Bukan semua daripada kita yakin untuk mencuba beraneka jenis kuih muih. Ada juga yang sudah mencuba tetapi hasilnya tidak menjadi, sudahnya mula rasa tidak yakin untuk mencuba semula. Donat antara kuih yang sering membuatkan kita tidak yakin untuk mencuba kerana melibatkan bancuhan yis dan inilah yang membuatkan kita merasa sukar.
Sebenarnya hendak menghasilkan donat lembut dan gebu untuk anak-anak tidaklah sesukar mana. Bagi yang tidak yakin untuk mencuba, donat lembut gebu yang dikongsikan oleh Zara Azmira ini boleh dicuba. Langkah yang dikongsikannya nampak mudah. Jadi jangan takut untuk mencuba. Jom cuba!
Menonton televisyen bersama keluarga di petang hari terasa kurang lengkapnya tanpa kudapan yang dikongsikan bersama. Bosan dengan kerepek, kacang dan sebagainya, apa kata mama sediakan sebalang biskut coklat chip rangup buat anak-anak sebagai kudapan.
Biskut coklat chip yang disediakan oleh Pn Nazura Hamidi ini cukup ringkas sehingga mendapat perkongsian yang tinggi di facebook. Mana tidaknya, hanya campurkan semua bahan dan kacau dengan senduk sahaja, biskut siap tersedia dan rangup. Mama wajib cuba!
Biskut kuarantin namanya. Duduk umah tak ada buat apa, kita buat biskut campak-campak je.
Bahan-bahan:
1 ¹/² cawan tepung gandum
¹/² sudu kecil soda bikabonat
¹/² buku buttercup
Secubit garam
1 biji telur
1 cawan Choc chip
Esen vanila
1 cawan gula perang
Campurkan semua bahan dan kacau guna senduk je.
Gunakan sudu dan bentukkan adunan dengan saiz kecil.
Bakar dengan suhu 160° (api atas bawah) selama 20 ke 25 minit.
Siap!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berbanding kek atau puding, salah satu manisan yang paling mudah hendak disediakan adalah Cheesekut yang satu ketika dulu pernah viral.
Dah lama tak buat, apa kata kali ini kita main susun-susun biskut untuk buat cheesekut paling mudah dan sedap. Resipi perkongsian Superdaddy, Khairul Abdullah ni rugi kalau tak cuba.
Bagi nubis yang belum pernah kenal apa itu cheesekut, nah kau tataplah ni. Bagi yang pernah buat, korang mesti dah lama tak buat kan? Dulu ni kemain lagi, maklumlah tengah viral. Sekarang ni asyik pengat pisang jer.
Dah, esok kau cari bahan dan buat. Benda mudah jer ni.
Bahan-bahan nak kena ada: 250gm Cream Cheese – lagi mahal lagi sedap. 75gm Butter – sama juga yang mahal sedap woihh. 1/2 cawan gula – cap apa pun tak apa 1 pek Cream Cracker – Hup Seng Cap Ping Pong paling sedap. 2 cawan susu – segar boleh full cream boleh, untuk rendaman biskut nanti. 1/2 cawan Nestum – biasa boleh madu pun sedap. Sedikit serbuk Milo – serbuk koko tak main okeh. Susu Pekat atau Sos Karamel
1. Masukkan cream cheese, butter dan gula di dalam bekas dan pukul sehingga sebati, bukan sampai mati ye. Diulang, sebati, lagi sekali, sebati.
2. Lapik aluminium foil dalam bekas atau loyang. Rendam biskut dalam susu (jangan sampai lembik) dan susun di dalam loyang/bekas tadi. Susu ni jangan baru keluar dari peti, bila sejuk dia susah nak serap masuk dalam biskut. Biarkan pada suhu bilik.
3. Susun cantik, cantik macam kau susun lipat baju tu. Ruang kecil kau potong biskut tu. Tengok kekemasan macam aku buat. Dah ler kacak, rajin dan kemas pulak tu.
4. Sapukan sebatian cream cheese tadi sehingga rata. Jangan terlalu tebal. Senipis kulit bawang sudah memadai.
5. Kemudian tuangkan susu pekat, atau sos karamel sebenarnya paling padu kalau ada, dilayangkan agar nipis untuk melekatkan serbuk nestum dan milo. Nak tabur nestum dan milo dulu pun boleh kemudian susu atau karamel. Ikut suka, jangan pening-pening.
