Perkongsian ini dibuat menerusi instagram stories dan ignya.
“Terima kasih pada semua yang mendoakan anak saya, yang solat hajat untuk dia, yang DM dan mesej saya bagi kata-kata semangat.
“Alhamdulillah Jebat dah semakin sihat, dah start makan, dah senyum, dah ajak bergurau. Terima kasih Ya Allah,” tulisnya.
Ads
Nabila juga memanjat rasa syukur dengan perkembangan positif Jebat.
Keadaan anak saya semakin baik dan doktor menjangkakan dia akan pulih sepenuhnya dalam masa terdekat. Semoga kita semua berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.
Sementara itu, aktor Sharnaaz Ahmad turut meluahkan rasa terharu kerana ramai yang menyayangi Jebat di Instagram (IG) miliknya.
Kes kenaikan demam denggi kini dilihat semakin membimbangkan di negara ini. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-51 tahun ini (ME51/22) dari 18 hingga 24 Disember lalu, kes demam denggi meningkat 3.5 peratus iaitu 2,018 kes berbanding 1,950 kes pada minggu sebelumnya.
Menurut Dr Noor Hisham, satu kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada minggu tersebut berbanding lima pada minggu sebelumnya.
Bahkan menurutnya lagi, kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga kini adalah 64,078 kes berbanding 25,794 kes bagi tempoh sama tahun lepas iaitu peningkatan sebanyak 148.4 peratus manakala 50 kematian akibat komplikasi denggi dilaporkan berbanding 19 kematian bagi tempoh sama pada 2021.
Kongsinya lagi, usahakanlah untuk menjaga kebersihan di sekeliling rumah bagi membendung masalah ini.
Beliau turut menyarankan masyarakat agar melakukan aktiviti gotong-royong bagi memutuskan kitaran hidup nyamuk Aedes dan seterusnya menurunkan insiden jangkitan demam denggi.
Pesan beliau, bagi kawasan dilanda banjir, sampah, barang lusuh dan barangan dihanyutkan hendaklah dilupuskan secara berhemah selain perlu memastikan tiada air bertakung di persekitaran premis.
Ini kerana bahan buangan tersebut dapat menyumbang kepada tempat pembiakan nyamuk Aedes kerana nyamuk Aedes hanya memerlukan takungan air yang sedikit untuk bertelur.
Tanda-tanda demam denggi?
Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas lima hingga enam hari gigitan nyamuk seperti;
* Demam panas
* Sakit kepala
* Sakit tulang belakang
* Sakit sendi-sendi
* Loya dan muntah-muntah
* Sakit biji mata
* Ruam
Sekiranya tidak mendapatkan rawatan, demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh membawa maut.
Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti;
* Mudah lebam.
* Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi.
* Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut.
Bagi memastikan anak-anak dan keluarga terlindung dari jangkitan denggi ini ada baiknya kita usahakan untuk menjaga kawasan sekeliling rumah. Apa mak ayah perlu buat?
* Pastikan tiada tempat pembiakan nyamuk di rumah.
* Buang bekas yang boleh menakung air.
* Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan seharusnya ditutup.
* Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya sekurang-kurangnya seminggu sekali.
* Pastikan saliran atap sentiasa mengalir.
* Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik.
* Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk.
* Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup.
* Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk.
* Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah.
Para ibu ketika berpantang dinasihatkan untuk memakai stoking. Dikhuatir ‘masuk angin’ atau bentan. Sebenarnya masih tiada kajian saintifik yang membuktikan kenyataan tersebut. Untuk memakai stoking ketika dalam berpantang, tiada masalah. Cuma perlu berhati-hati ketika bergerak kerana dikhuatiri licin dan menyebabkan si ibu jatuh dan tercedera.
Dalam perkongsian ringkasnya, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, tiada masalah untuk berstoking. Beliau turut berkongsi jika benar-benar mahu berstoking, pilihlah jenis Ted Socks yang dapat membantu melancarkan aliran darah. Ia sangat bagus untuk si ibu yang baharu melahirkan anak.
Biasakan dengar dialog mak-mak kita menegur ibu ibu dalam berpantang untuk memakai stoking setiap masa dan ketika sepanjang tempoh berpantang. Katanya, angin boleh masuk ke dalam badan melalui kaki yang tak berstoking.
Betul ek?
Emmm, nak berstoking tu takda masalahnya. Tapi kena jaga-jaga stoking ni kadang2 licin tak pasal-pasal jatuh tersembam, satu hal pulak lagi.
Sekadar nak pakai stoking masa tidur utk elakkan kedinginan malam, saya rasa bukan satu masalah besar.
‘Angin’ masuk melalui kaki orang berpantang tak pakai stoking tu saya rasa agak keterlaluan dan tiada kajian santifik yang menyokong kenyataan tersebut.
