Telur Makanan Terbaik Untuk Tumbesaran Dan Menguatkan Tulang Anak. Sehari Sebiji Dah Cukup!

Share

Sama ada digoreng, direbus atau dimasukkan dalam menu makanan, telur antara makanan yang sentiasa jadi pilihan semua peringkat umur. Kebiasaannya kanak-kanak yang susah makan lauk bila digantikan dengan telur mereka suka.

Tapi ada juga ibu bapa yang risau jika anak terlalu bergantung dengan telur semata-mata. Sebenarnya jika diikutkan protein yang tinggi dalam telur sangat bermanfaat untuk membantu perkembangan anak.

Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, dia sangat mengalakkan anak-anak kita bersarapan dengan telur.

Telur adalah sumber makanan yang kaya dengan protein penting dan berkualiti. Ia membekalkan asid amino yang tidak dapat dihasilkan dalam tubuh.

Selain itu, ia membekalkan beberapa vitamin dan mineral, terutama vitamin A (bagus untuk mata anak-anak kita), vitamin D (bagus untuk tumbesaran dan menguatkan tulang anak-anak kita), choline (bagus untuk meingkatkan kecerdikan minda anak-anak kita dan menguatkan otot-otot jantung), dan selenium (bagus untuk kelenjar tiroid berfungsi dengan baik).

Jika anak-anak kita tiada masalah alahan, telur adalah sarapan yang baik. Boleh diberikan bersama roti, nasi, atau mee.

Berikan sehari sebiji, sama ada diberikan dalam bentuk telur rebus, telur goreng atau telur separuh masak.

Jangan berlebihan. Galakkan juga pengambilan lemak sihat seperti minyak zaitun dalam pemakanan mereka.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

 

IKLAN