6. Ulang langkah tersebut sehingga habis cream cheese. Mungkin dapat diantara 4-6 lapisan. Bergantung kepada tahap kenipisan cream cheese yang disapu.
Masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit atau lebih dan barulah keluarkan dan potong ikut suka hati. Hidang ketika sejuk tau.
Siap.
Setelah banyak kali buat kek atau cheesekut ni aku dapati amat sedap sekiranya diletakkan sos karamel di setiap lapisan dan ditabur dengan serbuk nestum. Tak caya cubalah.
Nikmatilah ia bersama orang tersayang. Kalau kau single dan takde kesayangan, kesian pulak kan. Jadi kau ajaklah kawan kau atau ajak aku pun ok jugak.
Tapi ingat, makan sorang sepotong jer tau, yang lain kau bagi jiran. Tak elok makan banyak. Kau tu dah cukup manis.
Pengat durian mungkin sudah biasa namun bila disekalikan dengan bebola durian di dalamnya, pengat durian jadi lagi sedap dan nikmat.
Idea kreatif yang dikongsikan oleh En Shah Shatry ini memang awesome. Lagi sedap dan nikmat rasanya.
Kelmarin kawan saya ada share resepi nie suruh saya buat memandangkan la ni musim durian. Hari nia apa lagi, kita pun try la buat. MasyaAllah, sedap teramat-amat sangat. Memang tak mengecewakan. Bila bebola tu masuk ja dalam mulut sekali dengan kuah pengat tu, Ya Allah, tak dapat nak di gambarkan dengan kata-kata.
Kenyal-kenyal bebola tu bila di gigit, dengan manis lemak kuah pengat durian tu. Fuhhhh, habis sepinggan. Makan panas², time² hujan nie. Nikmat tu laaaa. Dapat la sejenis menu untuk minum petang hari ni.
Saya ada share resepi cara nak buatnya di setiap gambaq. Kalau anda ada beli durian banyak, tak larat nak makan, saya syorkan try la buat PENGAT BEBOLA DURIAN ni.
Bahan Bebola):
Isi durian dalam anggaran 2 cawan ( letak banyak lagi sedap)
Tepung pulut
Masukkan isi durian & tepung pulut di dalam bekas. Uli adunan sampai dapat doh yang tak lekat di tangan. Macam kita buat kuih onde-onde tu.
Jangan sesekali letak air ye, lembut @ keras adunan tu bergantung pada isi durian tu.
Sukatan tepung tu saya pakai agak-agak ja. Tuang sikit-sikit sampai la dapat doh yang tak lekat di tangan.
Kemudian bulat-bulatkan doh sebesar bola ping pong. Macam kita buat kuih buah melaka @ onde² tu.
Sambil-sambil bulatkan adunan tu, bleh lah didihkan air di dalam periuk. Bila air dah menidih, masukkan adunan yang di bulat-bulatkan tadi. Rebus sampai timbul di atas permukaan.
Sediakan sebekas air yang berisi dengan ketul ais. Angkat bebola yang timbul di atas permukaan tadi terus masukkan ke dalam bekas yang berisi air ais tadi. Ni bertujuan untuk menghentikan proses memasak bebola tu tadi. Bila dah sejuk, angkat & sejatkan.
Bahan-bahan membuat kuah PENGAT DURIAN:
Isi durian (anggaran dalam sebiji durian – bertujuan untuk nak dapatkan rasa & bau durian dalam kuah tu )
Santan cair
Santan pekat
Sagu (di rendam sehingga kembang)
Gula
Garam
Daun pandan
Masukkan santan cair di dalam periuk beserta isi durian & daun pandan. Masak sehingga isi durian keluar dari biji tu.
Bila dah mendidih, masukkan sagu yang dah di rendam terlebih dahulu.
Bila sagu dah nampak jernih, terus masukkan santan pekat, gula & garam. Rasakan sehingga mendapat citarasa yang anda inginkan iaitu manis & lemak kuah tu.
Bila kuah pengat tu dah dapat citarasa yang anda mahu, terus masukkan bebola yang anda buat & rebus tadi.
Bila dah mendidih, padamkan api & boleh la makan.
Siappp. Tunggu apa lagi, boleh la makan. Makan panas-panas sedap @ masukkan sat dalam peti ais, makan sejuk-sejuk. Fuhhhh, nikmat!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!