Tak Yakin Nak Cuba, Ini Step By Step Buat Kuih Lopes Paling Mudah, Wangi & Sedap!

Share

Kuih lopes antara kuih wajib sepanjang bulan puasa ini. Malah kuih yang satu ini menjadi menu tradisi keluarga turun temurun ketika berpuasa. Walaupun mudah, namun kuih lopes sering dianggap sukar sedangkan hakikatnya cara hendak membuatnya cukuplah mudah.

Rasa tidak yakin untuk mencuba? Resipi langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Sally Aqua ini cukup lengkap untuk anda ikuti. Confirm jadi. Jadi jom kita cuba!

Resipi wajib cuba: Resipi Cookies Ala Famous Amos Krup Krap Rangup, Makan Sebalang Tak Perasan!


Bahan-bahan:
Pulut secukupnya
Daun pandan -blend ambil airnya.
Pewarna hijau
Kelapa parut
Sedikit garam

Air gula:
Gula merah
Gula pasir


Malas nak buat air pandan, letak pewarna aja.

Guna beras pulut susu pun boleh.

Masuk daun padan bagi wangi.

Masukkan minyak sikit.

Tanak bagi lembik sikit. Kalau pulut 2 cawan, air 2.5 cawan. Tanak sampai masak elok.

Prepare air gula. Masak sampai pekat.

Prepare kelapa parut.

Masa pulut tengah suam-suam tu, tekan dalam tupperware.

Tebal agak-agak nak tebal macam mana.

Ambil cawan plastik dan tekap.

Angkat dan gaul dalam kelapa.

Siap!

Resipi wajib cuba: Sos Butterscotch Homemade Ala Kampung Untuk Moreh, Senangnya Nak Buat!

IKLAN