Selamat melahirkan cahaya mata ketujuh mereka pada 12 Julai lalu, pasangan doktor, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Datin Dr Halina Mohd Yunos kini sempat mengabadikan kenangan wajah si comel baby Sheikh Muhammad yang genap sebulan.
Genap sebulan usianya, wajah comel baby Sheikh Muhammad diabadikan dalam dalam satu sesi fotografi.
Menerusi Instagram, Dr Sheikh Muszaphar dan isteri memuat naik video ketika sesi fotografi itu.
Uniknya, pasangan ini memilih tema Arab untuk wajah comel Sheikh Muhammad.
“Pak Arab theme. Salam Muhammad. Just for memories. Daddy loves you.
“Best time for newborn photoshoot is at 2 weeks old,” tulis Dr Sheikh menerusi kapsyennya.
Ads
Gaya comel baby Sheikh Muhammad yang sedang lena ketika digayakan menarik perhatian ramai.
Tambah comel dengan aksesosi dan lengkap berserban. Comel sungguh.
Dah perkenalkan flash card dan tummy time
Dalam pada itu, meninjau perkongsian Dr Halina, baby Sheikh Muhammad kini sudah mula diperkenalkan dengan flash card dan tummy time.
Ads
“Umur sebulan hari ini.
“Muhammad perlahan-lahan akan keluar dari usia baru lahir ini. Sekarang dah kurang berkerut dan tidur bising sekarang. Im so gonna miss that.
“Dia lebih berjaga-jaga, lagi mudah nak main dengannya. Kami juga dah mula perkenalkan flash card dan tummy time.
“Masih menyusu setiap 3 jam. Saya belum lagi perkenalkan dia kepada botol, mungkin itu untuk pelajaran bulan depan.
Melangkah masuk ke kediaman mewah ini sudah cukup buat sesiapa teruja. Gabungan dekorasi eksklusif, sentuhan landskap ala resort, dan suasana rumah yang begitu “hidup” menjadikan setiap ruang seolah-olah bercerita tentang gaya hidup si pemiliknya yang penuh warna dan inspirasi.
Figura yang dimaksudkan adalah Dato’ Azril Mohd Radzi, pengasas kepada jenama terkenal V’Asia Cosmetic & Healthcare. Seorang figura yang bukan sahaja berjaya dalam dunia perniagaan, malah cukup menjaga kesihatan, kekeluargaan, dan spiritual.
Di sisi beliau, sentiasa setia menyokong adalah Datin Balqish hussni isteri tersayang yang menjadi tulang belakang dan sumber ketenangan dalam kehidupan seharian.
Baru-baru ini Pa&Ma mendapat peluang untuk berkunjung ke kediaman usahawan yang berjaya ini bagi program Projek Dekorasi Parenting. Nak tahu jom ikuti lanjut perbualan kami dengan Dato’ Azril.
Dekorasi Rumah Ala Resort Gabungan Elegan & Inspirasi Global
Apabila berbicara mengenai dekorasi kediamanya, menurut Dato’ Azril dia memilih kediaman yang menyatukan elemen modern tropical resort, dihiasi warna-warna menenangkan seperti hijau dan biru lembut, mural dinding yang diinspirasikan dari Eropah, serta gabungan perabot dan idea daripada pereka antarabangsa itulah konsep kediaman mereka.
Setiap sudut ada ceritanya. Ruang famili misalnya, diberi sentuhan mural Eropah, menggambarkan cinta Dato’ Azril terhadap travel dan seni.
FULL VIDEO KEDIAMAN DATO’ AZRIL:
“Dekorasi dari inspirasi dari designer antarabangsa, tapi semua tetap ikut taste dan gaya saya sendiri,” kongsinya.
Ketika pandemik, rumah ini didekor bersama ID (interior designer), namun hasil akhir masih mengekalkan jiwa pemiliknya.
Bila ditanya tentang ruang istimewa di rumah, Dato’ Azril terus menyebut tentang gym room dan sauna inframerah yang ada di kediaman mereka. Katanya, demi jaga kesihatan, dia pastikan setiap hari berjalan sekurang-kurangnya 10,000 langkah.
“Saya pastikan setiap hari saya buat 10,000 langkah untuk kekal sihat dan bertenaga,” kata Dato’ Azril.
Tidak hanya mengamalkan gaya hidup sihat, rumah ini juga dilengkapi dengan infrared sauna.
“Saya pun guna sauna lepas bersenam. Isteri pula memang akan gunakan sauna setiap kali berpantang untuk keempat-empat anak kami,” tambahnya lagi.
