Tali pusat adalah saluran kehidupan bagi janin semasa dalam kandungan. Tali pusat bayi baru lahir berwarna putih kebiru-biruan. Setelah bayi dilahirkan, doktor akan menyepit dan memotong tali pusat itu.
Di tempat tali pusat melekat ke perut pula, terdapat baki atau tunggl yang tertinggal sepanjang 2cm hingga ke 3cm. Dibahagian tali pusat yang dipotong, doktor akan meletakkan penyepit plastik di bahagian hujungnya. Tunggul tali pusat bayi akan gugur sendiri lebih kurang seminggu selepas bayi dilahirkan. Ada juga sesetengah kes, bayi akan mengambil masa sehingga 10 hari sebelum tali pusatnya tertanggal. Dalam pada itu, akan ada luka kecil di bahagian tunggul pusat, tetapi anda tidak perlu risau kerana bahagian tersebut akan pulih dan menjadi pusat bayi anda.
Fungsi Tali Pusat Dalam Kandungan
Ads
Membekalkan nutrisi dan oksigen.
Membawa bekalan zat untuk bayi.
Tanda-Tanda Jangkitan
Tali pusat dan dibahagian tunggul pusat berbau busuk.
Ada cecair kuning seperti nanah keluar dari tali pusat.
Bahagian pusat bayi kelihatan merah dan kelilingnya lebih lembut dari biasa.
Bayi diserang demam panas
Bayi kelihatan lesu.
Bayi tiada selera untuk menyusu
Cara Bersihkan Tali Pusat Bayi
Ads
Bahan-bahan:
Bekas air
Putik Kapas
Alkohol swap atau spirit
Kapas
Ads
Cara Bersihkan:
Bersihkan tangan sehingga bersih. Amalkan setiapkali sentuh bayi, cuci tangan terlebih dahulu. Tangan adalah anggota yang paling banyak kuman, jadi apabila tangan sentiasa bersih, penyakit pun dapat dielakkan daripada menjangkiti bayi.
Keringkan terlebih dahulu bahagian pusat bayi dan disekelilingnya dengan cara anginkan atau lap dengan kapas atau putik kapas. Jangan gunakan tuala untuk mengelakkan habuk atau bulu tuala melekat di pusat bayi.
Lap tali pusat bayi dengan menggunakan cecair spirit yang diberikan oleh doktor. Letakkan di atas kapas dan lap sekitar pusat termasuklah sepit yang digunakan untuk menyepit tali pusatnya.
Sapu seluruh pangkal pusat dan hujung pusat. Fungsi antiseptik ini adalah hendak membunuh bakteria yang melekat.
Sumber: women online magazine
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kita kerap mendengar istilah ‘bayi tertelan najis’ ketika dalam proses kelahiran atau dipanggil Sindrom Aspirasi Mekonium. Apakah keadaan yang sebenarnya berlaku?
Pada pagi itu, Anis (bukan nama sebenar)yang sudah melepasi dua hari daripada tarikh jangkaan bersalin melihat ada kesan air tanpa bau pada seluar dalamnya. Dia fikir itu adalah air kencing. Tetapi apabila diperhatikan ia sangat jernih dan tidak berbau hancing, membuatnya terfikir ia adalah lelehan air ketuban.
Kontraksi yang dirasai tidak terlalu kuat dan kesibukan di pejabat menyebabkan Anis berlengah untuk ke hospital. Sehinggalah pada tengah hari, air yang jernih tadi mula bertukar warna dan ada kepingan warna hijau di dalamnya. Maka dia terus bergegas ke hospital dan doktor menyarankan supaya dia segera melahirkan bayi menerusi pembedahan untuk mengelakkan bayi tertelan najis sendiri atau dipanggil Sindrom Aspirasi Mekonium.
Kita kerap mendengar istilah ‘bayi tertelan najis’ ketika dalam proses kelahiran atau dipanggil Sindrom Aspirasi Mekonium. Apakah keadaan yang sebenarnya berlaku? Menurut Dr Siti Aishah Daud, Pakar Obstetrik & Ginekologi Subang Jaya Medical Centre, Sindrom Aspirasi Mekonium merujuk kepada masalah pernafasan bayi. Ia sama ada disebabkan oleh bayi membuang najis dalam kandungan dan menyebabkan ia memasuki paru-paru.
Mekonium ialah najis berwarna hijau kegelapan yang dihasilkan oleh saluran gastrousus janin sebelum lahir. Ia terdiri dari sel epitilial usus, lanugo, mukus, air ketuban, hempedu dan air. Ia pekat dan melekit seperti tar. Pada kebiasaannya mekonium akan berada di dalam usus sehingga lahir. Selepas lahir bayi akan mengeluarkan mekonium selama beberapa hari dan diikuti oleh najis biasa yang berwarna kekuningan.
Tetapi dalam kes tertentu, bayi telah membuang air besar ketika di dalam kandungan lagi. Kebanyakan kes terjadi kepada bayi yang ‘stres’ (fetal distress) akibat oleh kekurangan darah atau oksigen. Lazimnya, ia disebabkan oleh masalah fungsi plasenta atau uri. Tetapi ada juga yang terjadi secara rawak tanpa sebab seperti kes Anis di mana bayinya tidak stres atau tertekan tetapi sudah melewati tarikh jangkaan bersalin.
BAYI TERTELAN MEKONIUM
Apabila mekonium dikeluarkan dan terbebas ke dalam air ketuban, ia kemudiannya akan disedut atau ditelan oleh bayi ke dalam paru-parunya. Hal ini juga akan menyebabkan tubuh bayi diselaputi najis dan menyumbat saluran pernafasan bayi selepas dilahirkan.
Pasukan yang merawat akan segera merawat bayi yang mengalami sindrom ini. Sejurus selepas dilahirkan, pasukan perubatan akan bertindak pantas dengan menyedut mulut, hidung dan tekak bayi untuk mengeluarkan mekonium jika bayi dalam keadaan lemah, tidak bernafas dan diselaputi mekonium. Mereka kemudiannya dirawat dengan antibiotik jika terdapat risiko jangkitan yang tinggi dan diberikan bantuan sampingan dengan oksigen juga akan diberi jika diperlukan. Bayi yang diberi alat bantuan pernafasan akan dipantau untuk mengelakkan sebarang komplikasi seperti pneumothorax atau PPHN.
SIAPA YANG BERISIKO?
Ibu yang berisiko menyebabkan bayi mengalami stres sehingga membuang najis ketika dalam kandungan
Kehamilan melebihi tarikh jangkaan 40 minggu menyebabkan uri tidak berfungsi baik. Kandungan yang melewati 40 minggu boleh menyebabkan uri `lebih matang’. Uri adalah organ yang memberi khasiat dan oksigen kepada janin di dalam rahim. Apabila uri matang, ia tidak dapat memberi oksigen secukupnya kepada janin. Air ketuban juga pada waktu ini juga akan berkurangan dan menyebabkan kandungan mekonium menjadi pekat. Oleh itu sindrom ini lebih kerap terjadi kepada kandungan yang ‘lebih hari’ (past due) berbanding dengan bayi pramatang atau cukup bulan.
KESAN TERTELAN NAJIS KEPADA BAYI
Sindrom ini boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kepada bayi. Antaranya ialah;
USAHA UNTUK MENGELAKKANNYA
Memang ia tidak boleh dielakkan tetapi sekurang-kurangnya ibu boleh mengambil langkah berjaga-jaga. Tidakterhad kepada golongan yang berisiko sahaja. Bagi ibu yang disenaraikan berisiko tinggi, mereka perlu sentiasa berwaspada dan melihat sekiranya terdapat lelehan air ketuban bermula dari minggu ke-34 kehamilan.
Selain itu, segera mendapatkan rawatan dan nasihat daripada doktor pakar sekiranya merasakan ciri-ciri bayi stres seperti bayi kurang bergerak, pendarahan, perut berasa senak dan kejang, tekanan darah naik serta kenaikan berat badan secara tiba-tiba.
Bagi mengurangkan risiko terjadinya Sindrom Aspirasi Mekonium, proses kelahiran perlu dipendekkan lebih-lebih lagi bagi bayi yang sudah stres di dalam kandungan. Kerjasama ibu dan pasangan menerima cadangan doktor untuk melahirkan menerusi pembedahan atau menggunakan alat bantu dapat mengurangkan masa kelahiran dan seterusnya mengelakkan terjadinya sindrom ini.
INFO: Kira-kira 5 % sahaja bayi yang membuang najis dalam kandungan akan mengalami Sindrom Aspirasi Mekonium. Bayi yang awalnya mengalami pernafasan laju akan mula bernafas secara semula jadi selepas empat hari. Sindrom ini jarang menyebabkan kerosakan kepada paru-paru.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebanyakkan bayi yang menyusu sepenuhnya dengan susu ibu akan menyusu sekurang-kurangnya lapan hingga 12 kali sehari. Bergantung kepada bayi, ada yang menyusu dengan lebih kerap pada siang hari. Ada juga yang menyusu dengan lebih lama pada waktu malam.
Kebiassaanya bayi menyusu 15-20 minit setiap kali tempoh penyusuan. Ini hanyalah anggaran penyusuan yang biasa dilakukan bayi di awal kelahiran. Corak penyusuan bayi berbeza.
