Paracetamol adalah ubat yang dapat menurunkan suhu badan ketika demam dengan selamat. Ia boleh diambil oleh kanak-kanak, orang dewasa, ibu yang hamil dan ibu yang menyusukan anak, mengikut dos yang diberikan.
BOLEHKAH SAYA MENGAMBIL PARACETAMOL SEMASA MENYUSUKAN ANAK?
“Adakah ibu demam yang menyusu anak mengambil paracetamol untuk redakan demam? Berapa biji yang selamat diambil ya doktor. Mohon pencerahan doktor sebab penerangan sebelum ini tidak cukup meyakinkan?”
Ads
Nasihat saya adalah ambil paracetamol bila perlu, mengikut dos yang ditetapkan dan untuk jangka masa yang pendek saja. Dos yang biasa diberikan untuk orang dewasa sama ada hamil, menyusukan anak atau tidak ialah satu atau dua biji tablet 500mg, setiap 4-6 jam.
Dos maksima yang dibenarkan untuk orang dewasa adalah 8 biji tablet 500mg (jadi jumlah dos 6 g) dalam 24 jam. Dos yang berlebihan memberikan kesan buruk pada hati dan ginjal.
Ads
Walau bagaimana pun sedikit dos yang diambil oleh ibu yang menyusukan anak akan masuk ke dalam air susu ibu, tetapi masih dalam kuantiti yang selamat.
Walau bagaimana pun, saya menasihatkan agar lebih berhati jika:
Ads
1. bayi lahir secara pramatang 2. bayi lahir tidak cukup berat (kurang 2.5kg) 3. bayi lahir dengan masalah kesihatan yang serius 4. Mengambil paracetamol bersama ubat lain kerana gabungan ubat-ubatan ini masuk ke dalam susu ibu dan memberikan kesan pada bayi yang menyusu.
Boleh rujuk pada doctor atau farmasis bagi mengetahui dos yang lebih tepat, jika ada masalah kesihatan yang menghalang pengambilan ubat.
Apakah tanda-tanda bersalin? Kadang kala mama terlepas pandang dan menganggap ia perkara biasa. Ketahui 3 tanda yang mama boleh lihat yang menunjukkan proses kelahiran bakal bermula.
Kebanyakan ibu akan mula merasai debaran bila tarikh jangkaan bersalin semakin hampir. Orang kata tanda-tanda waktu untuk bersalin semakin hampir bila perut ibu mula merasai kontraksi palsu. Lebih mendebarkan lagi jika ia adalah kehamilan pertama. Sebenarnya apakah tanda-tanda bersalin yang menunjukkan kita perlu segera ke hospital?
Menurut Dr Siti Esah, setiap wanita mempunyai tanda-tanda bersalin yang berbeza. Pun begitu, terdapat tiga petanda penting yang dikaitkan dengan fasa bersalin yang perlu diambil perhatian iaitu:
#1 Show
Show bermaksud keluarnya sesuatu seperti lendir atau darah dari faraj. Lendir dan darah ini adalah mucus plug atau penutup pangkal rahim yang terbuka untuk proses kelahiran.
Selalunya pada saat ini si ibu akan berasa kontraksi ringan dan akan mengambil masa selama tiga hingga empat hari sebelum proses bersalin aktif.
#2. Air ketuban pecah
Ini juga petanda yang tidak boleh diambil mudah. Keluarnya air ketuban dalam jumlah yang banyak atau ada kalanya sedikit-sedikit merupakan tanda anda akan bersalin tidak lama lagi.
Air ketuban boleh dibezakan dengan air kencing melalui sifatnya yang tidak berwarna dan berbau hanyir. Sekiranya air ketuban tersebut berwarna hijau, ia adalah petanda kurang baik kerana si kecil sudah membuang air besar di dalam kandungan.
Wanita yang pecah ketuban perlu melahirkan dalam masa 24 jam walaupun kontraksi yang dirasakan tidak berturutan.
