“Malam tadi bila lihat perjuangan, pergelutan, pengorbanan isteri yang melahirkan zuriat terasa keinsafan dalam diri, rasa nak bagi dunia pada dia, tak nak lukakan hati dia, tak nak dia kecewa dengan sikap kita.
“Tetapi itulah kita ini iman senipis kulit bawang. Sekejap sahaja keinsafan, lama sikit lupalah.
Ads
“Apa pun Faz akan buat yang terbaik untuk isteri dan keluarga.
“Jauhkan la daku dari godaan-godaan yang ada di luar, yang paling penting, Faz akan sentiasa ingat dan hargai segala pengorbanan mu isteri. Balik nanti saya ada kejutan untuk awak,” coretnya sambil berseloroh di akaun Instagram miliknya.
Ads
Pada 2021, Fazreen, 38, memaklumkan isterinya mengalami keguguran ketika usia kandungan 10 minggu.
Sebelum itu, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2011 itu pernah diuji dengan dua kali keguguran sebelum membuat keputusan mengambil anak angkat, Mohd Rizqin Qayyum, 11 tahun.
Ads
Selain itu, mereka turut dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Mohd Rizqin Quwais, 9; Rizqeen Humaira, 8; dan Mohd Rizqin Haqq, 5.
Belum selesai tempoh berpantang, penyanyi Shila Amzah sudah pun kembali beraksi di atas pentas nyanyian.
Menerusi perkongsian di TikTok, ibu kepada bayi comel Rhea Akira ini dilihat sedang melakukan persiapan untuk mengadakan persembahan untuk sebuah majlis.
Menurut perkongsiannya, Shila membuat persembahan untuk mendendangkan lagu tema bersempena sambutan ulang tahun persahabatan antara Malaysia dan China.
“Kerja pertama setelah tiga bulan, dari hujung trimester, bersalin dan berpantang. Bismillah, ayuh kita kayuh.
“Kembali bekerja, walaupun belum habis pantang, saya masih ada beberapa hari lagi tapi kira halal la.
“Persembahan hari ini untuk sambutan 50 tahun persahabatan antara China dan Malaysia, jadi saya akan menyanyikan lagi temanya,” tulis Shila menerusi kapsyennya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji perubahan fizikal penyanyi berusia 33 tahun itu yang kelihatan kurus walaupun baru sahaja melahirkan anak.
Biarpun belum habis pantang, Shila dilihat cukup cergas dan sihat untuk Kembali ke pentas nyanyian.
Terdahulu, Shila dan suami, Ubai MZ telah mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023 dan dikurniakan cahaya mata pertama iaitu Rhea Akira pada 9 Mei lalu.
Perlukah suplemen tumbesaran kanak-kanak? Persoalan ini sering timbul dalam kalangan ibu bapa, terutamanya apabila melihat anak kelihatan lebih kecil berbanding rakan sebaya atau sukar makan. Lambakan iklan suplemen dan produk ‘penggalak tumbesaran’ di pasaran pula menambah kebimbangan, seolah-olah tanpa suplemen anak akan ketinggalan dari segi fizikal dan perkembangan.
Namun, menurut pakar pediatrik, tumbesaran kanak-kanak tidak boleh dinilai hanya melalui ketinggian semata-mata, apatah lagi disandarkan kepada pengambilan suplemen tanpa keperluan sebenar.
Pakar Perunding Pediatrik dan Endokrinologi Pediatrik, Dr. Jeanne Wong Sze Lyn, menjelaskan bahawa tumbesaran optimum kanak-kanak bergantung kepada beberapa faktor utama yang saling berkait. Antaranya ialah nutrisi seimbang, tidur yang berkualiti, aktiviti fizikal yang mencukupi, tahap kesihatan umum yang baik, keseimbangan hormon serta faktor genetik.
“Ini adalah ‘penggalak tumbesaran’ yang sebenar. Tiada satu pun suplemen mampu menggantikan asas-asas ini atau meningkatkan ketinggian anak melebihi potensi genetik semula jadi mereka,” jelas beliau.
Tambahnya, kebanyakan kanak-kanak yang sihat dan aktif sebenarnya sudah mendapat nutrien mencukupi melalui pemakanan harian tanpa memerlukan suplemen tumbesaran kanak-kanak secara rutin.
Makanan semula jadi kekal sebagai sumber terbaik untuk membekalkan makronutrien seperti protein, karbohidrat dan lemak sihat, serta mikronutrien seperti vitamin dan mineral yang penting untuk pembentukan tulang, otot dan tisu.
Pengambilan makanan lengkap seperti nasi, roti, ikan, ayam, telur, sayur-sayuran, buah-buahan serta susu dan produk tenusu mampu menyokong tumbesaran anak secara menyeluruh. Dalam kebanyakan kes, diet seimbang sudah mencukupi tanpa perlu bergantung kepada pil atau serbuk tambahan.
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk tabiat pemakanan anak sejak kecil. Penyediaan makanan di rumah, waktu makan yang konsisten dan suasana makan yang positif membantu anak mengenali isyarat lapar dan kenyang secara semula jadi.
Amalan ini jauh lebih berkesan berbanding bergantung kepada suplemen tumbesaran kanak-kanak sebagai jalan pintas.
Walaupun suplemen tidak disarankan secara rutin untuk semua kanak-kanak, terdapat keadaan tertentu yang memerlukan sokongan tambahan atas nasihat doktor. Menurut Dr. Jeanne Wong, suplemen hanya diperlukan apabila kekurangan nutrien telah dikenal pasti secara klinikal atau kanak-kanak berada dalam kumpulan berisiko.
Antara kekurangan nutrien yang sering dikesan termasuk:
Bagi kanak-kanak yang mempunyai penyakit kronik, alahan makanan yang teruk atau masalah pemilihan makanan yang sangat terhad, suplemen tumbesaran kanak-kanak mungkin penting untuk membetulkan kekurangan nutrien dan menyokong kesihatan keseluruhan.
Dr. Jeanne Wong menegaskan bahawa ujian darah merupakan kaedah paling tepat untuk menentukan tahap nutrien dalam badan kanak-kanak. Ibu bapa dinasihatkan supaya tidak bergantung kepada kaedah alternatif seperti analisis rambut yang tidak disahkan secara perubatan dan boleh mengelirukan.
Sekiranya kekurangan nutrien dikesan, doktor mungkin akan menetapkan dos rawatan tertentu untuk tempoh yang sesuai sebelum dos dikurangkan atau dihentikan. Pendekatan ini lebih selamat berbanding pengambilan suplemen tumbesaran kanak-kanak secara rawak.
Kesimpulannya, suplemen tumbesaran bukan keperluan utama bagi semua kanak-kanak. Fokus sebenar ibu bapa seharusnya kepada rutin harian yang sihat seperti penyediaan makanan seimbang, memastikan anak mendapat tidur mencukupi dan menggalakkan aktiviti fizikal secara konsisten.
Setiap anak membesar mengikut rentak dan potensi tersendiri. Jika ibu bapa bimbang tentang tumbesaran atau selera makan anak, sebaiknya berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Ingat, asas yang kukuh di rumah adalah kunci utama untuk anak membesar sihat, seimbang dan bahagia tanpa bergantung sepenuhnya kepada suplemen tumbesaran kanak-kanak.
Orang kata berat mata memandang, besar lagi ujian yang terpaksa dilalui pasangan suami isteri ini apabila anak yang baru lahir disahkan mengalami masalah usus. Ibu bapa mana yang sanggup melihat bayi yang baru tiga hari dilahirkan terpaksa dibedah untuk mengenal pasti masalah sebenar.
Menerusi perkongsian di Facebook, pasangan suami isteri ini reda dengan ujian yang diberikan dan berharap segala urusan anaknya itu dipermudahkan walaupun hati rasa tak kuat.
Tak berak selepas 48 jam
Assalamualaikum, minta doakan baby Nuruddin Mahmud. Masih tak berak selepas 48 hrs. Diterbangkan ke Alor setar sebab disyaki penyakit sama seperti kakak dia, hirschsprung Disease. Ulang balik apa yang kami tempuh waktu kakak dia lahir dulu. Berkampung lagi la kami di hospital.
Baby Nuruddin Mahmud dah masuk bilik bedah on Day 3 of life. Harap semua berjalan lancar. Hari ni dapat berita lagi dari hospital. Usus yang tinggal masih tak berfungsi dan akan masuk lagi bilik bedah buat kali ke 2. Kemungkinan baby Nuruddin akan hidup dengan usus yang kurang dari 100cm.