Jika berat badan bayi berada di bawah paras yang sepatutnya, ibu bapa harus menganalisa semula corak pembuangan bayi, kekerapan penyusuan dan pelengkap yang betul bagi memastikan dia mendapat susu secukupnya. Jika kesemuanya baik. Ibu bapa tidak perlu risau.
Ibu bapa boleh mempraktikkan cara-cara berikut bagi meningkatkan kembali berat badannya. Perlu diingatkan bahawa pengambilan makanan yang berlemak oleh ibu tidak akan mempengaruhi berat badan bayi. Ikuti Perkongsian dari pakar Laktasi, Puan Ratzuraini Rahim;
Menyusu sekurang-kurangnya 2 jam sekali sepanjang hari dan pada waktu malam. Pastikan bayi menyusu dengan lebih kerap pada waktu malam kerana pada ketika itu, paras hormone prolactin adalah lebih tinggi dan penghasilan susu akhir (hindmilk) yang kaya dengan lemak dapat membantu pertambahan berat bayi
Jangan tukar payu dara dengan segera sebelum bayi mendapatkan hindmilk yang kaya dengan lemak penting untuk tumbesaran bayi. Bagi bayi yang mempunyai masalah kurang berat badan, puan boleh mengepam dahulu susu awal (foremilk) dan disimpan supaya semasa sesi penyusuan, bayi dapat lebih banyak hindmilk.
Banyakkan sentuhan kulit ke kulit apabila menyusukan bayi. Ia dapat menghilangkan stress dan mengeratkan hubungan anda berdua. Sentuhan kulit ke kulit juga dapat membantu meningkatkan berat badan bayi. Gunakan penggendong bayi untuk memudahkan sesi sentuhan kulit ke kulit.
Dalam usaha menambah berat badan bayi, adalah lebih baik jika bayi menyusu dengan lebih lama di kedua-dua belah payudara. Jika dia sudah menyusu pada sebelah payudara dan tidak mahu menyusu lagi, cuba usap bayi dan sendawakan dahulu sebelum cuba untuk menawarkan payudara satu lagi.
Urut payudara perlahan-lahan ketika menyusu ia dapat membantu hindmilk yang kaya dengan kalori dikeluarkan dengan lebih efektif. Gunakan sebelah tangan untuk melakukan urutan perlahan-lahan dengan pergerakan ke bawah agar susu mengalir ke ductus dan seterusnya ke puting.
Urutan bayi secara konsisten setiap hari dapat membantu pertambahan berat badan dan penghadaman bayi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada tak dari keluarga anda yang mengalami Retinitis Pigmentosa (RP)? Tahukah anda bahawa penyakit ini merupakan salah satu penyakit keturunan? Apabila penglihatan semakin merosot, pesakit tersebut akan diklasrifikasikan sebagai penglihatan terhad dan layak mendapat kad OKU. Pemegang kad OKU layak mendapat insentif bantuan alat bantu penglihatan, kemudahan rawatan dan rehabilitasi.
Penilaian awal seperti tahap penglihatan dan medan penglihatan akan dinilai terlebih dahulu oleh optometris dan oftalmologis. Peringkat awal pesakit masih mampu menjalani kehidupan seperti biasa, namun kemerosotan penglihatan menyebabkan penglihatan menjadi terhad dan seterusnya menggangu aktiviti harian.
Simptom utama bagi pesakit ini rabun malam yang keterlaluan serta kabur penglihatan. Jika pesakit ini keluar dari bilik gelap ke bilik yang terang, respon yang lambat untuk kembalikan penglihatan terang kerana kegagalan fotoreseptor rod dan kon.
Satu lagi contoh pandangan hadapan individual normal dan individu yang menghidap retinitis pigmentosa:
Penyakit keturunan ini boleh dikesan pada usia kanak Dan pada umur dewasa ( late onset) Ia diwarisi kepada anak anak jika bapa adalah penghidap Dan ibu adalah pembawa. Di anggarkan 1 daripada 5000 penduduk adalah penghidap RP. Setiap generasi berisiko mendapat penyakit RP.
Selain itu, perubahan yang berlaku di belakang mata, boleh di kesan melalui pemeriksaan kamera fundus, bintik bintik hitam yang kelihatan menunjukkan kawasan pigment yang terjejas , keadaan ini dinamakan bone spicule. Boleh lihat gambar contoh di bawah:
Penyakit RP adalah penyakit mata yang progresif. Penglihatan akan menjadi buta secara perlahan Dan tidak di rasai. Ini disebabkan berlakunya degenerasi sel retina yg terdiri daripada fotoreseptor rod dan Kon. Fungsi fotoreseptor ini menghantar imej visual dari mata ke otak.