Suami kena jadi suami yang baik. Isteri juga kena jadi isteri yang baik. Untuk menjadi suami isteri yang baik, suami isteri perlu upgrade keperibadian diri. Keperibadian diri juga disebut sebagai akhlak.
Berkata Ibnu Qudamah, “akhlak ialah apa-apa yang kita buat tanpa perlu kita memikirkan untuk melakukan perkara tersebut”.
Akhlak ni hanya terpakai pada perkara-perkara yang baik sahaja. Kalau rajin mencuri, rajin menipu isteri, rajin mengumpat jiran tetangga, itu bukan akhlak ya!
Formula untuk membentuk akhlak yang mulia:
Ilmu + iman + amal + istiqamah = AKHLAK.
Perkara utama untuk membentuk akhlak, suami dan isteri kena selalu upgrade ilmu rumahtangga. Perbaiki diri untuk menjadi suami dan isteri yang baik.
Ads
Kemudian kena yakin (iman), setiap kebaikan akan mengundang pahala.
Kemudian terus buat (amal) jangan tangguh-tangguh lagi.
Kemudian berterusan buat walau banyak rintangan (istiqamah).
Jika boleh berterusan selama 40 hari, in shaa Allah sebenarnya kita telah berjaya membentuk akhlak mulia dalam diri.
Ads
Nak bagi faham lagi, macam ni. Katakan kita ni (suami) tak rajin solat. Kita nak berubah untuk tak nak tinggalkan solat.
Caranya:
1) Kita perlu tahu kenapa kita solat, apa akibat kalau tak solat. (ILMU)
Ads
2) Dah tau akibat kalau tak solat, kita kena yakin sungguh-sungguh akibat tak mendirikan solat tu akan mengundang kemurkaan Allah dunia akhirat. (IMAN)
3) Terus usaha untuk mendirikan solat cukup 5 waktu setiap hari. Kuatkan azam, mohon kekuatan daripada Allah. Kalau tak solat boleh dikenakan hukuman atau denda pada diri (sebagai contoh kalau aku tak solat 1 waktu, aku kena sedekah RM50 untuk 1 waktu). (AMAL)
4) Amalkan berterusan hingga cukup 40 hari, jangan miss walau sehari. Kalau miss, disiplinkan diri untuk bayar denda. (ISTIQAMAH)
in shaa Allah selepas 40 hari kita akan susah nak tinggalkan solat lagi sebab kita telah install the new akhlak dalam diri kita. Tahniah!
Pada peringkat awal mungkin nampak macam tak ikhlas. Tapi tak pe, paling tidak kita telah berusaha ke arah kebaikan, dan ikhlas tu akan datang kemudian in shaa Allah…
Menjadi budaya kanak-kanak apabila hari raya pastinya aktiviti kunjung-mengunjung dari rumah ke rumah menjadi perkara yang wajib dilakukan! Disebakan itulah masyarakat kita sudah terbiasa menerima tetamu kecil yang datang beraya.
Namun lain pula kisahnya yang berlaku kepada wanita ini setelah menerima kunjungan dari sekumpulan kanak-kanak yang ingin beraya.
Menurut perkongsian yang tular di Facebook, Puan Norfatin hanya berkongsi cerita yang baru sahaja berlaku kepadanya dan memohon orang ramai agar berwasapada jika kumpulan kanak-kanak yang sama datang beraya. Risau ada yang terkena sepertinya.
“Kejadian yang berlaku di rumah saya..Jadi saya nak pesan la kot ada budak-budak tu datang beraya mohon berjaga-jaga la..”
“Petang tadi (semalam) rumah saya ada sekumpulan budak-budak (9 org) semua pakai baju merah sedondon, berkulit gelap datang nak beraya, sebab nampak budak-budak kan jadi kami bagi jelah diorg masuk kebetulan ade kakak saya sekali datang masa tu”
Dalam pada kami sibuk dok hidang-hidang air budak-budak tu sempat menyelongkar beg tangan orang, mula-mula kami tak perasan dah budak-budak tu balik, tengok sampul-sampul duit raya dah hilang.. kami jumpa sampul-sampul tu dalam bilik air, tapi dah kosong baru teringt budak-budak tu guna bilik air tadi”
“Masa budak2-budak tu beraya macam-macam soalan diaorg tanya, dalam rumah ada siapa? bilik berapa? macam-macam la.. kami pun tanya ramai-ramai dari mana, katanya bandar mahkota (brookland), ikotkan jauh jgk la dr Bukit Changgang ni katanya datang naik kereta mak sedara hantar tapi mak sedara tak masuk cuma tunggu dalam kereta”
“Bila pikir balik buat apa sanggup datang susah-susah dari jauh tak ada sedara mara pun kat sini, tapi datang hantar budak-budak tu beraya.. kami semua jadi tanya tanya sakarang ni, & dalam keadaan risau jugak.. sebab budak-budak tu tanya macam-macam detail kita malam ni tido kene jaga-jaga la jawabnya..”
Dalam kehidupan tak semua yang kita impikan akan kita perolehi. Dalam mencapai semua yang diinginkan pasti ada dugaan dan rintangan yang perlu kita tempuhi sebagai usaha dalam merealisasikan apa yang diinginkan.
Namun hidup tak semuanya indah, tambah pula dalam kehidupan yang rata-ratanya perlukan wang untuk kelangsungan sebuah kehidupan. Benar wang bukan segala-galanya tapi hari ini semuanya memerlukan wang ringgit untuk kelancaran hidup.
Seperti luahan oleh doktor selebriti, Dr Say melalui Instagram miliknya, walaupun kehidupan dia dan keluarga nampak sempurna, namun hakikatnya masih banyak yang ingin dicapai buat diri dan keluarga tercinta.
Jelasnya ini semua adalah asam garam kehidupan, jangan pernah iri dengan kehidupan orang lain yang mungkin kelihatan sempurna di mata kita kerana mereka sendiri punya perjuangan yang kita sendiri mungkin tak pernah lalui.
“Topik : Tak Semuanya Indah
“Mungkin ada yg bila tengok insta sy berfikiran “bestnya jadi Dr Say salu ade kat rumah main dengan anak dia macam takde kerisauan” tapi kehidupan sy takdela sentiasa di awang-awangan. Nampak macam carefree tapi selalu juga sy rungsing mengenai money. Nampak macam happy tapi belakang tabir sy selalu kena maki bini (melawak jaaa ahaha). Dan semalam it hit me hard.
“Ace cirit2 sampai diaper rash maka menangis sokmo lah die. Bila Ace nangis, ape lagi mommy nangis. Bila mommy nangis, ape lagi daddy yg disalahkan menjadi punca Ace cirit (sebab sy biar ace main pasir yg mungkin tercemar tahi kucing). Ditambah pula dengan bini yg kerja kuat gila sampai weekend kadang2 takde cuti dengan nak kejar deadline assignment Masters dia. Bila bini serabut, dia takkan biarkan diri dia ja serabut, dia tarik suami sekali.
“Maka sy sedikit down (bukan sebab kena maki bini itu tak sempat masuk telinga lagi dah kena tapis buang ahaha) tapi down sebab HOW I WISH I CAN PROVIDE MORE FOR MY FAMILY. Kalau lah sy “berada” teringin sangat time bini tengah pregnant & amik master ni, sy nak cakap “hun, u can quit ur job & let me provide for u”. Sy rindu masa lapang bersama bini sy, rindu tengok dia tenang sebab bila dia tenang automatic hidup sy tenang. Walaupun luaran sy tersenyum seperti di atas ni, tapi dalaman sy berkerut seperti Ace di atas ni.
“In a nutshell, dalam hidup ni tak semuanya indah. Sekiranya anda sedang bermurung/ down dont worry because this is part & parcel of life. We are all human & no human is perfect maka jangan intimidated dengan kehidupan orang lain yg nampak perfect padahal semua orang ada kesusahan yg sedang mereka lalui termasuk saya,” tulisnya.
Kebanyakan ibu bapa pasti pernah berkongsikan gambar anak di media sosial, betul tak? Tetapi tahukah anda kesan penggunaan media sosial itu boleh mengundang bahaya tidak terjangkau dek fikiran?
Kesan penggunaan media sosial akibat berkongsi gambar anak
Sebagai ibu bapa, pasti anda akan terfikir, “Tiada salahnya untuk berkongsikan gambar si manja di media sosial”. Tetapi adakah apa yang anda fikirkan itu tepat dan betul?
Atau mungkin gambar yang ingin dikongsikan itu tidak sesuai dan seharusnya tidak dijadikan tatapan umum?
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum menerima kesan penggunaan media sosial akibat berkongsikan gambar anak di Facebook, Instagram atau TikTok.
Boleh tarik perhatian pelbagai individu
Kanak-kanak merupakan antara individu mudah mendapat perhatian di media sosial. Dengan berkongsikan gambar comel si manja adalah cara yang boleh anda lakukan jika ingin menjadi tumpuan.
Tetapi seperkara penting yang sering dilupakan, anda mungkin meraih perhatian daripada pihak tidak sepatutnya seperti golongan pedofilia.
Menyiarkan terlalu banyak gambar anak ketika mereka dalam proses tumbesaran boleh menjadikannya sasaran untuk pemangsa.
Risikonya semakin bertambah jika anda secara tidak sengaja telah berkongsikan maklumat peribadi di atas talian.
Anak memerlukan privasi
Si kecil di bawah usia 5 tahun mungkin tidak kisah dengan apa yang anda kongsikan atas talian. Walau bagaimanapun, situasi itu pastinya akan berubah apabila anak semakin dewasa dan mula mengembangkan identiti mereka sendiri.
Keadaan boleh menjadi buruk apabila anak menyedari banyak perihal kehidupan awal mereka dikongsikan tanpa persetujuan.
Ibu bapa harus berhati-hati dalam setiap perkongsian di media sosial. Sebagai contoh, anda mungkin berasa comel untuk berkongsikan foto anak ketika mandi di Facebook tetapi apabila mereka meningkat dewasa, anak mungkin berasa malu mengenainya.
Anda juga harus mengelakkan daripada menggunakan anak untuk membuat kenyataan berkaitan politik, sosial atau keagamaan.
Kesan penggunaan media sosial akibat berkongsi gambar anak, boleh wujudkan tekanan
Sekiranya anak diperkenalkan dengan kewujudan internet sedari kecil, ia boleh memberikan kesan buruk pada usia remaja mereka.
Umumnya apabila anak semakin meningkat usia awal remaja, mereka lebih peka terhadap imej diri. Jadi anak mungkin berasa malu dengan gambar yang dikongsikan anda semasa mereka masih kecil.
Situasi tersebut boleh menjejaskan cara mereka berkomunikasi dengan rakan sebaya. Malah membesar dengan mendapat perhatian di media sosial juga boleh menyebabkan anak mengalami tekanan untuk terus mengekalkannya.
Menjadi individu yang gemar mencari perhatian atau attention seeker adalah tabiat yang tidak sihat yang telah banyak menghancurkan kehidupan kanak-kanak dan juga belia.
Menjual data anak semasa ‘berkongsi’
Faktor lain yang perlu anda ambil kira adalah mengenai jumlah maklumat dikongsikan atas talian.
Apabila berkongsikan video dan gambar anak berkaitan tumbesaran mereka di internet, secara tidak langsung anda ‘menjual’ informasi kepada syarikat atas talian.
Syarikat ini mengumpul data dengan menyediakan perkhidmatan dan kemudian menjualnya kepada pengiklan.
Pihak pengiklan inilah yang akan menggunakan maklumat untuk menyasarkan anda dengan iklan tertentu yang cenderung menyebabkan pembelian sesuatu barangan atau perkhidmatan.
Contoh teladan kepada anak
Anda pastinya pernah atau akan mengingatkan anak tentang kesan penggunaan media sosial dan risikonya, selain mengajar mereka tentang keselamatan atas talian.
Namun, dalam masa sama anda sendiri mengabaikan nasihat tersebut dengan berkongsikan gambar anak-anak.
Apabila anak membesar dan kerap melihat perkongsian foto diri mereka di media sosial, secara tidak langsung akan menganggap ia adalah kebiasaan.
Ini bermakna anda sendiri telah mengajar anak untuk tiada privasi dan kawalan terhadap foto mereka.
Elak kesan penggunaan media sosial dengan 5 soalan ini
Anda mahu ‘berkongsikan’ anak dengan dunia. Namun malangnya anda harus sedar bahawa kehidupan anak yang sedang dipertaruhkan.
Sekiranya ingin berkongsikan foto anak dengan keluarga dan rakan, pastikan anda memahami tetapan privasi di media sosial terlebih dahulu.
Anda harus sedar bahawa setiap perkongsian gambar atau text di Facebook akan dikumpulkan data. Jadi, sebaiknya pilihlah medium yang tidak mempunyai akses kepada kandungan mesej anda.
Sebelum menggunakan media sosial untuk berkongsikan sebarang gambar anak, tanyakan 5 soalan ini kepada diri sendiri:
Perkara sama juga perlu anda fikirkan semasa mengambil gambar berkumpulan yang melibatkan kanak-kanak lain. Fikirkan sebelum berkongsi atau anda akan menyesal di kemudian hari!
_
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!