Pada 29 Jun 2019, Pa&Ma telah mengadakan Pa&Ma Mom To Be Hospital Tour dengan kerjasama Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital kepada bakal ibu daripada Pa&Ma Mom To Be Community.

‘Terasa Bagai Bersalin Di Hotel Lima Bintang’ Meriah Habis Pa&Ma Hospital Tour Di Avisena

Hospital Tour yang bermula sedari jam 9.00 pagi hingga 12.30 hari itu padat dengan perkongsian dan lawatan di sekitar Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital serta aktiviti menarik yang melibatkan seramai 20 pasangan daripada Pa&Ma Mom To Be Community.

‘Terasa Bagai Bersalin Di Hotel Lima Bintang’ Meriah Habis Pa&Ma Hospital Tour Di Avisena

Tujuan program ini diadakan untuk mendedahkan kepada bakal ibu yang bakal bersalin untuk melihat keadaan sebenar bagaimana proses bersalin di Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital.

‘Terasa Bagai Bersalin Di Hotel Lima Bintang’ Meriah Habis Pa&Ma Hospital Tour Di Avisena

Selepas sesi pendaftaran dan sarapan pagi, program dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Editor Majalah Pa&Ma iaitu Puan Hasnita Sawal yang menerangkan objektif program pada hari tersebut. Selepas itu majlis diserahkan kepada wakil Avisena iaitu Pengarah Kanan Pemasaran & Komunikasi Korporat, Puan Nor Hafidah Mustapha yang menerangkan di Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital mereka lebih mengutamakan golongan wanita dan kanak-kanak.

‘Terasa Bagai Bersalin Di Hotel Lima Bintang’ Meriah Habis Pa&Ma Hospital Tour Di Avisena

Menurut Puan Hafidah, apa yang istimewanya di Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital, setiap bilik pesakit di sediakan ruang menunggu untuk peneman pesakit dan kelengkapan seperti bantal dan selimut. Selain itu di Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital mereka lebih menekankan konsep seperti berada di hotel bertaraf lima bintang dengan pakej yang berpatutan.

‘Terasa Bagai Bersalin Di Hotel Lima Bintang’ Meriah Habis Pa&Ma Hospital Tour Di Avisena

IKLAN

Selepas selesai perkongsian daripada wakil Avisena, peserta dibahagikan kepada empat kumpulan dan setiap kumpulan diiringi oleh seorang wakil Avisena dan seorang wakil daripada Pa&Ma untuk menjelajah disekitar Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital seperti wad bersalin, bilik pesakit dan juga tempat jagaan bayi.

‘Terasa Bagai Bersalin Di Hotel Lima Bintang’ Meriah Habis Pa&Ma Hospital Tour Di Avisena

Sejurus kaki melangkah masuk ke delivery suite, peserta diterangkan dengan kemudahan yang ada di bilik bersalin. “Bilik-bilik kami direka untuk memastikan penginapan anda dengan kami semudah mungkin. Hospital kita berkonsepkan rumah. Sebagai hospital pertama di Malaysia untuk menerima pakai ‘Miami Valley Hospital Concept’ untuk reka bentuk, susunan ruang unik kami mencapai keselesaan dan keselamatan yang lebih besar untuk pesakit. Tingkap besar di setiap bilik membolehkan cahaya lebih semula jadi untuk meningkatkan rasa kesejahteraan keseluruhan pesakit.

Ciri-ciri standard yang terdapat di semua jenis bilik termasuk kemudahan penting seperti katil siang, bilik mandi bersambung, televisyen dengan pelbagai saluran, peti sejuk mini dan set peralatan mandian.

‘Terasa Bagai Bersalin Di Hotel Lima Bintang’ Meriah Habis Pa&Ma Hospital Tour Di Avisena

IKLAN

Hospital Tour diteruskan ke O&G ward, yang dinamakan Floral. Tema Flora memang khusus untuk kes O&G sahaja. Setiap tingkat juga mempunyai tema yang berbeza untuk kelainan. Konsep bunga rose di siling menandakan tempat tersebut adalah O&G ward.

Seterusnya peserta dibawa melawat ke single room. Bilik Single dan Double boleh didapati dalam tema Jungle, Carnival, Ocean and Floral. Menurut wakil Avisena, pesakit boleh memilih tema yang disukai untuk bilik mereka mengikut kekosongan bilik yang ada.

Melangkah sahaja masuk ke Executive ward, anda akan terasa seperti berada di bilik hotel lima bintang. Ruang menunggu yang besar lengkap dengan fasiliti-fasiliti menarik dan juga penemanan pesakit disediakan bilik khas yang lengkap seperti katil, selimut dan bantal.

‘Terasa Bagai Bersalin Di Hotel Lima Bintang’ Meriah Habis Pa&Ma Hospital Tour Di Avisena

IKLAN

Selesai sahaja aktiviti menjelajah di sekitar Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital, program diteruskan dengan sesi soal jawab bersama wakil Avisena iaitu Pengarah Kanan Pemasaran & Komunikasi Korporat, Puan Nor Hafidah Mustapha. Antara soalan yang menarik daripada peserta adalah kelas antenatal yang disediakan di Avisena. Menurut Puan Nor Hafidah, Kelas Antenatal yang disediakan berharga RM150 bagi satu pasangan dan penyertaan terbuka kepada semua bukan sahaja ibu yang bakal bersalin di Avisena.

Tibalah kemuncak program iaitu aktiviti cabutan bertuah. Seramai enam orang ibu hamil yang bertuah memenangi tiket percutian di Glory Beach Resort Port Dickson dan juga The Lost World Of Tambun, Perak. Kesemua peserta kemudian mendapat cenderahati daripada Pa&Ma dan Avisena dan akhir sekali sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.

‘Terasa Bagai Bersalin Di Hotel Lima Bintang’ Meriah Habis Pa&Ma Hospital Tour Di Avisena

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI