Tak lama lagi anak bakal masuk ke sekolah. Pelbagai persiapan pastinya sudah dilakukan antaranya membeli pakai sekolah, peralatan sekolah dan sebagainya.
Namun salah satu kerja yang agak remeh adalah menjahit nama dan lencana sekolah anak-anak. Memang renyah jika anak ada lebih dari sepasang baju! Sebenarnya ada cara yang boleh memudahkan kerja para ibu tau.
Cara ini dikongsi oleh Norhasnita Mohd Anuar. Beliau menggunakan double sided adhesive cloth untuk menampal lencana. Yang penting cara ini tak melekit, 5 minit dah siap.
Romantik atau tak, setiap pasangan mempunyai cara masing-masing untuk hargai pasangan. Bak kata orang tua-tua, sikap menghargai pasangan itu bukanlah di awal perkahwinan sahaja, namun harus dikekalkan sampai bila-bila.
Begitulah juga yang dilakukan oleh Dato’ Fazley Yaakob terhadap isteri kesayangannya, Datin Azrene Soraya sejak dari 13 tahun hubungannya bersama isteri.
Menurut Fazley dia menyatakan pemberian hubungan dan caranya hargai pasangan bukanlah perkara baru tapi dah diamalkan sejak belum ada anak lagi pun.
Saya sudah memang terbiasa memberikan jambangan bunga buat isteri @azrene_ahmad juga ibu saya @rsd.umi. Untuk adik sayang, semenjak kami bercinta jarak jauh di London, setiap bulan saya kirimkan bunga buat beliau. Dan sekarang dah kahwin, dan sudah beranak pinak, saya tetap lakukan.
Yang kelakar tu, pemilik kedai bunga selalu bertanya “Kenapa bagi bunga hari ini? Special day ke?” Seringkali saya tersenyum sendiri, saya kata “Istimewanya sebab sebab saya tak pernah untuk hari istimewa untuk kirimkan bunga kerana sepanjang 13 tahun bersama, dia terlalu istimewa di mata saya.
Hari ini saya sendiri yang hantar sejambak bunga di tempat beliau mengadakan training grooming & etiquette nya. Satu pesanan penting arwah Bapak – “Jangan mencari kelemahan pasangan, tetapi raikanlah kelebihan pasangan kita yang telah sedia ada”. Setuju?
Sumbr: Ig Dato’ Fazley Yaakob
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan senang membesarkan anak sendirian. Tetapi anda perlu kuatkan semangat. Tiada siapa yang menginginkan perkahwinan berakhir dengan penceraian. Dan kajian juga menunjukkan memang ada kesan sampingan kepada anak-anak terutamanya di usia anak sedang membesar.
Tambahan lagi apabila anak anda memang rapat dengan ibu atau ayahnya. Anak-anak ini sebahagiannya bukan sahaja menyalahkan ibu bapa atas apa yang berlaku sebaliknya ada juga yang merasakan merekalah punca perpisahan itu. Justeru mereka rasa bersalah dan mahu menyendiri. Jadi anda perlu pulihkan hubungan anda dan anak. Apatah lagi kini anda menjadi ayah dan ibu di rumah. Berikannya sedikit masa tetapi jangan biarkan tanpa belaian.
Selalulah berbual dengan anak, tanya apa yang dibuat hari ini atau apa yang dia belajar hari ini. Banyakkan mendidik berbanding mengherdik, ia akan membuatkannya lebih tertekan.
Apabila anak anda menyendiri dan kadangkala memberontak akan menyebabkan anda rasa tertekan dan marah. Jadi, anda perlu bersabar dan rasakan apa yang dilaluinya. Selalulah peluk dan dakap anak anda. Dia sangat perlukan sokongan ketika ini. Anda juga perlu tahu apa makanan kegemarannya, aktiviti yang paling disukainya dan macam-macam lagi untuk mengambil hatinya.