#3 Kontraksi
Kontraksi iaitu proses penegangan pada otot rahim secara kerap dan ritma tertentu. Sekiranya kontraksi yang dirasai setiap 10 minit sekali secara konsisten dalam masa sejam, mama perlu segera ke hospital kerana ia adalah salah satu tanda bersalin.
Bagi mengenal pasti kontraksi tersebut bukan kontraksi palsu atau Braxton Hicks atau false alarm, cuba cara ini. Baring secara mengiring dan letakkan tapak tangan pada perut semasa kontraksi sambil mengira jarak masa antara permulaan dua kontraksi. Kontraksi bersalin berterusan walaupun anda dalam keadaan rehat dan relaks.
ALAMI TANDA-TANDA BERSALIN SEBELUM MINGGU KE-37
Awas! Sekiranya tanda-tanda ini berlaku sebelum minggu ke-37, ia dikira sebagai kelahiran pramatang. Anda perlu peka dan segera ke hospital jika tanda-tanda bersalin terjadi sebelum minggu ke-37 kerana risiko berlaku komplikasi kepada ibu dan anak adalah tinggi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasanya ibu bapa tak kisah sangat bab jaga gigi anak. Mereka menganggap walaupun gigi anak rosak akan tumbuh gigi kekal yang lain pula. Memang betul tetapi sementara nak tumbuh gigi baru anak pula akan rasa rendah diri.
Menerusi perkongsian seorang ibu, Wan Ummu Fatihah Wan Ibrahim, tujuannya berkongsi mengenai kisah anak lelakinya yang dicabut 10 batang gigi serentak sekali dengan pembedahan membuang tonsil dapat jadi peringatan bersama.
Mulanya jatuh, mulut terhempap kena almari TV
Ramai yang tanya kenapa gigi anak saya kena cabut 10 batang dan sekali dengan tonsil????
Asalnya anak saya, Muhammad Afiq Ramadhan Mohamed Nasir, terjatuh, mulut terhempap kena almari TV. Jadi gigi depannya kena buang dua batang. Lepas pada tu sebab tak jaga betul-betul kebersihan mulut dan selalu makan coklat gigi jadi rosak ditambah ada tonsil kronik tahap 4. Ketika umurnya 4 tahun doktor terus buang sebab kuman tu bahaya.
Lepas tu boleh balik. Tak admit wad. Bermula laaa sesi temujanji dengan doktor klinik dental. Setiap 2 bulan sekali kena jumpa doktor pakar gigi. Selama temujanji ada juga gigi yang kena cabut…sebatang dua. Kuat makan coklat ni.
Dr ada bagi tahu nak kena buang gigi-gigi yang rosak tu, tapi kena masuk dewan pembedahan. Masa tu usianya baru 3 tahun tak boleh masuk dewan bedah lagi.
Satu hari tu…jumpa dr pakar lagi,,,bila anak buka mulut…doktor terkejut tengok tonsilnya sangat-sangat besar. Terus doktor buat surat refer ENT.
Mula temujanji doktor
Hurmm bermula laaa episod temujanji dengan dr ENT pulak….Dpt tarikh..untuk temujanji pertama kali jumpa dr ENT mula2 dr cakap ini tonsel biasa je…xde masalah untuk anak….lagipun dia x demam,,,tp Afiq susah nak tido sebab hidung dia jadi tersumbat,,,dr cakap xde masalah ibu ok ok ok je mase tu…..
Temujanji ke-2 ENT jumpa dr pakar…pun dia cakap same…ok je tak perlu buang,,,padahal dh bgtau Afiq susah nak tido malam…kali ke 3 jumpa dr ENT….dr yg sorang ni suruh Afiq buka mulut…terkejut doktor tu. Besar sangat tonsil…kenapa Dr yg sebelum ni tak bagi buang….boleh pula dia tanye gitu.. Ibu jawab je laaa Dr cakap ok tak ada masalah jadi ibu pun ok laa…sbb ibu bukan Dr…jadi tak tahu tonsil tu bahaya ke tak. Dr yang periksa anak terus tengok tarikh kosong untuk bilik bedah yang terawal. Alhamdulillah ada kosong. Hari tu juga kena buat scoop hidung dengan sleep test sebab nak tahu oksigen dalam badan dia..Wad laa satu malam.
