Hernia berlaku apabila kandungan dalam satu-satu ruang badan (biasanya abdomen) membonjol keluar daripada kawasan yang biasa mereka berada. Kandungan ini biasanya adalah sebahagian usus atau tisu lemak abdomen yang dilapisi oleh lapisan nipis (membran) yang juga akan membentuk kantung hernia/hernia sac. Ia dikenali dengan angin pasang surut kerana sifat bonjolan itu dapat dilihat dan ada masa tidak. Sifat ini dalam bahasa perubatan dikenali sebagai ‘reducible‘.

Mungkin ada yang masih menyangka Hernia hanya terjadi kepada lelaki sahaja, namun sebenarnya boleh juga terjadi kepada wanita ataupun bayi perempuan. Jenis Inguinal hernia berlaku di bahagian kelangkang. Tujuh puluh lima peratus hernia adalah dari jenis ini. Ia 25 kali lebih kerap berlaku kepada lelaki berbanding wanita.

Puan Zana antara ibu yang pernah merasai pengalaman menjaga anak Hernia dan terjadi kepada bayi perempuanya yang ketika itu baru berusia 28 hari. Ikuti perkongsian ibu ini.

“Dah 11 hari Hana selesai operation dekat Hospital Kanak-Kanak KL. InsyaAllah kali ni mommy nak cerita tentang operation tu.”

“Tapi Anak Saya Perempuan” Doktor Sahkan Baby Hana Ada Hernia, Perlu ‘Refer’ Pakar Bedah

Niat mommy share untuk kenangan Hana bila dia dah besar nanti & untuk bagi info dekat parents di luar sana tentang masalah kesihatan yang pernah Hana hadapai ni.

Sebab mommy percaya ramai yang tak pernah tau tentang ni & mommy sendiri baru tau semuanya bila anak sendiri yang kena.

HANA DISAHKAN ADA HERNIA

Hari ke 28 lepas lahir, baru Hana boleh keluar dari NICU Putrajaya disebabkan lahir pra-matang.

Sebelum keluar NICU, doctor bagi surat untuk refer ke Pakar Bedah. Dah tentu-tentu mommy terkejut bila nampak perkataan HERNIA dekat surat tu (orang kita biasanya sebut hernia ni angin pasang).

Dua kali mommy cakap dekat doctor “anak saya tu perempuan doctor”.. dua kali jugak la doctor jawab, “yer saya tau Hana tu perempuan” Mommy cakap, “Tapi hernia tu kan untuk orang lelaki jer”

Then doctor explain…..

Untuk baby girl, hernia biasanya akan jadi dekat baby girl yang lahir pra-matang.

Kalau baby girl yang lahir cukup bulan, insyaAllah potensi kena hernia hampir tiada.

Baby lelaki lebih mudah terkena hernia dibandingkan dengan baby girl dengan perbandingan 50:1.

Hernia ni ada banyak jenis..Antara hernia yang paling banyak baby kena adalah “Umbilical Hernia”..

Hernia jenis ni yang menyebabkan pusat baby naik ke atas @ tersembul.

Hernia jenis ni biasanya boleh elok sendiri bila baby semakin membesar yang mana pusat akan turun dan jadi normal macam biasa bila baby dah mula meniarap.

Macam kes Hana adalah “Inguinal Hernia” yang mana memang penyelesaiannya hanyalah melalui pembedahan yang dipanggil “Bilateral Herniotomy”

(Boleh refer gambar bawah yang mommy share dalam post ni untuk tengok jenis-jenis hernia di kalangan baby girl)

“Tapi Anak Saya Perempuan” Doktor Sahkan Baby Hana Ada Hernia, Perlu ‘Refer’ Pakar Bedah

Lepas doctor explain, barulah mommy faham dan boleh terima walaupun hati mommy terlalu risau.

Sebab kes Hana ni dirujuk kepada pakar bedah.. Dah tentu-tentu la kita risau lebih bila dengar perkataan bedah tu kan?

HERNIA & BABY PRAMATANG

Kes Hana dirujuk ke Pakar Bedah Kanak-Kanak HKL..Bila dekat sana, doctor terangkan macam mana hernia ni sebenarnya boleh berlaku dekat baby girl yg lahir pra-matang.

IKLAN

Hernia ni terjadi sebab ada kawasan dinding perut yang tidak menutup secara sempurna semasa baby dalam kandungan lagi.

Kiranya macam ni, ada dinding perut yang belum tertutup rapat lagi masa Hana dalam kandungan mommy tapi tiba-tiba Hana dah nak lahir time tu.

Jadi dinding perut yang tak tertutup rapat tu (macam ada lubang) membolehkan sebahagian usus termasuk dekat celahan lubang yang tak tertutup tu.

“Tapi Anak Saya Perempuan” Doktor Sahkan Baby Hana Ada Hernia, Perlu ‘Refer’ Pakar Bedah
Contoh gambaran usus yang termasuk melalui lubang dinding perut yang tak tertutup rapat.. Jadi operation ni adalah untuk menutup lubang yg tak tertutup rapat tu..

Bila usus termasuk dekat lubang tu, ianya akan membentuk benjolan di bahagian atas sedikit daripada “private area” baby girl.

“Tapi Anak Saya Perempuan” Doktor Sahkan Baby Hana Ada Hernia, Perlu ‘Refer’ Pakar Bedah
Keadaan dinding perut yang tak tertutup rapat sehingga boleh menyebabkan usus boleh termasuk ke situ dan turun ke ke bawah sehingga boleh menyebabkan benjolan di kawasan atas sedikit drpd private area baby girl..

(Boleh refer gambar untuk fahamkan part dinding perut tak tertutup yang membolehkan usus termasuk dekat situ)

Sejak keluar NICU sampai tarikh operation, dah 5 kali Hana kena hernia tu.

