Keibubapaan

Tanda Awal Diabetes Pada Kanak-Kanak Yang Ramai Ibu Bapa Terlepas Pandang

Share

Bila kita dengar tentang diabetes, ramai antara kita akan fikir ia hanya berlaku pada orang dewasa atau mereka yang terlalu banyak ambil gula. Tapi hakikatnya, diabetes kanak-kanak  termasuk bayi dan toddler  juga boleh berlaku tanpa disangka.

Bagi ramai ibu bapa, diagnosis diabetes pada anak adalah sesuatu yang sangat mengejutkan. “Macam mana boleh jadi? Kami tak ada pun sejarah keluarga diabetes! Salah kami ke?” Ini antara soalan yang sering saya dengar di klinik.

Sebenarnya, tidak semua diabetes berpunca daripada pemakanan atau gaya hidup. Diabetes jenis 2 memang berkait dengan obesiti dan tabiat makan tidak sihat, tetapi Type 1 diabetes pula ialah penyakit autoimun yang tidak boleh dicegah.

Artikel ini akan bantu anda faham dua jenis diabetes kanak-kanak serta satu komplikasi berbahaya yang dipanggil Diabetic Ketoacidosis (DKA), yang boleh mengancam nyawa jika tidak dikesan awal.

Dua Jenis Diabetes Dalam Kanak-Kanak

Type 1 Diabetes (T1D) – Bila Badan Menyerang Diri Sendiri

Type 1 diabetes ialah penyakit autoimun, di mana sistem imun badan secara salah menyerang dan memusnahkan sel pankreas yang menghasilkan insulin.

Tanpa insulin, badan tidak boleh menggunakan gula (glucose) sebagai tenaga.

Berbeza dengan Type 2, Type 1 diabetes:

  • Bukan disebabkan terlalu banyak makan gula
  • Bukan kerana kurang bersenam
  • Boleh berlaku pada kanak-kanak yang sihat, aktif, dan tiada sejarah keluarga

Kanak-kanak dengan Type 1 diabetes perlu mengambil insulin setiap hari sepanjang hayat, sama ada melalui suntikan atau insulin pump.

Type 2 Diabetes (T2D) – Berkait Dengan Gaya Hidup

Type 2 diabetes berlaku apabila badan masih menghasilkan insulin, tetapi ia tidak berfungsi dengan baik (insulin resistance).

Antara punca utama:

  • Diet tidak sihat (fast food, minuman manis, makanan proses)
  • Gaya hidup sedentari (kurang aktiviti fizikal, terlalu banyak screen time)
  • Corak tidur tidak teratur (tidur lewat, ganggu hormon & metabolisme)

Khabar baiknya, Type 2 diabetes boleh dicegah melalui perubahan gaya hidup sihat.

Apa Itu Diabetic Ketoacidosis (DKA)?

Ramai kes diabetes kanak-kanak hanya didiagnos apabila mereka sudah mengalami DKA, iaitu keadaan kecemasan yang sangat berbahaya.

Apabila badan tidak dapat guna gula sebagai tenaga, ia mula membakar lemak, menghasilkan bahan toksik dipanggil ketones.

Apabila ketones terkumpul, darah menjadi terlalu asid dan ini boleh menyebabkan:

  • Dehidrasi teruk
  • Loya, muntah dan sakit perut
  • Pernafasan laju dan dalam
  • Nafas berbau buah (fruity smell)
  • Mengantuk melampau, keliru atau koma

DKA adalah kecemasan perubatan dan perlu rawatan hospital segera.

Tanda Awal Diabetes Pada Kanak-Kanak

Ramai ibu bapa tidak sedar simptom awal diabetes kanak-kanak ini:

  • Kerap kencing (termasuk bedwetting semula)
  • Terlalu dahaga
  • Turun berat badan secara mendadak
  • Letih, cepat marah atau mood swing
  • Penglihatan kabur

Jika dibiarkan, DKA boleh berlaku dalam beberapa hari hingga minggu.

Tanda DKA (Emergency)

  • Muntah & sakit perut kuat
  • Nafas laju dan dalam
  • Bau nafas seperti buah
  • Lemah / keliru
  • Tidak sedar diri

Jika ini berlaku, segera ke hospital.

Kenapa Type 1 Diabetes Berlaku?

Punca sebenar masih belum difahami sepenuhnya, tetapi ia berkait dengan:

  • Faktor genetik
  • Jangkitan virus tertentu
  • Faktor persekitaran yang belum dikenal pasti

Yang penting:

  • Ia BUKAN disebabkan gula
  • Ia TIDAK boleh dicegah

Pengurusan Type 1 Diabetes

Kanak-kanak dengan diabetes kanak-kanak jenis ini perlukan insulin sepanjang hayat.

Suntikan insulin

  • Beberapa kali sehari (sebelum makan & waktu malam)
  • Pemantauan gula darah perlu dibuat secara berkala

Insulin pump

  • Alat kecil yang salur insulin secara berterusan
  • Lebih stabil dan kurangkan risiko turun naik gula

Apa Yang Ibu Bapa Boleh Buat?

Jika nampak simptom diabetes kanak-kanak:

Jangan tunggu, terus jumpa doktor

Jika sudah disahkan:

  • Ikut pelan rawatan doktor pakar
  • Didik guru & penjaga tentang diabetes anak
  • Pantau gula darah secara konsisten

Penutup

Sebagai ibu bapa, kita mungkin tak pernah terfikir anak kecil boleh kena diabetes. Tapi realitinya, diabetes kanak-kanak boleh berlaku tanpa disedari sehingga sampai ke tahap kecemasan.

Yang paling penting:

  • Type 1 diabetes memang tidak boleh dicegah, tetapi boleh dikawal
  • Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa
  • Dengan rawatan betul, anak masih boleh hidup normal & sihat

Jika ada tanda mencurigakan, percaya pada naluri anda. Bertindak awal sangat penting.

Published by
Nor Yusoff