Tercari-cari menu sarapan pagi atau minum petang untuk anak? Jangan susahkan diri mencuba menu sukar tetapi tidak menyihatkan buat anak.
Cuba resipi gabungan sayur dan keju ni pada anak. Resipinya ringkas tetapi kaya dengan taburan sayuran dan keju yang pastinya buat anak makin berselera. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Norzila Omar ni.
Resepi ni sangat sesuai kalau buat sarapan pagi ataupun sebagai kudapan pada petang hari. Kalau ada anak-anak yang susah nak makan sayur tu, Kak Zie sarankan korang cuba resepi ni, pasti anak-anak suka! Rasa cheese yang lemak masin, pastu bila keluar dari oven, makan panas-panas, rangup, krup krap krup krap…perggghhhh.
BAHAN-BAHAN BATTER
4 biji telur
1 sdk serbuk lada hitam
10 gm baking powder
4 sdb minyak zaitun (minyak masak biasa pun ok jer)
4 sdb susu cair
120gm tepung gandum
SAYUR-SAYURAN
2biji kentang (diparut kasar)
2 batang lobak merah (diparut kasar)
1 batang daun bawang (daun bawang yg batang besar – Chinese leek)
250gm kobis – hiris halus
2 batang cili merah
1 pokok daun saderi
100 gm cheddar cheese untuk topping (gunakan cheese mozzarella pun ok)
Sayuran yang diperlukan. Parut kentang, lobak merah. Hiris daun bawang, kobis, lada merah dan daun saderi.
Ads
Gaul dan satukan kesemua sayur.
Pukul telur. Masukkan kesemua bahan untuk batter kecuali tepung. Bila dah sebati, masukkan tepung gandum.
Gaul hingga dapat batter begini.
Ads
Campurkan batter dan sayur-sayuran dan gaul sebati. Masukkan adunan ke dalam tray yang dah dialas dengan kertas.
Ratakan dan bakar dalam oven pada suhu 180°c selama 25 minit.
Ads
Selepas 25 minit, keluarkan dari oven dan tabur cheese kat atas adunan dan sambung bakar lagi 25 minit pada suhu yang sama.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak pastinya orang yang cukup terpukau saat dihidangkan dengan kek, apa lagi dengan warna yang cantik. Kek pandan gula melaka kurang manis ini pilihan tepat buat anak. Kurang manis tapi sedap.
Resipi Kek Pandan Gula Melaka dengan buttercream padu ini dikongsikan oleh Ariana Rose Ahmad. Menariknya, langkah demi langkah turut dikongsikan secara terperinci agar anda yang baru hendak mencuba tidak tersilap langkah. Jadi jangan bimbang, pasti menjadi!
Hari ni Ariana nak share resepi Kek Pandan Gula Melaka. Kek ni tak terlampau manis dan bila dah makan sedap.
Resepi Kek Pandan Gula Melaka
Bahan Kek
5 biji telur gred B
3/4 cawan @ 135g gula halus
2 cawan @ 220g tepung gandum
1 sudu besar ovallete
1sk cream off tartar
1sk soda bikarbonat
1sk baking powder
1sk emulco pandan coconut
2sk pewarna hijau apple
5 sudu besar minyak masak
Bahan Syrup gula melaka:
2 keping kecil @ 90g nisan atau gula melaka
2 helai daun pandan
1/2 cawan @ 100ml air
1 sudu besar tepung jagung
Bahan Buttercream:
300g butter (sejukkan dalam peti ais 20 minit)
5 biji telur putih sahaja (gred B)
90g gula kastor
1sk esen vanila
2 sudu besar syrup gula melaka
Untuk buat kek, mula-mula masukkan telur, gula, ovallete, pewarna hijau dan emulco pandan. Mix hingga sebati dan bertukar warna hijau cerah sedikit tapi masih cair.
Lepas tu masukkan dan ayak tepung gandum, soda bikarbonat, cream off tartar & baking powder. Mix lagi hingga sebati sahaja. Tak perlu mix lama.
Bila dah sebati masukkan pula minyak masak. Warna nmpak terang sebab cahaya. Kacau laju dengan menggunakan spatula sahaja.
