Kes kenaikan demam denggi kini dilihat semakin membimbangkan di negara ini. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-51 tahun ini (ME51/22) dari 18 hingga 24 Disember lalu, kes demam denggi meningkat 3.5 peratus iaitu 2,018 kes berbanding 1,950 kes pada minggu sebelumnya.

Menurut Dr Noor Hisham, satu kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada minggu tersebut berbanding lima pada minggu sebelumnya.


Bahkan menurutnya lagi, kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga kini adalah 64,078 kes berbanding 25,794 kes bagi tempoh sama tahun lepas iaitu peningkatan sebanyak 148.4 peratus manakala 50 kematian akibat komplikasi denggi dilaporkan berbanding 19 kematian bagi tempoh sama pada 2021.

Kongsinya lagi, usahakanlah untuk menjaga kebersihan di sekeliling rumah bagi membendung masalah ini.

Beliau turut menyarankan masyarakat agar melakukan aktiviti gotong-royong bagi memutuskan kitaran hidup nyamuk Aedes dan seterusnya menurunkan insiden jangkitan demam denggi.

Kes Demam Denggi Makin Meningkat, Ibu Wajib Buat Ni Cegah Keluarga Terkena!

IKLAN

Pesan beliau, bagi kawasan dilanda banjir, sampah, barang lusuh dan barangan dihanyutkan hendaklah dilupuskan secara berhemah selain perlu memastikan tiada air bertakung di persekitaran premis.

Ini kerana bahan buangan tersebut dapat menyumbang kepada tempat pembiakan nyamuk Aedes kerana nyamuk Aedes hanya memerlukan takungan air yang sedikit untuk bertelur.

Tanda-tanda demam denggi?
Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas lima hingga enam hari gigitan nyamuk seperti;

* Demam panas
* Sakit kepala
* Sakit tulang belakang
* Sakit sendi-sendi
* Loya dan muntah-muntah
* Sakit biji mata
* Ruam

Kes Demam Denggi Makin Meningkat, Ibu Wajib Buat Ni Cegah Keluarga Terkena!

IKLAN

Sekiranya tidak mendapatkan rawatan, demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh membawa maut.

Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti;

* Mudah lebam.
* Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi.
* Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut.

Bagi memastikan anak-anak dan keluarga terlindung dari jangkitan denggi ini ada baiknya kita usahakan untuk menjaga kawasan sekeliling rumah. Apa mak ayah perlu buat?

IKLAN

Kes Demam Denggi Makin Meningkat, Ibu Wajib Buat Ni Cegah Keluarga Terkena!

* Pastikan tiada tempat pembiakan nyamuk di rumah.
* Buang bekas yang boleh menakung air.
* Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan seharusnya ditutup.
* Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya sekurang-kurangnya seminggu sekali.
* Pastikan saliran atap sentiasa mengalir.
* Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik.
* Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk.
* Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup.
* Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk.
* Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah.

Semoga bermanfaat!

Menarik: Sikit Lagi Dengar Sampai Kuala Kedah, Marah Anak Macam Komando, Ramai Terhibur Dengan Suara Mua Bellaz

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI