Anak kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Talita melecur di bahagian pipi dan pergelangan tangannya akibat terkena minyak panas ketika membantu ibunya, Watie di dapur.
Menerusi Instagramnya, Watie berkongsi beberapa gambar Talita yang melecur teruk. Malah kata Watie menerusi kapsyennya, kesemua anak-anaknya memang suka ke dapur untuk mencuba sendiri resipi walaupun dia pada awalnya kurang bersetuju bila anak-anak masuk ke dapur.
“Kejadian malam tadi. Anak-anak mummy ni semuanya rajin ke dapur. Semuanya suka memasak…suka try resepi itu ini.
“Tapi sebabkan ni lah yang buat Mummy jarang nak bagi anak-anak tolong Mummy masak. Paling-paling Mummy suruh tolong Mummy basuh pinggan je,” kongsinya.
Ads
Tambahnya lagi, dia menjadi cemas bila Talita meraung kesakitan malah menggeletar dan tidak tahu hendak bertindak bagaimana.
“Dengar Talita meraung Mummy pun jadi panik, menggeletar sekali tak tahu nak buat apa dulu.
“Tapi dalam pada dia meraung, menangis tu mulut dia tak henti-henti tanya, Talita ada buat dosa dengan Mummy ke, Talita ada buat dosa dgn Daddy ke?
Ads
“Bila dengar dia cakap mcmtu Mummy rasa bab ni dia sebiji macam perangai Mummy,” katanya lagi.
Dalam pada itu Watie turut memohon doa semua agar Talita lekas sembuh malah turut meminta pengikutnya beberapa tip untuk merawat lecuran itu.
Ads
“Doakan Talita cepat sembuh & kalau korang ada tips terkena minyak panas, jangan lupa share dengan Mummy ok,” tambahnya lagi.
“Walaupun saya dah larang, dia tetap nak ikut sebab dia bosan duduk rumah seorang. Mungkin itu permintaan terakhir dia untuk rasa naik lori dengan saya.” Itulah luahan hati Syed Mohamad Asyraf Syed Shamsuddin, 24, suami kepada Allahyarham Suhaili Abdul Razak, 28, yang maut dalam kemalangan melibatkan lori ais dan treler di Jalan Ipoh-Kampar, berhampiran Kampung Pulai, Gopeng, pagi tadi.
Memetik laporan Harian Metro, Syed Mohamad Asyraf, yang memandu lori tersebut, hanya mengalami cedera ringan di tangan kanan. Menurutnya, kadang-kadang Suhaili akan menemani beliau menghantar bekalan ais ke kedai-kedai pada awal pagi, terutama sekali pada hari cuti atau hujung minggu, kerana isterinya bekerja sebagai tukang masak di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lahat, Ipoh.
Dia berkata, lebih menyayat hati kerana semalam merupakan hari ulang tahun kelahiran isterinya. Malah, mereka sempat meraikannya malam tadi, di mana dia menghadiahkan dua helai tudung kepada arwah.
“Kami sambut kecil-kecilan di rumah kami di Pengkalan (Lahat, Ipoh) malam tadi,” katanya.
“Sebelum ini, arwah pernah ikut saya bawa lori, tapi hari ini terasa lain. Biasanya, dia akan berjaga dari awal dan hanya tidur dalam lori bila hari mula cerah sekitar pukul 7 pagi.
“Tapi hari ini, dari mula naik lori lagi dia kelihatan letih dan terus tidur. Tak seperti selalu,” katanya ketika ditemui di pengebumian arwah di Tanah Perkuburan Islam Kampar.
Menceritakan detik sejurus pelanggaran itu, kata Syed Mohamad Asyraf, isterinya terjaga daripada tidur kerana terkejut apabila dia cuba membelokkan lori ke kanan dan sempat memanggilnya dengan panggilan mesra ‘Abi’.
“Allah SWT lebih sayangkannya. Kami berkahwin pada November tahun lalu dan dia isteri yang baik dan taat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, nahas sekitar jam 5 pagi itu berlaku apabila lori ais dipandu Syed Mohamad Asyraf melanggar belakang treler yang berhenti di laluan kecemasan.
“Akibatnya, mangsa yang berada di tempat duduk kelindan meninggal dunia di lokasi.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Murid tahun 1 dirai dengan maskot Bumblebee, Optimus Prime, terus hilang rasa berdebar. Murid tahun 1 sudah mula menjejakkan kaki ke sekolah. Mungkin ada yang sudah biasa dengan suasana di sekolah namun tidak kurang juga yang berasa asing bila berada di sekolah.
Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Perai meriah apabila murid-murid yang memulakan sesi persekolahan bagi sesi 2025/2026 termasuk Tahun 1 disambut oleh maskot gergasi Bumblebee dan Optimus Prime, watak popular daripada siri filem Transformers.
Dengan ketinggian hampir tiga meter, kedua-dua maskot tersebut menarik perhatian bukan sahaja dalam kalangan murid malah ibu bapa serta guru yang hadir mengiringi anak-anak mereka untuk sesi persekolahan pertama tahun ini.
Menurut Guru Besar SK Kuala Perai, Aini Najwa Othman, idea tersebut tercetus bagi mengurangkan rasa cemas dan takut dalam kalangan murid-murid baharu yang pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah.
“Kami memahami bahawa hari pertama sekolah boleh menjadi satu pengalaman yang mendebarkan bagi murid-murid Tahun 1.
“Oleh itu, pihak sekolah ingin melakukan sesuatu yang berbeza, sesuatu yang boleh membuatkan mereka teruja dan gembira untuk memulakan perjalanan baharu ini.
“Usaha ini juga sebagai peniup semangat kepada murid-murid sekolah terutamanya prasekolah dan Tahun 1. Kedua-dua maskot robot dan Sang Kancil akan berada di sini selama dua jam,” katanya ketika ditemui di pekarangan sekolah di sini pada Isnin.
Beliau berkata, SK Kuala Perai menerima 46 murid Tahun 1 dan lebih 40 murid prasekolah bagi sesi 2025/2026.
Dalam pada itu, ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka turut memuji usaha pihak sekolah dalam menceriakan hari pertama persekolahan.
Muhammad Daniel Abdullah, 33, berkata, dia berasa lega apabila raut wajah anaknya bertukar ceria selepas ternampak dua maskot robot di hadapan sekolah.
“Saya memang risau sebab anak saya prasekolah, jadi ini kali pertama dia masuk sekolah. Tadi di rumah, muka dia nampak risau, takut. Saya pun risau anak saya menangis selepas sampai di sekolah.
“Tetapi apabila sampai depan sekolah, raut muka dia dah berubah. Dia nampak seronok dan tidak menangis selepas masuk ke kawasan sekolah. Lega saya. Bagus sekolah buat usaha ini,” katanya.
Pekerja kilang, Zan Azriani Rahim, 36, berkata, usaha sekolah dengan membawa dua maskot robot di hadapan sekolah adalah tindakan bijak.
“Saya puji dengan usaha ini, murid-murid jadi semangat nak masuk sekolah terutamanya murid Tahun 1 seperti anak saya.
“Mereka lupa dengan perasaan gementar untuk mengikuti alam persekolahan,” katanya.
Suri rumah, Saforah Awang, 31, berkata, dia berharap agar pihak sekolah meneruskan usaha seperti ini dalam memberi semangat kepada murid-murid untuk datang ke sekolah.
“Usaha ini wajar diteruskan, bukan saja murid-murid malah kami sebagai ibu bapa pun seronok tengok anak-anak gembira masuk sekolah,” katanya.
Sekejap saja masa berlalu, tahu-tahu anak dah membesar. Rasanya seperti baru semalam kita dukung mereka, berikan susu dan uruskan segala keperluan anak, tiba-tiba hari ni dan boleh buat semua sendiri.
Biarpun begitu, mereka akan tetap menjadi ‘anak kecil’ kita sampai bila-bila. Begitulah kasih sayang ibu ayah pada anak-anak kan?
Begitu juga dengan Achey dan isterinya yang telah membesarkan anak angkat mereka, Nur Tiara Zinnirah dengan baik sekali.
Melalui akaun Instagramnya, Achey telah berkongsi foto dirinya bersama Tiara beserta ucapan tahniah yang ditulis oleh isterinya, Anne.
“Tahniah kakak, semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat. Aminn. Tiba-tiba mama rasa sebak, kejap je masa berlalu, anak mama makin besar.”
Warganet turut meninggalkan komen memberi kata-kata semangat buat si comel Tiara;
Kebijaksanaan seseorang bukan hanya diukur melalui pencapaian akademik tetapi lebih dari itu. Pandai membawa diri, menghormati orang lain dan sentiasa menyebarkan aura positif kepada orang lain juga menunjukkan kita orang yang cerdik.
Melihat Tiara, dia seorang anak yang sangat baik dan sentiasa membawa bahagia dalam kehidupan Achey dan Anne. Semoga dia akan membesar dengan baik dan akan terus membanggakan kedua orang tuanya.