Menu sahur dan berbuka tersebut meraih perhatian ramai kerana lengkap nutrisi dan boleh dikatakan hidangan yang bukan biasa-biasa untuk makan pada waktu sahur.
Rata-rata memuji sikap rajin si ibu yang berasal dari negara matahari terbit ini. Memang tak dapat disangkal lagi kerajinan si ibu apabila melihat betapa lengkapnya menu untuk si anak.
Ads
“Bila mak orang Jepun ayah melayu. Org Jepun memang rajin sangat-sangat. Tengok la sahur dia.”
Ads
“Macam-macam lauk makanan lepastu hias cantik-cantik . Dia buat sorang okay.”
“Kalau aku buat sahur selagi simple boleh. Hebat laaa makkk diaaaa”
Saksikan gelagat Azwan Kombos dan keluarga bersama Irma Hasmie beriadah di Super Park @ Next Gen hanya di Pa&Ma Playdate!
Memandangkan stok topeng muka dan pencuci tangan susah nak dapat di pasaran ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk penjagaan kebersihan diri.
Ramai yang risau apa harus dilakukan jika ada gejala batuk dan selesema dan terpaksa keluar atas urusan tertentu tapi sukar untuk melindunginya.
Berikut perkongsian Dr Anisah Ali yang memberi alternatif dalam keadaan sekarang ini yang sentiasa memerlukan penjagaan lebih terutama aspek kebersihan.
Face Mask tengah out of stock everywhere! Kakitangan hospital dan klinik pun bercatu menggunakan face mask sekarang ni.
Salah satu teknik PREVENTION yang sangat ditekankan pihak kementerian kesihatan adalah untuk kita COVER MULUT & HIDUNG dengan MENGGUNAKAN FACE MASK jika ada gejala-gejala batuk & selesema!
Ni penting ya supaya kita tak menyebarkan jangkitan ke persekitaran.
Sekiranya TAK ADA MASK dan ada gejala-gejala batuk/selesema, ini yang patut anda lakukan.
1) Pegang Tissue atau Napkin atau Handkerchief.
Cover mulut dan hidung dengan tissue/napkin/handkerchief ketika bersin/batuk.
Dah selesai bersin/batuk pada tissue tu, terus buang ke dalam tongsampah ya! Jangan perap-perap dalam tangan atau dalam handbag atau dibiar atas meja. Jangan!
2) Jangan Tutup mulut dengan tapak tangan ketika batuk/bersin. Tapi, tutuplah dengan pelipat siku!
Ini akan lebih mengurangkan penyebaran jangkitan melalui tapak tangan.
(Ada ke orang pegang tombol pintu dengan siku?)
3) Kerapkan membasuh tangan dengan air dan sabun atau dengan Hand Sanitizer.
Setiap kali selepas bersin/batuk. Atau sekerapnya.
4) Kurangkan movement anda selagimana anda masih bergejala. Stay at home and rest saja.
Ambil ubatan yang perlu (seperti yang disarankan doktor ; Paracetamol, Anti-histamine, Antibiotic jika perlu), makan makanan yang baik untuk kesihatan, ambil vitamin yang selamat dan yang membantu menambah baik kesihatan.
Dan yang penting juga,
AJARKAN ANAK ANAK KITA LANGKAH LANGKAH PENCEGAHAN YANG BETUL!
They need to know how things are done. Because they can do it too. Correctly.
These are simple steps. But if done correctly, we can help calm the current storm!
Stay safe. Practice good hygiene. Dont be selfish! Take Care, All!
Buat kali pertamanya, seorang wanita hamil dilaporkan telah dijangkiti wabak cacar monyet.
Memetik laporan The Sun, wanita berasal dari Amerika Syarikat (AS) itu telah selamat melahirkan bayinya tanpa sebarang komplikasi.
Dr John Brooks dari Pusat Kawalan Penyakit (CDC) berkata bayi itu didapati tidak dijangkiti cacar monyet daripada ibunya.
Sementara itu, pegawai di Persatuan Penyakit Berjangkit AS berkata bayi tersebut telah diberikan infusi globulin imun. Ia adalah rawatan antibodi yang telah diluluskan oleh medik di AS semasa wabak cacar monyet.
Wanita dan bayinya dipercayai berada dalam keadaan sihat selepas dia bersalin.
Dalam pada itu, pakar telah memberi amaran pada bulan lalu bahawa penyebaran virus yang berterusan dibimbangi akan menjejaskan kumpulan tertentu.
Difahamkan, wanita hamil, orang yang mempunyai sistem imun lemah dan kanak-kanak adalah antara golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti penyakit itu.
Pun begitu, wanita hamil dikatakan lebih terdedah kepada jangkitan itu kerana fakta yang menunjukkan bahawa sistem imun mereka terjejas.
Secara global, kes cacar monyet kini telah melebihi 14,000 kes dengan 3,591 jangkitan direkodkan di AS.
Manakala, United Kingdom mencatatkan 2,367 kes beberapa hari lalu dan dijangka akan terus meningkat.
Pengarah Insiden Kebangsaan UKHSA, Dr Sophia Makki memberi amaran kepada orang ramai untuk memeriksa simptom cacar monyet iaitu ruam atau lepuh pada kulit sebelum melakukan hubungan seks.
Hubungan fizikal yang rapat dikatakan membolehkan virus itu merebak. Tetapi ia tidak ditakrifkan sebagai penyakit yang dijangkiti secara seksual.
Rata-rata ibu ayah yang mempunyai anak tahun satu tak berpuas hati dengan konsep pembelajaran kini. Ia ibarat memaksa anak untuk jadi pandai hingga ibu bapa sendiri pun jadi stres. Jadi bermacam-macam persoalan timbul.
Begitu juga mengenai silibus setiap mata pelajaran. Ada yang kata tak setanding dengan pemikiran anak tahun satu kerana dipaksa perah otaknya sedangkan waktu ini adalah masa untuk mereka bermain.
Ok sebelum ibu ayah rasa lagi bimbang, perkongsian dari guru matematik yang berpengalaman selama 13 tahun ini, Mohd Fadli Salleh mungkin boleh membuka mata kita semua.
Silibus Matematik Tahun 1 Berat?
Pagi ini, aku akan menulis satu tulisan berat. Tulisan yang membawa kita semua berfikir semula dan menilai semula.
Ya, satu tulisan yang ramai akan tidak setuju dan tidak sependapat. Tidak mengapa, tidak sependapat itu tiada salahnya. Cuma bawalah fakta dan hujah dengan matang, bukan melenting kebudak-budakan.
Aku terbaca tulisan Cikgu Zf Zamir tentang isu silibus Matematik ini. Silibus Matematik Tahun 1 KSSR Semakan. Tentang ketidak sesuaian silibus ini dengan tahap anak-anak kita.
Aku tidak bersetuju dengan cikgu Zf Zamir dan sebahagian ibu bapa kali ini. Ya, aku bangkang.
Aku respon hal ini bukan nak perang dengan beliau atau mencari masalah dengan ibu bapa yang tak setuju.
Aku menulis kali ini kerana ini kepakaran aku. Ini kemahiran aku. Ini apa yang aku ajar sudah 13 tahun lamanya.
Ya tuan, aku mengajar Matematik Tahun 1 sudah 13 tahun. Jadi tulisan ini bukan hanya pendapat semberono, ini pendapat orang yang melalui sendiri setiap kali perubahan silibus di negara kita.
Inilah orangnya yang layak bicara dengan tenang dan matang isu silibus ini.
Suka aku maklumkan terlebih dahulu, aku ini pernah mengajar di sekolah pedalaman, sekolah asli 4 tahun, sebelum ke sekolah kluster lebih 6 tahun, dan sekolah bandar lebih 2 tahun. Aku juga mengajar dari kelas paling depan hingga paling corot.
Jadi tulisan ini menggambarkan penilaian aku secara menyeluruh terhadap murid berbeza aras yang ada.
Tuan, silibus baru ini (khusus Matematik sahaja) sebenarnya sangat baik. Silibus baru ini mampu murid faham dan ikuti. Cuma kena ada penambahbaikan sedikit dibeberapa tempat.
Silibus kita, ianya berturutan dan berkesinambungan dari tahun satu dua dan seterusnya.
Mereka mula belajar pengenalan kepada bundar, gundal, garis nombor/pola nombor dan penyelesaian masalah.
Hanya pengenalan dan murid mampu faham dengan baik. Lagi pun, setiap soalan itu dibimbing guru. Bukan suruh murid buat buta-buta.
Apa perlu kita undur ke belakang? Tidak! Jangan sesekali.
Silibus yang anak-anak kita belajar ini setanding dengan silibus Singapore, UK, US dan negara maju yang lain.
Aku pernah lihat soalan Matematik tahun satu Finland. Malah soalan dari US dan UK kerana sahabat aku ada menetap di sana.
Di sini pula aku lampirkan contoh soalan murid Tahun Satu dari negara jiran, Singapura.
Lihat aras soalan mereka. Tidak jauh beza dengan apa yang anak-anak kita belajar sekarang. Silibus kita setanding!
Cuma perlu penambahanbaikan yang Kementerian Pendidikan perlu perhalusi lagi.
Kena Buat Penambahbaikan
Pertama, perbanyakkan guru pemulihan. Murid tidak mampu kuasai bukan sebab mereka tidak mampu. Sebaliknya ramai murid tercicir prasekolah dan latar belakang keluarga yang berbeza dan bermasalah.
Murid ini, jika berada di aliran perdana akan bermasalah. Datang sekolah pun On Off sahaja.
Jika yang belum kenal huruf dan nombor ini berada di kelas pemulihan dan berjaya dipulihkan, mereka mampu faham dan ikuti silibus kita dengan senang.
Kedua, kurangkan masa matapelajaran elektif yang lain, dan tumpukan pada matapelajaran utama untuk tahap 1.
Kembalikan 10 waktu mengajar Matematik untuk murid tahun satu. Sekarang, waktu belajar murid hanya 5 waktu. Diulang, 5 waktu seminggu sahaja.
Ya tuan, ini ramai orang terlepas pandang. Dari tahun ke tahun, waktu belajar Matematik dari 10 masa dikurangkan pada 8 masa. Kemudian dikurangkan pada 6 masa. Dan terbaru, hanya 5 waktu seminggu.
Mana sempat guru memberi faham dalam waktu yang singkat. Sedangkan silibus makin berat.
Di sini silap kita. Menyelitkan mata pelajaran baharu dengan memendekkan mata pelajaran penting seperti Matematik, Bahasa Melayu dan English. Menaikkan jumlah waktu mengajar subjek bukan teras dengan mencuri waktu belajar mata pelajaran teras.
Itu pun kerajaan lama tidak sedar juga kesilapan mereka. Masih mahu memperkenalkan mata pelajaran baru, Pendidikan Alam Sekitar.
Nak selit masa tu celah mana lagi? Nak kurangkan lagi masa Matematik yang dah nazak dicuri?
Aku percaya dan yakin, jika guru pemulihan diperbanyakkan serta waktu mengajar Matematik dikembalikan kepada 10 waktu semula, peratus kejayaan yang lebih tinggi dalam memberi faham pada murid akan meningkat mendadak.
Ketiga, guru diberi pendedahan dan kursus cara mengajar yang mudah untuk memberi faham pada murid.
Kembalikan kursus-kursus guru seperti dulu kala. Guru zaman sekarang tidak lagi berkursus seperti dulu-dulu kerana bajet pendidikan banyak dipotong oleh kerajaan lama. Nak beli kertas A4 pun terpaksa minta dengan murid.
Silibus baru diperkenalkan sedangkan guru tidak bersedia pun untuk mengajar perubahan yang ada dalam silibus baru.
Ini satu lagi kesilapan besar yang berlaku. Di sini bermula masalah bila guru sendiri yang kata silibus itu payah.
Sedangkan mereka tidak terokai cara mudah, mereka tidak jumpa cara bagaimana memberi faham kepada murid dengan cara yang santai dan senang kerana mereka tidak dikursuskan.
Ada pula yang komen begini, “Orang dulu belajar silibus lama pun boleh jadi pandai dan bijak juga.”
Aduh bang. Tidak kena tu komen tu bang. Cuba bayangkan jika kerajaan kekalkan silibus sejak zaman belum merdeka lagi dengan alasan sama. Padahal Tunku Abdul Rahman bijak kot. Silibus Tun Mahathir belajar dulu jauh lebih senang kot. Tapi Tun sendiri yang memperbaiki silibus kita dari masa ke semasa.
Silibus KSSR Semakan ini sebenarnya sesuai dengan zaman, kemajuan dan aras murid-murid zaman sekarang. Sesuai untuk generasi akan datang bersaing secara global.
Sesuai dan mereka boleh ikuti dengan baik. Malah jika kelemahan besar iaitu guru pemulihan, jumlah waktu mengajar itu diperbaiki serta guru-guru bersedia, aku yakin dan percaya silibus ini akan lebih berjaya lagi.
Negara maju lain silibus mereka dah terkedepan. Takkan kita yang sedang menyaingi cuba undur ke belakang?
Cikgu Zf Zamir ada cadangkan supaya mansuhkan topik bundar, gundal, pola nombor dan penyelesaian masalah.
Topik itu tiada masalah pun untuk murid ikuti. Langsung tiada masalah. Bahkan aku sendiri sudah muat naik video cara yang betul untuk ajar anak belajar bundar yang kononnya dimomokkan topik yang paling sukar di tahun satu.
Lebih 2 juta view untuk kedua video bundar yang aku muat naik. Semua yang lihat dan tonton kata betapa senangnya ajar topik itu jika kena dengan caranya.
Murid? Memang dapat kuasai elok topik ini. Tiada masalah kerana pada tahun satu, topik ini hanyalah pengenalan buat mereka.
Cuba baca dengan tenang. Hadam baik-baik. Tulisan ini ditulis dengan hujah dan fakta berasaskan pengalaman aku sebagai guru Matematik tahun satu berbelas tahun.
Bukan hanya omong kosong. Bukan sekadar tin kosong. Ini tulisan bukan sembang kedai kopi. Ini tulisan bukan sembang kari.
Tiada masalah jika tidak sependapat. Itu membuka peluang berbincangan ilmiah yang sihat. Cuma jangan datang respon dengan emosi dan tanpa hujah ilmiah. Komen berdasar skop yang kecil, hasilnya tidak ke mana.
Jadilah helang yang melihat dengan lebih luas, bukan puyuh yang hanya terbang rendah.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...