“Terasa Hampir Terputus Nafas, Lama Betul Dalam Labour Room Kali Ni”. Sari Yanti Luah Rasa Syukur

Share

Selepas Jep Sepahtu memuat naik beberapa keping gambar anaknya kelmarin, nampaknya ramai betul yang geram dengan Dariya Inara. Ada yang memuji kecomelannya dan tak kurang juga yang geram dengan pipi tembam tu!

Gembira dan bersyukur dengan kehadiran bayi perempuan kali ini, semalam Sari Yanti telah meluahkan rasa syukur dan terima kasihnya kepada suami, ahli keluarga dan rakan-rakan yang mendoakannya.

Paling terharu status yang dimuat naik oleh Sari Yanti juga benar-benar menunjukkan pengorbanan besar seorang ibu untuk melahirkan seorang zuriat.

Lama betul kakak dalam labor room kali ni. Terasa hampir terputus nafas kakak. Alhamdulillah masih ada kesempatan untuk bersama dengan yang kakak sayang. Dan menjadi yang lebih baik. Insyaallah.

Dengan perkongsian pengalaman Sari Yanti ini jelas menunjukkan kuatnya seorang wanita bergelar ibu untuk melahirkan seorang khalifah di atas muka bumi ini.

Sari Yanti juga turut berkongsi sepanjang di labour room juga, Jep sentiasa ada bersamanya dengan memberi semangat, doa yang tak putus-putus walaupun perasaan bimbang, panik sebak semua ada dalam diri Jep.

Kelahiran Dariya kali ini juga lebih awal dari tarikh sepatutnya yang dijangka pada hari pertama Ramadan. Tapi tak sangka baby nak keluar awal pada usia kandungan 37 minggu.

Dengan pengalaman ini, Sari Yanti berharap ia akan menjadi momen yang sangat indah buatnya bersama suami.

Sumber: instagram Sari Yanti &  dariyainaraofficial

 

 

 

 

IKLAN