Elakkan bermusuh dengan bekas suami atau isteri dan menceritakan keburukan suami atau isteri pada anak. Biarkan hubungan mereka baik dan ia akan memberi kegembiraan padanya. Anda dan anak perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baru. Sekiranya berkesempatan, pergilah melancong. Cari suasana baru yang dapat melupakan sedikit kelukaan yang dialami. Akhir sekali, perlu diingatkan juga perubahan tidak akan berlaku sekelip mata jadi anda perlu kuat dan tabah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan senang untuk mengekalkan berat badan selepas bersalin namun penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza berjaya membuktikan kelahiran anak kedua bukan alasan untuk mengekalkan bentuk badan seperti sebelum melahirkan.
Kata Dato’ Siti, bila badan semakin berusia semakin payah untuk kembali mengekalkan berat badan. Namun dia punya cara sendiri dalam memastikan beratnya kekal langsing biarpun masih lagi mensasarkan penurunan sebanyak 10kg.
Ketika ditanya mengenai tip turun berat badan yang dilakukan Siti, ibu kepada dua cahaya mata itu turut berkongsi caranya sendiri ketika Webinar Penyusuan Pa&Ma, Aku Tak Penat Susukan Anak.
“Apa yang saya boleh kongsi dekat sini, wanita ni kalau waktu pantang tu pantanglah betul-betul. Ramai yang berkongsi dengan saya waktu pantang ni badan kita senang nak mengikut.
“Kalau kita pakai bengkung, bertungku, berurut dan sebagainya ini semua cara kita mempercepatkan proses turun berat badan.
“Lepas habis pantang memang saya aim untuk kembali cergas semula. Saya start dengan bersenam, memang tak boleh malas. Saya tak buat senaman yang berat masa awal-awal sebab saya Czer.
“Lepas pantang 100 hari barulah saya pergi jogging dan mula buat senaman ringan, yoga dan pilates untuk bagi badan berpeluh. Saya memang tak ambil atau amalkan produk-produk sliming, semua secara semulajadi dengan senaman dan jaga pemakanan,” kongsinya.
Masih aim 10kg
Malah kata Siti lagi, walaupun sudah banyak penurunan berat yang dialami namun katanya dia masih lagi menyimpan hasrat untuk turun 10kg lagi. Baginya kesihatan lebih penting, demi untuk menguruskan dua anak kecilnya yang sedang membesar.
“Sebenarnya saya masih lagi aim penurunan berat badan saya lagi 10kg, tapi bukan senang.
“Disebabkan saya menjalani rawatan IVF jadi banyak proses saya terpaksa lalui masa mengandung. Masa mengandungkan Afwa berat saya 80kg dan dekat bersalin berat saya 92kg dan kini alhamdulillah dah jadi 70 lebih. Alhamdulillah tapi saya masih lagi aim 10kg.
“Bagi saya bukan sebab kita nak pakai baju cantik-cantik dan menarik tapi kesihatan tu yang lebih penting.
“Lepas bersalinkan Aafiyah saya akui saya selalu sangat sakit pinggang, banyak baring masa IVF jadi saya banyakkan senaman untuk kembalikan kecergasan saya.
“Anak saya kecil-kecil lagi, saya kena pastikan badan sihat untuk tengok anak-anak membesar. Bila badan sihat, minda saya pun sihat, apa nak buat pun saya rasa macam bersemangat.
“Lepas habis pantang 100 hari juga saya ambil Beausiti setiap hari untuk kekalkan kesihatan saya,” kongsinya lagi.
Terdahulu, menerusi Webinar itu juga, Dato’ Siti turut berkongsi pengalamannya menyusukan dua anaknya, Aafiyah dan Afwa yang melalui seribu satu pengalaman di awal penyusuan.
Namun alhamdulillah, berkat tunjuk ajar dan bimbingan orang terdekat, penyusuan kedua-duanya begitu lancar dan sukses. Malah kata Dato’ Siti lagi, proses menyusukan dua anak kecilnya itu adalah pengalaman paling indah dalam hidupnya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit foto: @ctdk
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!