Selain itu, rumah ini turut dilengkapi mini pawagam. Bila tiba hujung minggu, keluarga ini akan “berpindah” ke bilik hiburan mereka yang lengkap dengan skrin besar, kerusi empuk seperti panggung wayang, serta set karaoke .
“Saya tak pandai menyanyi. Tapi anak-anak memang suka menyanyi . Karaoke ini biasanya kami guna bila ada tetamu kata Dato’ dengan senyuman.
Selain itu, Pa&Ma juga berpeluang meninjau di ruangan dapur. Masuk ke dapur, mata pasti tertumpu pada ruang yang luas dan moden, dengan rekaan konsep kaca.
“Saya masak setiap hari, itu rutin dan terapi bagi saya,” kongsi Datin Balqish . Tak hairanlah, koleksi pinggan mangkuk beliau pun memang luar biasa. Daripada Royal Albert yang dibeli di London dan set hi-tea Noritake yang lazimnya harga mencecah RM1,000. Semuanya menggambarkan cita rasa elegan dan premium mereka suami isteri.
Malah, menurut datin, Dato’ Azril turut meminati koleksi pinggan mangkuk, menjadikan hobi ini sebagai aktiviti bersama yang unik.
Lebih dari sekadar kemewahan, kediaman ini juga menyimpan nilai spiritual yang tinggi. Mereka memiliki sebuah surau yang boleh memuatkan 20 orang dalam satu masa. Di sinilah diadakan kelas mengaji dan majlis ilmu.
Malah, dari hasil penjualan produk dan perniagaan, menerusi Yayasan V’Asia, Dato’ Azril turut menyumbangkan misi kemanusiaan antaranya membina masjid di Gilgit, Pakistan, sebuah kawasan sejuk yang sebelum ini tidak memiliki masjid.
“Bila ada perayaan, ibadah korban pun banyak kami salurkan ke sana,” kongsi Dato’ dengan rendah hati.
Siapa sangka, rumah ini turut menjadi tumpuan kerana konsep landskap ala hotel. Ada kolam air yang dikelilingi pokok hijau, deruan air yang menenangkan, dan suasana tropika yang mendamaikan.
Mereka turut membina rumah kecil lengkap dengan gelongsor khas untuk anak-anak, serta rumah kucing untuk haiwan kesayangan mereka.
Nyata, Dato’ Azril tidak kisah berhabis untuk memberikan yang terbaik buat keluarganya.
Melihat rumah ini bukan sekadar menilai rekaan atau gaya, tapi juga menyerap semangat dan inspirasi yang dibina dari usaha gigih, kasih sayang keluarga, dan kepercayaan kepada rezeki Tuhan.
“Kami hanya berkongsi, mana tahu boleh beri inspirasi pada orang lain.” – Dato’ Azril
Dan ya, sememangnya ia memberi semangat pada yang melihat bahawa kejayaan bukan hanya tentang kemewahan, tapi bagaimana ia digunakan untuk beri nilai kepada orang lain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hati wanita mana yang tak gembira bila akhirnya disahkan hamil. Lebih-lebih lagi selepas 10 tahun menunggu keajaiban itu datang semula. Itulah yang dirasai oleh Bella Park, bila akhirnya doa panjangnya dimakbulkan Tuhan. Namun di sebalik rasa syukur yang tak terucap, terselit juga ujian yang menguji jiwa seorang ibu kehilangan salah satu daripada bayi kembar yang dikandungnya.
Dalam satu perkongsian di Threads, Bella berkongsi kisah sebenar yang jarang didengar dia disahkan mengalami Vanishing Twin Syndrome, satu keadaan di mana salah satu janin dalam kandungan kembar ‘hilang’ atau tidak berkembang seperti sepatutnya.
“Pernah dengar tentang Vanishing Twin Syndrome? Itu yang Bella sedang hadapi. Bella mengandung baby kembar tapi sayangnya satu dah tak ada. Bella redha. Alhamdulillah satu lagi baby tu dalam keadaan baik-baik sahaja. Apa saja yang jadi pasti ada hikmah. Allah lebih mengetahui. Kita bukan kehilangan tapi memulangkan hak yang satu. Moga Allah pelihara hingga ke kelahiran. Amin 🤍”
Ayat itu cukup membuat ramai yang membaca tersentuh. Bayangkan selepas bertahun menanti, akhirnya dapat merasa dua nyawa di dalam rahim namun takdir Allah menentukan hanya satu yang terus kekal.
“Ya, kita doa minta kat Allah nak anak. Allah bagi rasa dua jap dalam rahim tapi tak ada rezeki dua-dua. Allah jaga satu lagi, syukur dah. Saya memang okay. Dua-dua kami laki bini memang happy yang baby satu lagi tu sihat. Tu ja.”
Walaupun kata-katanya kedengaran tenang, jelas dalam setiap baitnya ada rasa ikhlas yang dalam. Bella memilih untuk bersyukur, bukan berduka. Kerana baginya, setiap takdir Allah datang dengan hikmah yang mungkin belum difahami sekarang tapi akan terjawab di kemudian hari.
Vanishing Twin Syndrome berlaku apabila salah satu janin dalam kandungan kembar ‘lenyap’ atau diserap oleh tubuh ibu atau janin yang satu lagi pada peringkat awal kehamilan. Ia biasanya dikesan semasa pemeriksaan ultrasound, bila pada awalnya terdapat dua kantung kehamilan, tetapi kemudian hanya satu janin yang kekal berkembang.
Pakar menjelaskan bahawa keadaan ini sebenarnya lebih biasa daripada yang disangka, berlaku kepada sekitar 30% kehamilan kembar. Puncanya boleh berpunca daripada masalah kromosom, perkembangan janin yang tidak sempurna, atau faktor lain yang di luar kawalan ibu.
Biarpun tidak sempat mendakap, kehilangan itu tetap dirasa oleh setiap ibu. Ia bukan sekadar tentang janin yang hilang, tapi tentang harapan yang sempat mekar sekejap di hati. Namun seperti kata Bella, “Kita bukan kehilangan, tapi memulangkan hak yang satu.”
Dalam setiap air mata yang jatuh, ada kekuatan baru yang lahir. Dalam setiap detik sujud dan doa, ada rasa syukur yang makin dalam kerana masih ada satu nyawa kecil yang sedang membesar dengan sihat di dalam rahimnya.
Hari demi hari, Bella dan suami terus menatap masa depan dengan penuh harapan. Mereka percaya, rezeki itu tak pernah salah alamat. Walaupun satu jiwa telah kembali kepada Pencipta, satu lagi sedang terus berjuang untuk lahir ke dunia.
Semoga Allah terus pelihara kandungan Bella hingga ke saat kelahiran nanti. Dan buat semua ibu yang pernah kehilangan tanpa sempat mendakap ketahuilah, kasih itu tidak hilang. Ia hanya berpindah, dari rahim ke syurga.
Isteri mengharapkan suami lebih peka dan memahami dirinya. Walaupun tidak pernah memberitahu apa yang dia inginkan, para isteri lebih suka supaya suami lebih mengambil berat tentang dirinya. Suami pula bukan tidak peduli, tetapi kadang-kadang tidak faham jika tidak diberitahu.
Di dalam penulisannya, Dr Taufiq Razif memberitahu tentang apa yang biasanya para isteri inginkan dari seorang suami.
Fitrah emak emak ni memang suka nak berhias dan nak dilihat cantik. Lebih lebih lagi di depan suami yang dia kasihi.
Mak-mak akan jadi makin cantik bila:
1. Dia diberikan bajet khusus untuk Self Care diri. Tak perlu banyak tapi yang penting cukup untuk dia merawat dan mencantikkan diri.
2. Dia diberikan masa khusus untuk memanjakan diri sendiri. Kadang tak perlu ke spa atau salon pun. Asalkan diberikan peluang dan masa memang mereka akan cari cara untuk merawat dan mencantikkan diri sendiri.
3. Dia diberikan peluang untuk Self Reward diri sendiri seperti melancong, shopping dan sebagainya. Selepas berhempas pulas menjaga pasangan dan anak anak, Self Reward ni sangat perlu untuk menjaga motivasi dalaman diri. Hilang motivasi diri, maka hilanglah seri.
4. Dia diberikan nafkah batin yang mencukupi keperluan diri. Nafkah batin ini termasuklah pergaulan yang baik dan kasih sayang yang membuatkan hatinya menjadi tenteram dan tenang.
5. Dia perlukan pasangan yang memahami psikologi dan keperluan diri seorang wanita. Perbezaan jantina membuatkan ramai wanita tidak memahami lelaki dan ramai lelaki tidak memahami wanita sedangkan ilmu memahami pasangan adalah ilmu yang sangat penting untuk keharmonian rumahtangga.
Wanita dan isteri yang cantik datangnya daripada rumahtangga yang bahagia dan harmoni.
Sebenarnya isteri tak perlukan wang ringgit atau hadiah mahal-mahal dari suami. Sikap prihatin dan ambil berat dah cukup untuk buat seorang isteri bahagia. Sama-samalah bertolak ansur dan saling memahami. Isteri ambil hati suami, begitu juga sebaliknya. Dengan itu, rumah tangga kekal harmoni dan bahagia selalu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.