Hana akan kena bila dia batuk terlalu kuat atau menangis yang terlalu kuat.

Kiranya bila ada pressure @ tekanan yang terlalu kuat tu akan membuatkan usus termasuk ke lubang yang tak tertutup tu.

 

Cuma untuk kes Hana, setiap kali kena, benjolan tu akan hilang sendiri lepas 5minit macam tu.

Kiranya usus tu boleh naik semula ke atas dan tak tersangkut lama dekat lubang tu.

So situasi Hana kena tu selamat sikit..Situasi yang tak selamat adalah bila benjolan tu tak surut-surut, kulit di kawasan tu jadi terlalu merah, baby muntah non stop dan demam terlalu panas.

Kalau kes macamni terjadi, itu bermakna usus tu dah tersangkut@terperangkap dekat lubang tu. Kalau situasi usus terperangkap ni, boleh membahayakan nyawa.

Untuk elak benda ni berlaku, memang kena cepat-cepat buat pembedahan.

Jadi operation ni adalah untuk menutup dinding perut yang tak tertutup rapat tu.

IKLAN

HARI PEMBEDAHAN TIBA

Sehari sebelum pembedahan, dah kena warded sebab pakar bedah nak tengok keadaan baby dan pakar bius nak terangkan tentang kesan bius tu semua.

Hana dijadualkan akan dibedah pada pukul 9pagi & kena berpuasa beberapa jam sebelum tu.

Since Hana masih breastfeeding, last makan adalah pukul 12 malam dan last susu pada pukul 4pagi.

Kalau baby yang minum susu formula waktu last menyusu lebih awal (pukul 12mlm atau 2pagi klau tak silap mommy).

“Tapi Anak Saya Perempuan” Doktor Sahkan Baby Hana Ada Hernia, Perlu ‘Refer’ Pakar Bedah

Hana bangun pukul 6pagi dah menangis-nangis mintak susu. Nak tunggu sebelum operate tu memang meragam teruk sebab dia dah nak minum susu sangat-sangat.

Masuk jer bilik OT tu mommy dah rasa sebak sangat-sangat..Sampai waktu nak ditidurkan dan dibius pun masih dengar dia menangis kuat.

Mommy peluk dia erat-erat dekat badan mommy sambil pakar bius cuba tidurkan dia.

Tak lama lepas tu makin slow bunyi dia menangis sampailah terus senyap sepi dan dia lemah longlai diam tak bergerak..

Allah, masa ni mommy rasa macam disiatsiat jer seluruh jiwa raga ni.

Tengok anak depan mata diam kaku tak bergerak & tak berbunyi apa. Bila doctor suruh cium Hana sebelum mula operation, habis laju turun air mata ni.

Mommy panggil nama Hana dan cium Hana tanpa ada apa-apa respond daripada Hana, Allah sedihnya.

Bila doctor suruh mommy tunggu luar bilik OT, mommy menangis lagi teruk sebab takut sangat-sangat.

Lepas 1jam 20minit, doctor call semula untuk suruh teman Hana.Masa ni Hana belum sedar cuma doctor bagitau operation berjalan lancar.

IKLAN

“Tapi Anak Saya Perempuan” Doktor Sahkan Baby Hana Ada Hernia, Perlu ‘Refer’ Pakar Bedah

Syukur Alhamdulillah..

Doktor buat operation di kiri & kanan bawah perut (bawah daripada pusat & atas sedikit daripada bahagian private area baby girl @ lebih kurang macam tempat operation untuk bersalin) disebabkan struktur dalaman perempuan yang mempunyai tiub fallopio di sebelah kiri dan kanan.

Jadi luka tu ada di sebelah kiri dan kanan (kalau luka operation bersalin bersambung tapi yang ni tak bersambung terus)

*Sorry tak dapat nak letak gambar luka operation Hana dekat post umum ni.. Takut dah besar Hana malu pulak nampak gambar luka dia tu.. Maybe korang boleh google.

Seharian Hana mamai sebab kesan ubat bius dan ubat tahan sakit masa operation tu.

Doctor bekalkan jugak ubat tahan sakit untuk mommy bagi dekat Hana setiap 6jam.

Lepas 24 jam, Nampak Hana mula aktif macam biasa.Masih ada selera makan, boleh berjalan mcm biasa dan masih ceria bermain.

“Tapi Anak Saya Perempuan” Doktor Sahkan Baby Hana Ada Hernia, Perlu ‘Refer’ Pakar Bedah

Lepas 3 hari, buka tampalan pada luka jahitan tu. Masa ni mommy sedih sangat-sangat.

Tengok luka tu, auto ngilu dan sakit tempat jahit mommy bersalinkan Hana.

Sedih mengenangkan Hana lalui semua tu. Untuk penjagaan just kena pastikan luka tu sentiasa kering.

Masih boleh mandi & buat aktiviti macam biasa. Apapun, mommy bersyukur sangat sebab ramai yang doakan dan ambil berat tentang Hana.

Mommy yakin Hana akan cepat sembuh berkat doa drpd semua dan dengan izin Allah pastinya.

Sorry sebab post ni terlalu panjang.. Mommy dah cuba pendekkan tapi masih panjang rasanya.

Moga perkongsian mommy ni bermanfaat untuk yang membacanya.Doakan juga Hana akan membesar dengan sihat dan baik lepas ni ye.

Kredit: Zana Adieyza

 

Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik

“Tapi Anak Saya Perempuan” Doktor Sahkan Baby Hana Ada Hernia, Perlu ‘Refer’ Pakar Bedah

Jom belajar rahsia ajar anak simpan sampai jadi jutawan di SINI

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI