Jangkitan telinga adalah masalah kesihatan yang kerap dihidapi oleh kanak-kanak. Ianya menyebabkan gangguan tidur dan pemakanan kanak-kanak. Mereka mungkin akan sentiasa menangis tanpa diketahui sebabnya.

Kebanyakan kanak-kanak mendapat sekurang-kurangnya 1 jangkitan telinga sebelum berusia 2 tahun.

Apakah perbezaan jenis jangkitan telinga?

Ada 2 jenis jangkitan telinga:

  • Otitis media adalah jangkitan telinga yang berlaku apabila virus, bakteria atau kulat menyerang tiub eustachian (saluran yang menghubung sinus dibelakang hidung ke telinga tengah)
  • Otitis externa ialah jangkitan telinga yang berlaku di saluran telinga luar.

Otitis externa

Apakah faktor seseorang itu cenderung mendapat jangkitan telinga?

-Jangkitan di saluran pernafasan yang berulang-ulang.
-Adik-beradik yang dijaga di pusat harian.
-Bayi yang diberi susu botol.
-Terdedah kepada asap rokok.
-Pembesaran adenoids.
-Sumbing bibir.

Alahan menyebabkan kanak-kanak lebih terdedah kepada jangkitan telinga.

Bagaimanakah kita mengetahui kanak-kanak mendapat jangkitan telinga?

IKLAN

Kebiasaan kanak-kanak akan mendapat jangkitan telinga selepas mendapat selesema atau jangkitan di salur pernafasan.

Tanda-tanda biasa ialah:

-Kesakitan dalam telinga.
-Resah dan mudah meradang.
-Tidur yang selalu terganggu.
-Selalu merentap dan menarik cuping telinga.
-Nanah keluar daripada telinga.
-Kurang selera makan.
-Lelehan hidung.
-Selalu menangis sebelah malam semasa tidur.
-Kurang terangsang dengan bunyi yang perlahan.

Acute otitis media

Apakah komplikasi yang akan timbul akibat jangkitan telinga?

Kebanyakan kanak-kanak akan sembuh sepenuhnya tetapi sebahagiannya mungkin akan mengalami:

-Telinga bernanah yang kronik.
-Kurang pendengaran.
-Lembap dalam pembelajaran terutama jika rawatan yang diberikan lewat atau tidak sempurna.

Bagaimanakah rawatan jangkitan telinga?

Dapatkan nasihat dan rawatan awal daripada doktor jika terdapat tanda-tanda jangkitan telinga.

Jika jangkitan telah dikenal pasti, rawatannya adalah:

-Ubat mencairkan kahak (sama ada secara topical or sistemik).
-Ubat demam.
-Antibiotik diberi jika jangkitan disebabkan oleh bakteria.
-Ubat titis telinga jika nanah keluar dari telinga.
-Gunakan teknik ‘ear weaking’ untuk mengeringkan nanah dalam telinga.

Jangkitan telinga yang berulang-ulang:

Mungkin disebabkan oleh alahan dan harus dirawat mengikut puncanya.

Lakukan ujian pendengaran dan pergerakan gegendang telinga pada satu ketika kemudian oleh doktor anda.

Adakah terdapat langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah jangkitan telinga?

Ya, langkah yang baik ialah:

-Susukan bayi anda dengan susu ibu.
-Jauhkan anak anda daripada mereka yang mengalami batuk dan selesema bagi mengelakkan jangkitan.
-Ajar anak anda supaya selalu mencuci tangan dengan bersih.
-Elakkan dari menyentuh mata dan hidung.

Elak:-
-Terdedah kepada asap rokok.
-Penggunaan puting.
-Penyusuan susu botol semasa baring.
-Alahan yang diketahui.
-Selalu ingat “Pencegahan adalah lebih baik daripada rawatan”.

Apakah kesan dalam jangka masa panjang?

Kebanyakan kanak-kanak tidak mengalami komplikasi untuk jangka masa panjang. Kanak-kanak yang semakin membesar akan mempunyai tiub eustachian yang berfungsi dengan lebih baik, jangkitan batuk, selesema dan telinga juga akan berkurangan.