Bosan dengan menu berkuah, bersantan dan sambal, apa kata kita cuba menu ringkas pula untuk hidangan sekeluarga. Telur goreng belacan ini tidak kurang hebatnya. Pedas lagi menyengat. Menu ringkas dan simple semacam ini sememangnya buat kita makan nasi bertambah.
Resipi ringkas Wan Luqman ini mama kena cuba, cukup padu! Resipi pun ringkas dan menjimatkan masa di dapur.
Okay satu lagi resepi mengundang. Disebabkan stok telur banyak, asalnya stok untuk sandwich eggstatix dan chicken cajun, tapi sandwich dihentikan buat sementara waktu. Jadi hari-hari lah kita makan telur. Telur tu protein, tapi bukan telur kuning ye.
Harini resepi TELUR GORENG BELACAN. Korang ikut je betul-betul ok. Rasa-rasa hat ni lagi sedap dari sambal telur lada kering haritu. Too bad sapa yang allergic belacan…belacan ni satu ciptaan teragung bangsa melayu tau. Haha.
Ni je bahan dia.
2 biji telur
3 biji cili padi
Sedikit belacan
Daun sup
1 ulas bawang rose
Bawang putih
Masukkan kesemua bahan (kecuali telur of course), kemudian masukkan sesudu cuka macam ni. Sebenarnya sedap lagi perah limau, tapi rasa macam jauh pulak peti sejuk tu. Haha…
Ads
Tumbuk sampai jadi macam ni.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi sehingga garing.
Ads
Masukkan sedikit serbuk perasa.
Sedikit gula. Lepas masuk bahan tadi rasa lah sikit. Kalau cili tu terlalu pedas, lebihkan gula ye. Pandai-pandailah.
Kemudian, masukkan terus 2 biji telur.
Ads
Eh lupa pulak garam. Masukkan secubuit garam…next video tutorial macam mana nak kacau bagi rata tanpa memecahkan kuning tu.
Hidangkan, taburlah daun bawang ke bawang goreng ke. Sedia dinikmati!
Meraikan anak-anak dihujung minggu tak perlukan makanan yang berat dan mahal. Dengan hanya menyajikan menu ringkas tetapi sedap pun sudah cukup buat anak-anak dan suami teruja. Apa lagi dapat menikmatinya bersama-sama sambil menonton televisyen.
Menu ringkas tetapi sedap ini mama perlu cuba untuk menyediakan pada keluarga. Rasanya cukup ringkas tetapi sedap. Lagi nikmat jika dimakan ketika sejuk. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Ariana Sofea Ahmad ini!
Pencuci mulut @ desert yang sedap dan senang sangat nak buat. Ni cara saya buat puding laici buah cocktail.
Puding Laici Buah Cocktail
Bahan-bahan:
1 tin buah laici
1/2 tin @ 350g buah cocktail (buah sahaja)
1 tin @ 2 cawan @ 400ml susu cair
1 3/4 cawan @ 350g gula
5 1/2 cawan @ 1100ml air biasa
8g serbuk agar- agar
Mula-mula letak dulu buah cocktail 150g dalam bekas. Lepas tu letak 5-6 biji buah laici yang di potong kecil.
Dalam kuali masukkan air biasa dan serbuk agar-agar. Kacau hingga sebati. Lepas tu masukkan gula dan kacau hingga sebati dan mendidih.
Bila air dah mendidih masukkan susu cair dan kacau laju hingga sebati. Jangan sampai susu cair jadi berketul. Kacau laju-laju. Lepas 10 minit barulah tutup api.
Lepas tu tapis adunan ke dalam bekas tadi.
Rehatkan puding hingga sejuk dan pejal dalam 2-3 jam.
Keluarkan puding, lepas tu letak buah cocktail 200g atas puding. Dan letak pula semua baki laici tadi. Nak letak sebiji-biji pun boleh. Nak potong kecil sikit pun boleh.
Puding tanpa air laici tak lengkap. Tuang semua air laici atas puding.
Masuk hari keenam kita beraya pastinya kita sudah mula jemu dengan juadah raya. Apa kata kita cuba resipi Ayam Geprek oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini pula untuk ubah selera.
Paling menarik pastinya cara pembuatan ayam geprek yang buat ayam lebih rangup daripada biasa. Sedap dan mudah. Jom cuba!
Hari ni masih cuti, tapi tak mahu makan lauk Raya dah. Masak lauk yang mudah, yang tak leceh. Ayam Geprek sahaja dah lah. Lagipun, hidangan ni kira hidangan lengkap, siap ada sayur lagi.
Ayam Geprek by Kamarul Ariffin Nor Sadan
Bahan-bahan: (2 orang makan)
2 bahagian peha serta pinggul ayam
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 sudu besar serbuk paprika
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 keping tempe
2 keping tauhu
2 biji limau kasturi
2 biji cili merah
5 biji cili padi
2 ulas bawang putih
1 genggam kacang gajus/tanah
1 sudu kecil minyak bijan
1-2 batang kacang panjang
Gula dan dan garam secukupnya
Ayam ni bahagian pinggul dan paha. Saya dah buang tulang sebab nak elakkan ayam tak masak. Kalau pergi pasar, boleh minta penjual ayam tu buangkan. Cakap pada dia potong potongan chicken chop.
Ni bahan-bahan untuk saluran tepung. Saya guna tepung gandum, tepung jagung, paprika, kunyit jintan, dan garam. Kalau nak tambah rempah lain seperti lada hitam, serbuk jintan dan sebagainya, silakan.
Letak ayam atas campuran bahan salutan tepung yang telah digaul sebati.
Kemudian kambus ayam tu! Tepuk-tepuk sikit. Urut-urut ayam bersama tepung. Dan angkat ayam keluar.
Sekarang celup sekilas dalam air sejuk. Ada orang guna telur. Saya pakai air je. Terpulang kalian nak ikut yang mana. Proses ni untuk dapatkan salutan tepung yang lebih tebal.
Golek lagi atas tepung tadi. Tepuk lagi. Urut lagi. Nanti akan dapat salutan tepung yang tebal.
Ni kira dah OK. Kalau nak tebal lagi, boleh celup air lagi, kemudian salut lagi tepung ni.
Dah puas bedakkan ayam. Masuk dalam kuali yang berisi minyak panas. Goreng 5 minit setiap sisi, atau sampai kau orang yakin ayam dah masak.
Nampak ni! Gebu dan rangup. Warna pun cantik. Ada sikit macam ayam KFC. Yang ori, bukan yang spicy. Apapun, jangan tunjuk anak-anak! Nanti tak sempat jadi ayam geprek!
OK ni bahan nak buat sambal dia. Cantik tak cobek ni? Bilangan cili terpulang pada citarasa masing-masing. Nak pedas berapi letak banyak. Bahan ni kita potong dan goreng sekejap.
Lepas tu kita ulek-ulek lah bahan-bahan tadi dah nampak lumat sikit, letaklah garam, gula (atau gula melaka), dan sedikit minyak bijan. Seimbangkan semuanya.
Akhir sekali perah jus limau kasturi! OK dah siap sambalnya. Sekarang dah boleh hidang!
Potong ayam. Lumur sambal. Susun tempe goreng dan kacang panjang yang telah dicelur. Perah limau kasturi sebagai pembangkit selera. Mencurah air liur dah ni. Ayam rangup, sambal pedas, limau masam. Syurga!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bosan dengan nasi putih dan lauk pauk, apa kata kita hidangkan juadah isterimewa buat anak-anak dan suami di bulan puasa ini. Nasi Mandy antara resipi yang wajib dicuba sebagai hidangan berbuka.
Perkongsian resipi Pn Nurul Ateekah ini mama wajib cuba. Lengkap dengan langkah demi langkah dan senang untuk diikuti. Pasti menjadi!
Seperti yang saya janjikan, resipi Nasi Mandy saya setiap kali tempahan. Tak ada terkurang atau terlebih. Apa yang saya buat pada customer saya, macam tu saya akan bagi resepinya. Selamat mencuba!