Ni saya bagitahu, kalau nak berstoking skalipun, guna Ted stokin atau compression stoking lagi elok dari stoking biasa. Ted stoking ni agak ketat dan betul2 mengikut bentuk kaki – cover tapak kaki sehingga ke betis dan ada yang sampai ke peha.
Dengan stoking yg ketat ini pengaliran darah pada kaki dikekalkan lancar sekaligus membantu mencegah pembentukkan darah beku pada kaki.
Baca betul-betul, sy cakap pakai ted stoking ni untuk cegah darah beku pada kaki bukan cegah angin dari masuk ke dalam badan. Stoking biasa yg dipakai kebanyakkan ibu tu tak cegah darah beku dari terbentuk pun, nak elakkan sejuk saja bole la pakai. Kalau rasa menyusahkan nak pakai stokin biasa tu toksah la pakai. Ok saja 👍
Ted Stoking ni pun licin, maka hati-hati bila berjalan.
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi pencerahan kepada para ibu yang sedang atau akan menjalani tempoh berpantang. Yang mana baik untuk kesihatan ibu dan anak bolehlah diikut asalkan ia amalan itu berasas dan tidak memudaratkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Susu ibu adalah rezeki yang tidak ternilai buat seorang ibu dan bayinya. Ada yang terpaksa bekerja keras untuk mencukupkan stok susu anak. Namun lain pula halnya dengan ibu ini apabila susu ibu terlalu banyak atau dipanggil hiperlaktasi.
Puan Nana Lee, 22, berkongsi dengan Pa&Ma yang dia disahkan mengalami sindrom hiperlaktasi & perjalanannya melalui cabaran penyusuan yang jarang berlaku ini.
“Hi semua , sy nak share balik yang saya kena sindrom hiperlaktasi . Hari ini baby checkup 5 bulan dan sy jumpa pakar laktasi . Masa jumpa pakar laktasi , sy berbincang pasal nak donate susu dan di ambil sedikit sampel,”katanya dalam sebuah grup sokongan ibu.
SUSU AKHIR (HINDMILK) LEBIH BANYAK DARIPADA SUSU AWAL (FOREMILK)
“Hindmilk saya lebih banyak daripada foremilk. Syukur, selalunya siapa yang kena hiperlaktasi akan dapat foremilk lebih banyak daripada hindmilk.
“Tapi saya banyak hindmilk . Setelah bincang dengan pakar dan suami, hospital setuju untuk terima susu saya untuk didermakan kepada bayi di Neonatal Intensive Care Unit (NICU) mengikut syariat anak susuan.
“Doktor decide untuk susukan bayi di Neonatal Intensive Care Unit (NICU) dengan susu saya sebanyak 2 kali shaja sehingga kenyang. Kalau lebih 5 kali menyusu sehingga kenyang barulah anak susuan yang dilarang berkawin.”
BENGKAK SUSU & PERLU DITUAM
“Bab bengkak susu, saya cuma diberikan ubat bengkak susu dan disuruh selalu tuam. Doktor tak sarankn saya perah menggunakan tangan atau Marmet , dia takut saya salah Marmet nanti bimbang urut saluran susu. Makin banyak pula susu saya nanti, ” kata ibu muda ini.
Mengimbas kembali bagaimana dia mengetahui diri mengalami hiperlaktasi, wanita kelahiran Kota Kinabalu ini mengakui bengkak susu dan mastitis adalah puncanya mendapatkan rawatan dengan pakar laktasi.
“Saya dapat tahu mengalami sindrom hyperlactation selepas berjumpa pakar laktasi. Saya ke hospital sebab bengkak susu dan mastitis. Syukur tak kena bedah dan mastitis yang saya alami masa tu masih terkawal,” kata Nana.
ALAMI OVERSUPPLY WALAU TAK PERNAH PAM MASA PANTANG
Ibu ini juga mengakui dia tidak pernah memerah susu semasa berpantang. Bagi ibu yang kerap mengepam semasa pantang, ia akan menyebabkan penghasilan berlebihan atau oversupply dan seterusnya hiperlaktasi.
“Sebelum ni saya bertanya doktor sama ada saya ni susu oversupply. Sebab punca susu oversupply adalah sebab pam susu ketika pantang. Saya tak pernah pam ketika dalam pantang , hanya pam skali sahaja sebab husband teringin nak susukan anak. Lepas pantang pun saya tak pernah pam untuk buat stock , sebab saya housewife memang tak perlukan stok susu ibu perahan,”katanya.
BAJU SELALU BASAH, BENGKAK SUSU & PAYUDARA CEPAT PENUH
Menurut Nana, dia turut mengalami tanda-tanda ini. “Hyperlactation ni memang selalu akan alami bengkak susu, baju akan sentiasa basah, breast slalu penuh, cekang dan panas. Susu pula cepat full bila baby dah direct feeding atau pam .
“Saya sehinggakan malas keluar rumah disebabkan breast selalu bengkak dan basah baju. Pakai breastpad pun tak juga membantu . Flow pula terlalu laju sampai baby selalu tersedak susu, sampai saya trauma nak directfeeding kepadanya,” kata Nana tentang realiti yang dialaminya.
MENDERMAKAN SUSU SEBANYAK 30 OZ
Surirumah ini ketika dihubungi baru sahaja mendermakan sebanyak 30 oz susu perahannya ke wad NICU . “Sebab tak ramai ibu bapa support breastfeeding. Mostly parents akan bagi formula untuk memudahkan. Kebanyakan yang ada susu pun sanggup wean off , sebab ada halangan untuk breastfeed.
“Ada yang support breastfeeding dan minta saya dermakan susu kepada mereka, tapi jarak terlampau jauh . Suami saya pula tak menggalakkan untuk ambil anak susuan yang ramai memandangkan hukum anak susuan. Risau apabila nanti lost contact dan anak kami akan berkenalan dengan anak susuan dan berkahwin,” kata Nana yang berhati-hati soal anak susuan bagi menjaga nasab.
PAM 10 KALI SEHARI
Antara rutin harian ibu ini bagi mengelakkan bengkak susu dan mastitis, dia perlu mengepam keluar susu ibu sebanyak lebih kurang 10 kali sehari.
“Apabila bengkak saja saya akan terus pam lebih kurang 6 hingga 10 kali sehari. Saya kena slalu alert takut kena matitis lagi. Kebanyakkan orang suruh guna teknik Marmet (perah menggunakan tangan) untuk kurangkan susu, tapi bila saya perah guna teknik Marmet umpama melancarkan lagi penghasilan susu.
“Apabila sekali pam, saya akan dapat around 12oz-15oz . Sehariaya akan dapat kumpul 1 liter atau lebih. Bergantung berapa lama pam atau kekerapan mengeoam. Sebab saya sedang sedaya upaya untuk kurangkan pam untuk mengurangkan rangsangan kepada kilang susu. Kadangkala saya hanya pam separuh jalan. Pam apabila rasa payudara terlampau bengkak sahaja,” ujar Nana.
SEDIH KETIKA AWAL DISAHKAN HIPERLAKTASI
Mungkin ramai yang menganggap ibu ini rasa seronok mampu menghasilkan susu yang banyak. Sebenarnya dia rasa amat sedih mengenangkan susu yang tidak mempunyai storan penyejuk yang lebih besar seperti deep freezer hingga terpaksa dibuang. Peti ais rumahnya tidak mampu menampung semua susu yang diperah.
“Sejujurnya agak menyedihkan bila disahkan mengalami hyperlactation. Semua orang akan cakap itu seronok sebab susu banyak dan baby akan kenyang, tak perlu menangis bila stock susu dalam peti ais kurang .
“Tapi saya yang selalu menangis bila susu terpaksa dibuang . Saya selalu menangis kerana payudara cepat bengkak dan sakit. Takut nak directfeed bayi saya pada tengah malam, takut saya tertidur dan anak tersedak.
KADANGKALA TERPAKSA BERKURUNG, BAJU BASAH KERANA SUSU
“Malah saya terpaksa berkurung dalam rumah sebab malu nak keluar baju asyik basah dan breast tak selesa bila pkai bra. Lebih selesa dirumah sahaja.
Saya juga terpaksa try n error banyak makanan bimbang ia milkbooster. Setiap hari saya terpaksa google, minta petua dan macam-macam tip untuk hentikan sindrom ini. Sampai terdetik dihati nak hentikan penyusuan susu ibu sebab tak larat nak perah susu selalu,” luah Nana tentang cabaran yang dilaluinya selepas mengalami sindrom ini.
Ketika ditanya Pa&Ma sama ada ada ahli keluarganya pernah mengalami sindrom yang sama, Nana menyatakan ia hanya dialami oleh dirinya sahaja.
KINI MENJADI IBU SUSUAN KEPDA 3 ANAK SUSUAN
Nana mendapat sokongan penuh daripada suaminya dalam hal penyusuan. “Pada mulanya suami saya kurang menyokong bab mendermakan susu kerana risau bab anak susuan. Setelah berbIncang, baru dia memberikan greenlight .
“Sekarang saya mempunyai 3 anak susuan iaitu anak kepada kawan kami yang berumur 1 lebih, 8 bulan dan 11 bulan . Disebabkan semuanya berusia 8 bulan ke atas , permintaan kepada susu ibu sangat tinggi. Syukur juga adanya mereka sekurang-kurangnya susu dapat dimanfaatkan daripada terpaksa dibuang,” kata Nana.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.