Ambil loyang 8 inci dan lapik dengan baking paper. Tuang kesemua adunan. Hentak-hentak loyang supaya takda angin dalam adunan.
Panaskan oven dan bakar dengn suhu 160°c selama 30 minit (api atas bawah) tapi bergantung pada oven masing-masing juga.
Cara buat syrap gula melaka
Sementara tunggu kek masak, buat syrup gula melaka pula. Masukkan gula melaka @ nisan bersama air dan daun pandan. Masak hingga hingga cair. Jika guna nisan@ gula melaka yang kurang manis boleh tambah sedikit nisan @ gula melaka.
Bila dah cair masukkan tepung jagung supaya syrup ni lagi pekat. Kacau sebati.
Bila dah masak tapis dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk lagi pekat.
Tanggalkan baking paper dan Lepas 10- 15 minit baru terbalikkan semula pada kedudukan asal. Biarkan kek sejuk dulu.
Cara buat buttercream
Untuk buat buttercream, telur putih dan gula kastor ni kena pukul hingga gula cair dengan cara double boil.
Bahagian ni kena betul-betul teliti. Suhu air mesti tidak melebihi 60°c. Jika air kat bawah tu terlampau panas, telur akan masak. Cara lebih mudah , sentuh sikit dengan jari (hati-hati), jika air tak panas sangat, boleh pukul laju-laju hingga gula hancur. Gula dah hancur terus stop.
Lepas tu, letak dalam bekas dan mix hingga jadi merigue atau bahasa lebih mudah, adunan tu jadi warna putih dan bila di terbalikkan adunan tak jatuh.
Sampai jadi macam ni.
Masukkan pula butter sikit demi sedikit. Mix hingga jadi licin. Jika nampak macam berketul, teruskan mix hingga lah licin. Bila dah licin masukkan pula esen vanila dan syrup gula melaka.
Mix hingga sebati. Bila dah siap sejukkan sekejap dalam peti ais selama 10-15 minit bagi buttercream tak mudah cair. Jika lepas keluarkan buttercream dan nampak ada wap dari syrup gula melaka, mix je sekejap bagi sebati.
Lepas tu potong kek kepada 2 bahagian. Bahagian atas pun potong sikit supaya permukaan sekata dan tiada benjolan. Letak syrup gula melaka dan rata kan. Nak letak semua keliling kek pun boleh.
Letak pulak buttercream. Ratakan hingga licin. Ambil kek bahagian atas dan letak kat atas buttercream.
Tuang atau sapu sekali lagi syrup gula melaka atas kek dan barulah letak pula buttercream. Untuk lebih kemas, potong nipis bahagian tepi. Kalau taknak potong dan nak sapu buttercream pun boleh.
Potong pada 16 bahagian atau ikut size yang kita nak. Buat pula bunga menggunakan buttercream. Nak guna acuan macam mana pun boleh je. Titis pula syrup gula melaka dan letak daun pandan.
Siap!
Tips : Kek kekal lembut
Kalau nak simpan dalam peti ais, letak dalam bekas tertutup. Lembutnya macam baru siap bakar. Kalau nak simpan macam tu pun boleh tapi pastikan tak bercampur dengan benda yang berbau.
Tips : Untuk buttercream, kalau lepas dah masukkan butter dan lepas dah mix adunan jadi cair, masukkan dalam peti ais selama 20 minit. Lepas dah keluarkan dari peti ais, terus mix hingga jadi licin.
Menu berasaskan ayam antara menu kegemaran anak-anak kita. Jika bosan dengan ayam goreng, jadikan ayam panggang sebagai pembuka selera anak. Kali ini lebih istimewa dengan Ayam Panggang Ala Dominos yang cukup enak rasanya. Sama seperti di restoran terkemuka, rasa ayam panggang ala dominos ini cukup hebat.
Bahan yang digunakan tidaklah banyak malah senang untuk dicuba. Perapkan sahaja seketika dan panggang hingga masak. Memang sedap!
Sekilo drumstik yang kecik tu yer…kalau ikut resepi asal guna sekor ayam. Cuci bersih..toskan. 120g sos cili 120g sos tomato 120g sos tiram (yang ni saja makcik tambah) 2sb madu (yang ni pun makcik tambah) 2sb gula 1sb garam 1sb serbuk cili 2sb lada hitam 2ulas bawang putih di tumbuk lumat 60g butter
Masak kesemua bahan sampai butter cair. Sejukkan.
Lumur pada ayam dan letak sedikit minyak.
Perap (lagi lama lagi sedap).
Bakar suhu 180°-200° ikut oven masing-masing api atas bawah. 30 hingga 40 minit (ikutlah nak garing mana yer..jangan rentung sudah)
Selamat mencuba!
EPISOD 8 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: SI CILIK BERJIWA BESAR
Setiap parents pasti menginginkan anak-anak yang berjiwa besar. Mempunyai semangat tolong-menolong, akhlak yang baik serta menghormati orang tua. Oleh itu, ibu dan ayah sendiri harus menunjukkan contoh terbaik untuk menjadi ikutan anak-anak. Mereka umpama kain putih, ibu ayahlah yang bertanggung jawab untuk ‘mencantikkan’ hiasannya.
Saksikan Episod ke 8, PA&MA Journey Bersama JoviaNina pada 14 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Keledek Putar, Makanan Tambah Susu Badan, Mama Cuba Amalkan
Ubi keledek kaya dengan karbohidrat yang penting untuk memberi tenaga kepada mama. Selain itu ubi keledek juga membantu untuk menambah susu badan. Kaya dengan Vitamin C, B-complex, dan magnesium, mama boleh memasak ubi keledek dengan pelbagai cara, sama ada rebus atau masukkan dalam hidangan.
Salah satu cara juga yang boleh dicuba ialah dengan membuat keledek putar. Jika biasanya kita menggunakan kentang putih sebagai bahan utama. Apa kata kali ini kita ubah pula penggunaan kentang putih dengan keledek manis.
Sajian ini lebih sihat dan berkhasiat. Rasa manis semula jadi datangnya daripada keledek. Bahan utamanya keledek manis dan susu kambing. Rasanya tetap sama namun lebis manis dan sedap.
Keledek termasuk dalam kategori ‘superfood’. Bagus untuk otak dan mencantikkan kulit. Keledek oren dan ungu terutamanya tinggi kandungan antioksidan. Kandungan B6 dalam keledek, baik untuk otak. memacu kelajuan otak serta melawan hormon stres – homocystein.
Di dalam keledek juga ada banyak vitamin. Ia juga turut membantu penghasilan kolagen. Kulit akan menjadi lebih anjal dan susah berkedut. Makan keledek juga dapat membantu tidur yang lebih nyenyak. Kandungan magnesium di dalam keledek adalah kuncinya.
Susu kambing juga paling tinggi protein. Ia mengandungi protein CSN1S2 dan bertindak sebagai agen anti-osteoporosis. Susu kambing juga ada linoleic acid untuk perkembangan otak selain oligosaccharide. Kandungan prebiotik dalam susu kambing juga sama dengan susu ibu.
Jika anda penggemar kentang putar, bolehlah cuba resipi kentang putar cara sihat ini. Selamat mencuba!
Bahan-bahan:
4 biji keledek manis
1/4 cawan campuran kekacang (supernuts) yang dicincang halus
1/2 cawan susu kambing
2 sudu makan mentega susu kambing (atau mentega tanpa garam)
1/4 sudu teh serbuk kayu manis
1/4 sudu teh garam
Cara-cara:
1. Kukus keledek dalam pengukus selama 10-15 minit (sehingga lembut).
2. Toskan. Masukkan keledek ke dalam mangkuk.
3. Campurkan susu kambing, mentega, serbuk kayu manis, dan garam.
4. Campurkan sekali dengan keledek. Hancurkan guna garpu. Sebatikan.
Sajian ini sesuai dihidangkan untuk dinikmati seisi keluarga. Siapa kata makanan yang sihat tidak sedap? Asalkan kita pandai mengolah bahan-bahannya, pasti enak dinikmati bersama keluarga.
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.