Last temujanji dekat klinik ENT sebelum admid wad. Dr bagitau result sleep test tak cantik. Aduhai rasa takut bila dengar Dr bagi tau kena bawah pemantauan ICU. Tapi kalau oksigen dia ok lps opret tu tak yah masuk ICU.
17/11/2019..admit wad pagi…pakar gigi, pakar bius & pakar ENT datang dekat katil untuk beritahu kena buat operate.
Pukul 4 dewan bedah panggil….masuk,,,ibu laaa ya masuk teman dia…pujuk dia sampai laaaa dr bagi bius ubat tido…..,ibu kena tunggu dkt luar…. macam-macam rasa masa tu…..ALLAH saja yang tahu.
Pukul 8 malam dr panggil waris. Alhamdulillah selamat semuanya. Kena tunggu dulu dalam tu bagi stabil….dulu, baru tolak naik wad.
Berkampung dekat hospital 4 hari juga. Selagi tak makan selagi tu tak boleh balik. Nak makan macam mana mulut sakit. Darah pun tak berhenti lagi. Masuk hari ke 4 Dr bagi balik. Alhamdulillah syukur taip Dr bagitau kalau sakit kena terus datang kecemasan.
-Kalau anak ada tonsil tapi tak demam lebih baik buang dari anak tanggung sakit. Nak beritahu tak pandai.
Nasihat saya untuk semua ibu bapa sentiasalah gosok gigi anak-anak. Sebelum tidur tu wajib gosok gigi anak-anak. Jangan bila gigi anak rosak, anak dah sakit baru ibu bapa nak menyesal. Ambil la iktibar kisah anak saya ni buat pengajaran.
Kanak-kanak yang sering terdedah dengan asap rokok berdepan risiko menghidap pelbagai penyakit seperti jangkitan paru-paru, lelah dan masalah pendengaran.
Apabila sebatang rokok dibakar, perokok melepaskan lebih 4 ribu bahan kimia ke ruang udara melalui asapnya.
Kanak-kanak adalah golongan yang mudah terdedah dengan asap rokok berbanding golongan dewasa.
Boleh dikatakan kanak-kanak yang menghidap penyakit paru-paru adalah daripada keluarga yang sekurang-kurangnya mempunyai seorang perokok.
Walaupun ahli keluarga terbabit merokok di luar rumah dan menganggap ia tidak akan memberi kesan kepada anak, ia adalah pemahaman yang salah.
Apabila seorang perokok itu merokok, dia ada kesan-kesan nikotin di kulit, di baju, dan apabila dia balik, dia mendukung, mencium anak. Jadi kesan itu juga beri kesan negatif yang dipanggil sebagai third stream smoker.
Berikut perkongsian dari Dr Aen Saari dalam twitter mengenai satu kes yang dikendalikannya dan boleh menyedarkan ibu bapa.
Anak masuk kali ke-8 disebabkan asma. Si ayah, “anak saya setiap bulan mesti check in hospital. Saya tak tahu kenapa. Saya dah cuba elakkan itu ini tapi tak menjadi juga.” Si emak, “haah, Dr. Saya siap ada mesin neb sendiri dekat rumah, Dr. Senang kalau anak semput.”
Saya, “ada sesiapa merokok kat rumah tak?” Si emak, “ada, Dr. Suami saya.” Tapi masih lagi in denial ya. Bukan asap rokok sahaja yang bahaya. Partikel asap rokok yang melekat kat tubuh badan, baju, dalam mulut tu pun bahaya. Dia trigger reaksi hipersensitif budak yang sensitif.
Lagi-lagi budak yang memang ada masalah atopi (eczema, resdung (allergic rhinitis). Performance anak dekat sekolah drop sebab banyak masa anak dekat hospital bukan dekat sekolah.