Saya sediakan step by step sampai akhir) Kalau tak tahu caranya, boleh tengok di setiap gambar, dari rempah, nasi, ayam, kambing, sos@sayur salata.
Rempah Nasi Mandy/Kabsah
2 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar kayu manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar buah pelaga
1 sudu kecil bunga cengkih
1 biji limau kering
1 biji buah pala kering /nutmeg
1 helai daun salam/bayleaves
1 sudu kecil serbuk kunyit
Masukkan kesemua bahan ke dalam kuali (tanpa minyak) sangaikan dengan api perlahan selama 10 minit dan sehingga naik bau.
Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam tempat pengisar kering/atau blender kering. Kisar sehingga halus.
Simpan ke dalam tempat yang bertutup.
Bahan Nasi Mandy
4 pot beras basmati
1½ pot air x 4 air rebusan kambing/air biasa
Kambing atau ayam
Minyak sapi 3 sudu besar
Rempah nasi Mandy 1½ sudu besar
Bawang besar 1 biji (dipotong dadu@dihiris)
Cili hijau 2@3 batang
Bawang putih 10 ulas
Bayleaves/daun salam 1@2 keping
Limau kering 1 biji
Kayu manis 1 batang
Bunga cengkih 2 biji
Buah pelaga 2 biji
Akar daun ketumbar (2 pokok)
1 kiub ayam@daging
Daun ketumbar -hiasan
Kismis -hiasan
Bawang goreng -hiasan
Kacang gajus/badam -hiasan
1. Rendam beras Basmati selama 20-30 minit. Toskan.
2. Sediakan kuali atau periuk besar.
3) Panaskan minyak sapi, masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, limau kering, daun salam, cili hijau, bawang putih, bawang merah, kiub ayam@daging dan rempah. Masak sehingga naik bau.
5) Masukkan beras dan air mengikut sukatan yang betul dalam rice cooker.
6) Perasakan dengan garam jika perlu.
7) Masukkan daging kambing yang dimasak sekali dengan kuahnya (pastikan kambingnya empuk) ***Jika menggunakan ayam, ayamnya perlu dibakar, tidak perlu di masak bersama kuah.
8) Tekan butang periuk nasi dan biarkan ianya masak sempurna.
9) Selepas 10 minit nasi sudah masak, lubangkan kepada 4 bahagian, masukkan pewarna oren@kuning(agak-agak), biarkan seketika dalam 5 minit dan gemburkan nasi perlahan-lahan agar nasinya tidak patah.
10. Sediakan aluminium foil dan letakkan minyak ke dalamnya dan masukkan arang yang telah di bakar tadi. (Bakar diatas api dapur), tutup periuk nasi biarkan ianya diasap selama 5-10 minit.
11) Taburkan kacang, kismis, daun ketumbar dan bawang goreng, angkat nasi dan sedia untuk dihidang.
Untuk Perapan Ayam
1 ekor ayam
1 sudu besar rempak Mandy
1 sudu besar serbuk cili
½ atau hujung sudu kecil pewarna oren atau kuning
Sedikit garam
Serbuk perasa
1) Masukkan semua bahan ke dalam bekas, ratakan kesemuanya dan sapukan kepada ayam.(sapu rata dan biarkan ianya paling kurang 1@2 jam.
2) Panaskan oven, bakar pada suhu 220c.(25-40 minit)
3) Apabila ayam sudah masak, minyak ayam jangan dibuang, taburkan pada nasi yang telah dimasak di dalam rice cooker(jika mahu).
Resipi Kuah Sup
1/2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
3 batang cili hijau
1 sudu kecil rempah Mandy
1 kiub ayam
Garam secukup rasa
1) Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih.
2. Masukkan semua bahan lain dan perasakan. Boleh letak kentang atau lobak merah (jika mahu).
Sos Salata
Bahan-bahan:
4 biji besar tomato
5 biji cili hijau
2 ulas bawang putih
2 sudu besar daun Ketumbar (dihiris)
1 sudu besar jus lemon
5@6 sudu besar air masak (jika perlu)
Kisar semua bahan sehingga hancur, letak kedalam mangkuk, siap untuk dihidang.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.