So baby Nuruddin akan bergantung pada mesin dan bantuan pemakanan untuk tempoh yang sangat lama. Mungkin bertahun. Ingatkan kakak Sofea tu teruk dah, rupanya adik lagi teruk Ya allah permudahkan la urusan baby Nuruddin.
Menurut bapa, dia mula menyedari anak menghadapi masalah sama seperti yang pernah dilalui anak perempuannya apabila Nuruddin tidak membuang air besar dalam masa 48 jam. Hasil pembedahan mendapati usus masih tidak berfungi dan terpaksa dibedah buat kali kedua.
Lapar tak minum susu
Hanya puting menjadi peneman bila dia menangis. Kata nurse semalam “kami pun tak sampai hati nak lekat salotep di puting dia tapi tu sahaja jalan untuk pujuk dia. Kesian Nuruddin, lapar tak minum susu”
Aku yang dengar ni pun sebak tahan air mata. Alahai anak, sorang-sorang kat sini. Keluarga semua di Langkawi. Rasa nak duduk sini tapi Nuruddin dalam nicu bukan wad biasa. Kita tak boleh jaga dia hanya boleh datang melawat sahaja. Dan yang boleh masuk hanya ibu dan ayahnya sahaja.
Doakan Nuruddin Mahmud dipermudahkan pembedahan yang ke 4 esok. Berharap ada khabar gembira esok. Apa-apa pun, kami ibu dan ayahnya redha dengan apa yang berlaku. Berserah kepada Allah.
Walaupun sedih, ibu, Nur Azizah Mustakin redha dengan ujian yang diberikan kepada mereka. Mereka sebagai ibu bapa hanya berserah kepada Allah.
Diagnos ‘Total Intestinal Aganglionosis’
Duhai anak, Nuruddin Mahmud semoga Allah memberikanmu kekuatan, ketabahan dan kesabaran. Momi tunggu adik keluar. Apa pun keputusan hari ni, momi dan dedi redha. Kita merancang dengan cita-cita tapi Allah merancang dengan cintaNya. Semoga semuanya selamat hendaknya.
Selepas seminggu petang ni result rasmi operation ke 4 dari lab telah keluar. Nuruddin Mahmud diagnos “Total Intestinal Aganglionosis”. Yang mana kedua-dua ususnya iaitu usus besar dan usus kecik tidak mempunyai ganglion cell. Saraf ini hanya ada sehingga ke perutnya shj dan selepas itu tidak ada saraf. Berbeza dengan kakaknya, sofea cuma “Total Colonic Hirschprung Diseases” (keseluruhan usus besar shj tidak ada saraf).
Allah la sebaik-baik perancang. Dia menjadikan sesuatu itu yang kita pun tidak tahu hanya Dia lah yang Maha Mengetahui. Siapalah kita hendak menidakkan kuasa Allah.
InshaAllah, selesai urusan esok di hospital Nuruddin Mahmud akan di bawa pulang ke rumah di Langkawi. Keputusan yg berat, harap dipermudahkan oleh Allah.
Selepas pembedahan kali ke empat dijalankan, anaknya sah menghidap masalah ‘Total Intestinal Aganglionosis’ dimana usus besar dan kecilnya tidak mempunyai ganglion cell.
Sedih tengok renungan mata anak
Hari ni first time kakak Sofea boleh jumpa adik Nuruddin. Excited bukan main. Esok balik boleh jumpa Abg Muhammad pulak. Sejak lahir lagi tak jumpa, di Hospital Langkawi kanak-kanak tak boleh masuk. Lepas tu bila transfer ke Alor Setar pun adik stay di NICU.
Ni dah masuk wad biasa sementara kami nak bawak Nuruddin balik. Esok insyaallah. Keputusan rasmi dari makmal pun dah keluar. Memang sah ‘total intestinal aganglionosis’ Ganglion cell tu cuma tumbuh sampai di perut sahaja. Jadi kalau bagi susu pun, akan keluar balik di mulut dan hidung. Harap-harap dipermudahkan adik Nuruddin. Sedih bila dia tengok dan renung kita. Apa pun daddy dan mommy redha.
Setelah berjumpa dengan pakar selepas operation. Memang sah usus Nuruddin tak boleh berfungsi langsung. Jadi kami buat keputusan untuk bawa Nuruddin balik bersama kami supaya di saat akhir hidup dia, biarlah dia bersama kami sebagai keluarga. Doakan lah urusan Nuruddin dipermudahkan.