaskan diri selepas kira-kira 400 meter dari lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Mohd Sohaimi, mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan kemudian meminta bantuan orang awam.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan polis sedang giat mengesan suspek,” katanya.
Difahamkan, siasatan mendapati kejadian berlaku selepas pelajar perempuan itu sedang berjalan kaki untuk masuk ke kawasan sekolah.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.