Apa menu untuk moreh anda bersama anak-anak malam ini? Nak cuba sesuatu yang baru, jom cuba Creme Brulee Ala Kayangan superb ni. Creme Brulee yang selalunya kita jumpa di majlis-majlis keraian istimewa atau pun hidangan di hotel ini rupanya cukup senang hendak disediakan. Bagi yang teramat suka tetapi tidak tahu cara nak sediakannya, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Lina Thomas ini.

Rupanya nak sediakan creme brulee ini tidaklah sesukar mana. Senang saja nak disediakan. Jom cuba!

Resipi wajib cuba: Cuba Kuih Lapis Labu Gedik Ni Pula, Warna Cantik, Sedap Berlemak, Nak Buat Pun Senang Je!

Layan Moreh Dengan Creme Brulee Ala Kayangan, Senang Sangat Nak Buat Ni!


Salam 10 Ramadan dari kejauhan. Menu dessert buka puasa kami hari ini – Creme Brulee ala Kayangan.

Bahannya:
3/4 cawan susu segar
1 1/2 cawan heavy whipping cream
3/4 cawan gula
8 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
7 sudu teh gula, untuk topping
Air mendidih untuk “water bath”

IKLAN

 

Panaskan oven ke (160C) 325F. Susun 7 ramekins kecil dalam loyang pembakar.

Masak susu dan heavy whipping cream hingga mendidih. Masukkan esen vanilla. Biar kan suam sebentar, ketepikan.

Layan Moreh Dengan Creme Brulee Ala Kayangan, Senang Sangat Nak Buat Ni!

IKLAN

Pukul telur, kuning telur dengan gula. Jangan sampai berbuih. Masukkan adunan telur sedikit demi sedikit dalam adunan susu dan kacau sebati. Tapiskan ke dalam bekas remekins. Bahagikan campuran sama rata. Susun di dalam loyang pembakar.

Masukkan loyang pembakar ke dalam oven, dan tuangkan air mendidih ke dalam periuk di sekeliling ramekins. (water bath)

Bakar selama 55 – 60 minit.

IKLAN

Biarkan dia dalam oven selama 20 minit. Hati-hati keluarkan dari oven dan sejukkan kira-kira 30 minit sebelum disimpan dalam chiller. Tutup dengan plastik cling.

Layan Moreh Dengan Creme Brulee Ala Kayangan, Senang Sangat Nak Buat Ni!

Note:
Custard ni boleh disediakan sehari lebih awal atau awal pagi dan sejuk kan dalam chiller.

Untuk topping:
Taburkan kira-kira satu sudu teh gula ke bahagian atas setiap custard di permukaan custard. Bakar dalam oven guna “broiler” 3 – 5 sehingga gula bertukar keperangan. Siap dan boleh di hidangan kan.

Resipi wajib cuba: Coklat Cadbury Gantikan Coklat Masakan Biskut Badam Ni Lagi Sedap, Awesome!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI